Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, July 13, 2010

Badrul Bayar Kompaun, Bebas Tuduhan Cedera Isteri

Share







Sensasi:Badrul bebas tuduhan selepas menyelesaikan cara baik dan persetujuan dgn pihak isteri..mungkin sebab pasangan nie tak mau bercerai jadi si isteri pun kira lepaskan Badrul tapi badrul harus membayar kepada isterinya RM1,000 di dlm mahkamah.

Lelaki walau marah mcm mana pun,janganlah sampai tangan naik ke badan..ingat2 lah tubuh wanita sgt lembut dan fragile...bukan mcm lelaki..tuhan jadikan lelaki sebagai pelindung wanita...dan pembimbing..so think and think before you do anything..



Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.

Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani,42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.

Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lepas.

Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian.

Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya.

Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama.

Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000.

Julia, yang ditemani anggota keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkama

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-