Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, July 2, 2010

Bekas Isteri AC Mizal Tak Boleh Ulas Kes Nafkah

Share







Sensasi:So Ac tak mau Shafnie (Bekas Isterinya) mengulas tentang isu tersebut,maklumla nanti terjejas la nama baiknya,.maklumlah isu nafkah anak nie sensitif,tambahan pulak dengan kemewahan AC siap ada kereta mewah Bentley lagi..tp liat nak bayar nafkah anak2 nya yang dua org tue..kesian budak2 tue...masih kecil lagi....dah tue dia mintak kat mahkamah supaya Shafnie tak membawa kedua2 anak lelakinya itu dtg semasa perbicaraan??Why...tau pulak malu kat anak kans...



KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2010 : Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam, meluluskan permohonan perintah injunksi pelakon dan pengacara, AC Mizal bagi melarang bekas isterinya, Shafnie Zainudin daripada memberi kenyataan di luar mahkamah berhubung kes tuntutan nafkah dua anak mereka.

Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad turut membenarkan permohonan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, bagi menghalang tiga media termasuk News Straits Times, Sinar Harian dan Utusan Malaysia daripada menyiarkan laporan berhubung kes berkenaan melainkan apa yang direkodkan mahkamah.

AC Mizal yang diwakili peguam Syarie, Siti Aishah Din hadir di Mahkamah sementara peguam syarie Norazmi Mohd Arif menerima keputusan bagi pihak Shafnie, 34. Dalam prosiding semalam, Abu Zaky berkata, permohonan injunksi itu dibenarkan kerana isu yang dibicarakan adalah sensitif.

Menurutnya, walaupun mahkamah bersetuju dengan pembelaan Shafnie bahawa AC Mizal gagal membuktikan reputasinya sebagai artis terjejas kerana kenyataannya di luar mahkamah, Abu Zaky berkata, injunksi itu perlu dibenarkan.

Tambahnya, mahkamah melihat kes itu sebagai prosiding yang berjalan dan sewajarnya ia tidak mendapat sebarang ulasan kerana boleh menghina mahkamah.

Bagaimanapun, Abu Zaky menolak permohonan AC Mizal untuk menghalang Shafnie daripada membawa dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, ke mahkamah.

"Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang sesiapa daripada membawa sesiapa datang ke mahkamah," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-