Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, July 31, 2010

Farah Azlina ,Timbalan Pendakwa Raya yang digugurkan dari kes liwat kerana bercinta dengan Saiful

Share









Sensasi: Kebelakangan nie kecoh apabila salah seorang ahli dalam kumpulan pendakwaraya dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Pengadu /Plaintif.Siapa lagi kalau bukan Saiful Bukhari.Masuk dalam berita bahawa Farah Azlina Abdul Latif,timbalan Pendakwaraya digugurkan dari kes setelah blog Raja Petra mendedahkan bahawaa Timbalan pendakwaraya ini mempunyai hubungan cinta dengan Saiful.

Tp dakwaan Raja Petra masih disiasat,byk org musykil mcm mana si Raja Petra nie tahu padahal dia berada di London.?? Ada yang ckp dia kelentong..

Kedengaran pulak dalam cakap-cakap sesama org2 dalam parti Keadilan yang Saiful dan Farah Azlina merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat utk menutup kontroversi ini..HAHA...mcm tak logik,tetiba nak kahwin,adakah ini cerita rekaan? Cerita ini dikhabarkan untuk menguatkan lagi dakwaan Raja Petra bahawa mereka berdua nie bercinta.


Saiful dulu pernah bertunang dan putus tunang dah agak lama..boleh baca post lama sensasi tentang saiful yang putus tunang disini..



Disebaban cerita panas ini,bykla blogger yang cuba mencari wajah Farah Azlina...ada yang mengatakan bahawa wanita berbaju merah diatas adalah beliau.

Memang hampir byk persamaan,tapi bila difikir-fikir takkan kot,sebab yang baju merah tue nampak berusia,manakala Farah Azlina dikatakan berusia awal 30-an.


"Hubungan Romantis": Pandangan Para Peguam

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

"Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan," katanya ketika ditemui.

"Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

"Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku," tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-