Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, July 10, 2010

Ella (44tahun) dan kekasihnya Elan(28 tahun) tidak bercadang untuk berkahwin dlm masa terdekat

Share







Sensasi: Lagi cerita tentang pasangan dimana lelaki jauh lebih muda daripada perempuan..Kali ini Ella bercinta dengan Elan ,seorang yang terlibat dengan pembikinan cover Album Ella...Elan berusia 28 tahun manakala Ella pula 44 tahun....jadi 16 tahun beza...

Yang menjadi persoalannya..napela Ella tanak kahwin lagi..katanya,dia memang ada merancang nak berkahwin tp bukan dlm masa terdekat..ok..so bila lagi...heee..

Sama-sama tunggu hari bersejarah Ella ...dah byk kali sgt dah Ella bercinta,putus,bertunang,putus...pernah jugak dpt title lesbian dan mcm2 lagi..


yang kat sebelah Ella kiri,adalah Elan


Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28, bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin.

Seorang ahli keluarga Ella yang dihubungi , Jumaat berkata, Elan berkunjung ke rumah mereka untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu.

“Ya... benar gosip mengatakan Ella sudah ada teman baru. Mereka sudah setahun berkenalan. Lelaki itu pun sudah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kami.

"Kami tiada masalah dah merestui hubungan itu,” kata seorang ahli keluarga Ella yang minta dirahsiakan namanya.

Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga.

Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat.

“Dia pun ada cakap hendak kahwin tetapi belum memikirkan secara serius mengenai tarikh itu,” katanya.

Elan yang berasal dari Perak berkenalan dengan Ella ketika bekerjasama sewaktu menghasilkan kulit album kompilasi Ella pada tahun lalu.

Bermula dari situlah cinta mereka bersemi sehinggalah kedua-duanya dikatakan menjalinkan hubungan serius.

Kira-kira tiga tahun lalu Ella pernah membuat kejutan apabila mengumumkan hasrat untuk berumah tangga dengan lelaki muda tetapi sayangnya hasrat itu tidak terlaksana sehinggalah muncul gosip baru apabila dia dikaitkan dengan Elan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-