Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 18, 2010

Esma Daniel,Zizan nin memegang watak Tun Dr Mahathir dalam teater,sepatutnya SD

Share








Sensasi : mereka bertiga nie dikatakan ada iras dengan Dr M .... ??? ye ker??? bagi sensasi SD baru lah nampak seiras dengan Dr. M... nak tau siapa SD,kene tengok kat bawah sekali,korang kene tengok siapakah pelakon lelaki SD yang sensasi maksudkan..tetapi maaf...SD memang tak boleh berlakon sebagai Dr M...so nak tak nak,terpaksa mengaku jer la Esma Daniel dengan Zizan nin mcm Dr M.. :P




Setelah menjalani ujibakat untuk mencari seseorang yang layak membawakan watak Tun Dr Mahathir, akhirnya syarikat produksi CTRA Production Sdn Bhd mengumumkan Esma Daniel bakal memegang watak sebagai Tun Dr Mahathir didalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung pada 24 September 2010 hingga 4 Oktober 2010 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Watak Tun Dr Mahathir itu bukan hanya dibawakan oleh Esma Daniel, tetapi juga akan dibawakan oleh Zizan Nin dan Mohd Shafeiq Shazwan untuk 3 fasa kehidupan yang berbeza. Esma memegang watak Tun semasa sudah berumahtangga, Zizan semasa zaman bujang dan Mohd Shafeiq semasa zaman kanak-kanak.

Menurut penerbit CTRA Production Sdn Bhd iaitu Siti Rohaya Attan, pemilihan ketiga-tiga watak ini dilakukan berdasarkan karisma, bakat dan rupa paras yang mirip-mirip Tun Dr Mahathir. Pemilihan juga dibuat dengan mengetepikan soal populariti para pelakon.

Antara pelakon-pelakon lain yang akan membarisi teater muzikal ini adalah Erra Fazira sebagai Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Jalaluddin Hassan (Mr Mohamad), Erma Fatima (ibu Tun Dr. Mahathir iaitu Wan Tempawan), Ako Mustapha (Zahir), Zaibo (Pak Mat) dan Misha Omar (Datuk Rosnah Majid). Pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir ini juga turut menggunakan khidmat daripada 200 pelakon yang yang telah diujibakat pada bulan Mac 2010 yang lalu.


Klik sini ..untuk tengok SD seiras Dr Mahathir

1 comment:

Anonymous said...

SD tu sapa?

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-