Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, July 31, 2010

Awal Tak sabar nak kahwin dengan Scha

Share










"Awal plan nak kahwin waktu umur 30 tahun. Sebetulnya Awal tak mahu terburu-buru sebab hubungan dengan Scha baru berusia 10 bulan. Tapi tak mahulah terlalu lambat sangat. Kami ada berbincang mengenainya untuk pastikan kedua-dua pihak mahukan perkara yang sama.

"Yang penting sekarang ni, keluarga merestui hubungan ini dan kami mahukan hubungan tersebut terus kekal. Tapi yang penting kami tak tetapkan bila akan berkahwin tapi Awal memang tak sabar nak kahwin," gurau Awal.

Bekerja bersama kekasih bukanlah perkara yang mudah bagi Awal. Tekanan kerja dan persekitaran mungkin antara faktor yang bakal mengeruhkan hubungan mereka.

"Pertama kali bergandingan dengan Scha dalam Prebet Jamilah dan rasa seperti ada tekanan dalam hubungan kami. Mungkin ini drama last kami akan berlakon bersama sebab dua-dua stress sampai kami tak bercakap antara satu sama lain. Awal sayangkan hubungan ini dan tak mahu risikokannya.

"Kalau berlakon dengan artis lain dan ada kesilapan, Awal tak keberatan nak tegur. Tapi bila dengan kekasih hati, risau juga kalau dia terasa hati. Kadang kadang nak bergurau pun malu sebab takut nanti apa orang kata. Bagi Awal, bekerja sekali memang sesuatu yang sukar dan agak kekok," tambah jurucakap rasmi Kad Dot Red, Red Box ini.


Farah Azlina ,Timbalan Pendakwa Raya yang digugurkan dari kes liwat kerana bercinta dengan Saiful

Share









Sensasi: Kebelakangan nie kecoh apabila salah seorang ahli dalam kumpulan pendakwaraya dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Pengadu /Plaintif.Siapa lagi kalau bukan Saiful Bukhari.Masuk dalam berita bahawa Farah Azlina Abdul Latif,timbalan Pendakwaraya digugurkan dari kes setelah blog Raja Petra mendedahkan bahawaa Timbalan pendakwaraya ini mempunyai hubungan cinta dengan Saiful.

Tp dakwaan Raja Petra masih disiasat,byk org musykil mcm mana si Raja Petra nie tahu padahal dia berada di London.?? Ada yang ckp dia kelentong..

Kedengaran pulak dalam cakap-cakap sesama org2 dalam parti Keadilan yang Saiful dan Farah Azlina merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat utk menutup kontroversi ini..HAHA...mcm tak logik,tetiba nak kahwin,adakah ini cerita rekaan? Cerita ini dikhabarkan untuk menguatkan lagi dakwaan Raja Petra bahawa mereka berdua nie bercinta.


Saiful dulu pernah bertunang dan putus tunang dah agak lama..boleh baca post lama sensasi tentang saiful yang putus tunang disini..



Disebaban cerita panas ini,bykla blogger yang cuba mencari wajah Farah Azlina...ada yang mengatakan bahawa wanita berbaju merah diatas adalah beliau.

Memang hampir byk persamaan,tapi bila difikir-fikir takkan kot,sebab yang baju merah tue nampak berusia,manakala Farah Azlina dikatakan berusia awal 30-an.


"Hubungan Romantis": Pandangan Para Peguam

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

"Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan," katanya ketika ditemui.

"Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

"Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku," tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.

Friday, July 30, 2010

Ayu Raudhah bakal berkahwin dengan Zaquan Adha (ex-playboy?)

Share







Sensasi: Nampaknya Ayu Raduhah bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya Zaquan Adha ...Walaupun sebelum nie dah banyak gossip liar yang menyelubungi kekasihnya namun Ayu berkata dia sgt sayang pada Zakuan dan percayakan kekasihnya itu,.

Sebelum nie kan ada gossip-gossip liar yang mengatakan Zaquan adalah seorang playboy,semasa menjalin hubungan dengan Ayu,Zaquan juga menjalin hubungan dengan seorang lagi gadis lain...tp bagi sensasi of cos Ayu lebih chantek..


kemudian dtg pulak gossip ,seorang lelaki yang mengaku kekasih gay kepada Zaquan..huhu...dan Zaquan menafikan ,katanya itu semua tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan dirinya.

Kemudia kecoh pulak dlm dunia hiburan pabila ada wartawan kekdahnye ternampak Aidil dlm keadaan mabuk ketika itu ,Rita dikatakan sedang dlm pantang ke,sensasi tak ingat sgt,then rupa2nya they all ckp tue bukan aidil tetapi kembarnya Zaquan..huhu..mcm-mcm..

Kembar Aidil dan Zakuan menjadi fames selepas Gosip Aidil bercinta dengan Rita seorang pelakon wanita yang fofular.Apatah lagi apabila kontroversi kahwin di siam dan tidak direstui keluarga,masa tue Aidil 19 tahun dan Rita 29 tahun...10 tahun perbezaan. Manakala pasangan kembarnya,Zaquan 22 dan Ayu 26 tahun..so 4 tahun ...pasangan kembar nie lebih suka wanita yang lebih matang.. :) sebab pompuan yg lebih tua lebih syg dan byk mengalah dgn bf yg lebih muda.



ayu semakin berisi kan skrg..happy je


Pelakon Ayu Raudhah(gambar) mengesahkan keluarga kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak,22, merestui hubungan mereka termasuk membenarkan hasrat pasangan itu untuk berumah tangga.

Ayu berkata dia gembira kerana keluarga kekasihnya itu bersedia menerimanya sebagai menantu

"Alhamdulilah setakat ini semuanya berjalan lancar. Saya beberapa kali menziarahi keluarga dia dan mereka menerima saya dengan baik. Malah mereka langsung tidak menghalang untuk kami meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius.

"Begitu juga keluarga saya, mereka sentiasa menyokong pilihan yang saya buat. Mereka juga sudah beberapa kali berjumpa dengan Zaquan," katanya.

Jelas Ayu lagi, perancangan untuk mengikat tali pertunangan sudah pun difikirkan dalam masa terdekat ini tetapi kerana kekangan masa, mereka terpaksa menangguhkannya pada tahun hadapan.

"Perancangan awal memang dalam tahun ini, tapi dia sibuk dengan latihan di luar negara dan saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi kami terpaksa menunda dari tarikh yang sepatutnya,” katanya.

Bagaimanapun kata Ayu, dia ada membuat beberapa persiapan sementara menanti tahun hadapan mengikut apa yang mampu.

"Setakat ini sudah 30 peratus persiapan dibuat termasuklah memilih baju yang hendak dipakai pada majlis pertunangan nanti," kata Ayu.

Dalam pada itu, Ayu yang sibuk dengan penggambaran telefilem Nurfansuri untuk siaran Ramadan ini memberitahu rahsia dia mengekalkan hubungan cinta mereka ialah dengan sentiasa berhubung.

"Memang saya aku sukar untuk mencari masa keluar bersama kadang-kadang sebulan sekali baru kami dapat berjumpa. Tapi apa juga yang terjadi saya tetap percayakan dia," katanya .

Ketika ditanya adakah akan mengikut jejak langkah kakaknya aktres Rozita Che Wan yang mahu bersara dalam bidang lakonan, Ayu memberitahu perkara itu belum difikirkan.

"Sekarang saya mahu berlakon sepuas-puasnya sebab selepas bergelar isteri nanti belum tahu lagi sama ada boleh berlakon atau tidak," katanya.

Selain Zaquan, kembarnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan turut memilih artis sebagai isteri.

Bagaimanapun perkahwinan rahsia di antara Aidil Zafuan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar itu pada mulanya mendapat halangan daripada keluarga lelaki.

Thursday, July 29, 2010

Sam Bunkface dan kekasihnya Jeany Amir bercuti di Australia?

Share








Gosip terbaru yang kedengaran iaitu Sam dan buah hatinya Jeany Amir,model coffeemate yang pernah sensasi tunjuk sebelum nie..

Mereka dikatakan pergi bercuti ke Australia...betul ke?ye la kalau bercuti kat Malaysia nanti kecoh semelaya..tak taula betul ke tak..

tapi yang musykilnye..binatang apa yang dipangku makcik baju hijau kat tengah tue?beruang ke?kangaroo kot..

Ape ape pun,spek mata Sam sangat tak menarik...mcm spek pak lawak je..

Santai: Jom uji kecekapan matematik anda

Share







Nombor Plate kereta yang menarik,dan kreatif

Share







Polis?

Space shuttle ke ni?

Adiosss

Mario Bro. II?

Tahi

Pen15 :bloody:

Mei..amoi la kot

Bra warna coklat :)

Carlos

Suwey la num plate ni..

M5..kereta pun BMW M5

Produk apakah yang dipakai,sehingga Norish Karman Putih melepak?

Share









Sensasi: Haaa...tengok jer gambar dahulu dan sekarang Norish,berbeza bukan..putih bukan main..Gambar kedua adalah Gambar terbaru Norish semasa hadir ke mahkamah untuk proses permohonan tuntutan .

Make-up yang dipakai Norsih amat tak kena dengan warna kulit sebenar Norish.Nampak ketara perbezaan warna wajah dengan leher..huhu

Anak Puntianak Zarina Ann Julie dah tukar nama Jadi Anjoulie Lavocah

Share







Zarina Anjulie menukar nama kepada Anjoulie Lavocah dalam majalah FHM baru baru nie.
Mungkin pada pendapatnya dengan menukar nama bolehlah melupuskan ingatan org ramai terhadap dirinya yang lama dan mem-fokus kepada dirinya yang baru...Baru kew?Wajah dan pemakaian sama je...masih seksi seksa dan tiada perasaan malu...

Menjawab kepada persoalan dalam majalah tersebut,Anjoulie nie ckp,dia sedar dirinya merupakan artis Malaysia yang menjadi idola kepada kanak-kanak di Malaysia.Hah??? sungguh auta disitu,selepas imej nya yang dicalari dengan gambar-gambar lucahnya satu ketika dahulu dengan karier yang ala suam-suam kuku,ada ke pulak jadi IDOLA????

Dalam temubualnya,Anjoulie mengaku gambar berbikini seksi satu ketika dahulu adalah dirinya,manakala gambar aksi lucah pula dikatakan perempuan iran lain yang mirip nya dan dikatakan dirinya oleh org ramai...

Haha...selepas sensasi tengok balik picture lama ,masih ada tahi lalat di bahu kanan Anjoulie itew,dan tertera buah rantai berhuruf "Z" = zarina..

Tahi lalat kelihatan terbalik sebab dia ambik gambar dari cermin bilik air.

huhu...budak tadika boleh la dia tipu..










Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis

Share







Sensasi:huh,dah bosan dengan artis yang hisap dadah..tak serik2 pulak tue..Yassin nie apa nak jadi?bila dia nak insaf?

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya,32, dan dua rakannya yang ditahan selepas dipercayai positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir kepada Bernama berkata mereka dibebaskan pada pukul 4.30 petang, Selasa selepas keterangan diambil.

"Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan ujian air kencing ketiga-tiga mereka dari pihak hospital dan siasatan akan terus dijalankan," katanya.

Pelawak berusia 32 tahun dan dua rakannya itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada awal pagi Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati pelawak tersebut positif dadah jenis ganja manakala dua rakannya iaitu seorang pengurus artis dan seorang peniaga positif dadah jenis ketamin.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Tuesday, July 27, 2010

Comic: Mimpi atau Realiti?

Share














Funny Video: mak teruja hantar Video Webcam kepada anak

Share







Haha ,so sweet kan aunty nie,excited sgt menggunakan webcam,lepas tue upload dlm youtube dan hantar kat anak,so that anak dia boleh tgk mak dia bagi nasehat kat dia anytime.



Gambar Faizal Tahir bersama Isteri dan anak-anaknya

Share







Sensasi:Saja je share picture Faizal Tahir bersama Isteri dan anak-anak.Sensasi tak pernah tengok so nie first time.
Kedua-dua anak-anak Faizal Tahir ikut muka mak derang kan...ehe :)
sebelum nie ada beberapa gossip yang melibatkan kecurangan Faizal Tahir sampai masuk Melodi,kononnya kekasih gelap Faizal Tahir tue,dia tak pernah jumpa,hanya bercakap melalui telefon je...

Pelik kan..mcm nie pun ada,lebih kurang mcm cerita Zulhuzaimi dulu la yang bercinta melalui Facebook sehingga menceraikan isterinya,rupa-rupanya perempuan tue menipu je.

Kes Faizal Tahir dulu,bukan sembarangan sebab mangsa perempuan tue bukan FT je,mala ada beberapa lagi artis lelaki yang turut bercinta dgn wanita tersebut hanya melalui telefon..Pelik kan..huhu


Gambar Adik lelaki Diana Danielle yang dah semakin besar

Share







Ini ialah Halley Hayden ,adik angkat kepada Diana Danielle...
Kenapa Adik angkat? Menurut sumber,Halley di ambil sebagai anak angkat oleh mak Diana Danielle sejak masih bayi lagi..so jadi la adik angkat kan..
Tp walaupun hanya berstatuskan adik angkat Halley kelihatan lebih mirip kepada mak DD kans... :)


Ex-wife Sultan Brunei Azrinaz Mazhar tak dapat hak penjagaan kedua--dua anaknya

Share







Sensasi:Pelbagai Spekulasi dibuat berkenaan Ex-wife kepadan sultan Brunei,Azrinaz dikatakan tidak dibenarkan keluar dari Istana Brunei/Brunei selagi dalam Eddah.Walaubagaimanapun Azrinaz dikatakan memilih London untuk menjadi tempat kediamannya selepas ini,selepas dinafikan hak penjagaan kepada kedua dua anak-anaknya...

Ada jugak khabar angin yang mengatakan bahawa sbenarnya Azrinaz dan Sultan Brunei telah rujuk semula tapi tidak digembar gemburkan.Apabila ditanya pada kaum kerabat yang rapat dengan Istana,semua mengunci mulut masing-masing,Enggan memberi apa-apa klue..


Bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar masih berada di salah sebuah istana di Brunei dan tidak dibenar meninggalkan negara itu sehingga tamat tempoh idah.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, selepas idah, Azrinaz berkemungkinan menetap di London atau Australia dan mungkin juga kembali ke tanah air.

‘‘Itu semua bergantung kepada kehendak beliau sendiri.

‘‘Di tanah air, keluarga Azrinaz kini menetap di Shah Alam dan bukannya di Bukit Antarabangsa, Ampang seperti dilaporkan,’’ katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini, menyiarkan artikel tentang spekulasi di mana Azrinaz berada sejak diceraikan Sultan Brunei, bulan lepas.

Ada yang menyatakan beliau kini menetap di istana hinggap Sultan Brunei di London dan tidak kurang desas-desus bahawa bekas personaliti TV3 itu sudah kembali ke tanah air dan menetap bersama keluarganya.

Menyentuh soal penjagaan anak, sumber itu memberitahu kedua-dua cahayamata pasangan itu akan dijaga sepenuhnya oleh pihak istana.

Sumber itu turut menafikan laporan sebelum ini yang menyatakan Azrinaz diberi pilihan untuk menjaga salah seorang daripada dua anaknya itu.

Tegas beliau, laporan yang menyatakan Azrinaz memilih untuk menjaga anak keduanya iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2, adalah tidak benar sama sekali.

‘‘Sekiranya selepas tempoh idah iaitu sekitar September ini, Sultan Brunei tidak rujuk, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei,’’ katanya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan ‘mengunci mulut’ daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.

Cubaan Utusan Malaysia mendapatkan maklumat tentang di mana Azrinaz daripada Istana Nurul Iman dan Kedutaan Malaysia di Brunei tidak berjaya selepas kedua-duanya enggan memberikan sebarang respons.

‘‘Maaf, kami tidak tahu di mana beliau (Azrinaz) berada. Kami tidak dapat memberikan penjelasan lanjut kerana ini melibatkan tampuk pemerintahan,’’ kata salah seorang pegawai Istana Nurul Iman hari ini.

Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di negara tersebut juga memberikan alasan sama dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Malah beberapa rakan karib Azrinaz juga enggan mengulas ke mana bekas rakan sekerja mereka itu menghilang.

“Tiada komen,” itu jawapan ringkas rata-rata mereka apabila ditanya berkenaan Azrinaz atau panggilan mesranya Naz.

Masing-masing mengakui kali terakhir mereka berhubungan adalah ketika wanita itu diceraikan sekitar bulan lalu.

Malah, ada yang memberitahu perkhidmatan telefon bimbitnya telah ditamatkan sejurus berita mengenai perceraian tersebut tersebar.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.
Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas.

Selain Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 4.

Yassin Ditahan Reman 3 Tiga Hari kerana mengambil Dadah

Share







Sensasi:nampak nya tak serik serik lagi Yassin setelah kantoi dengan dadah sebelum ini.Tak silap Sensasi ini adalah kali ke-3 Yassin ditangkap kerana dadah.
Dadah jenis yang sama seperti yang diambil oleh Apek iaitu Ganja.Perlu ke menghisap ganja???perlu ke????boleh tak hidup dengan aman damai tanpa menjadikan najis dadah sebagai makanan anda?ish3...Sekali lagi,nama Yassin buruk angkara Dadah..
Ape ape pun kene tunggu 3 hari Reman untuk dpt keputusan dari pihak hospital samada dia benar-benar positif dadah.Masa pemeriksaan polis haritu memamng menunjukkan yang Yassin positif Ganja..


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya (gambar) ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kesalahan mengambil dadah jenis ganja.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, tempoh tahanan reman itu adalah bagi membolehkan ujian makmal terhadap air kencing pelawak berkenaan disahkan positif dadah.

"Kita telah memperolehi reman selama tiga hari bagi menahannya untuk mendapatkan keputusan ujian makmal mengenai air kencingnya.

"ujian yang dijalankan semasa dia ditahan adalah prosedur polis, namun kita perlu dapatkan pengesahan daripada pihak hospital," katanya ketika dihubungi

Pelakon berusia 32 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 1 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Subang Jaya selepas ujian air kencingnya disahkan positif dadah jenis ganja.

Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid di sini semalam, seramai 30 pengunjung pusat hiburan tersebut telah diperiksa dan menjalani ujian air kencing.

Polis turut menahan pengurusnya dan seorang ahli perniagaan, juga atas kesalahan sama mengikut Seksyen 15 (1) Akta dadah Berbahaya.

Selain itu menurut Zainal, Yassin akan dibebaskan dengan jaminan polis sekiranya ujian berkenaan gagal diperolehi dalam tempoh berkenaan.

"Kebiasaannya memang tiga hari tak sempat untuk dapatkan keputusan makmal, maknanya selepas itu kita akan bebaskan dia dengan jaminan polis.

"Tapi selepas kita dapatkan keputusan makmal dan jika disahkan positif (dadah), kita akan berhubung dengan pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Yassin, 31, sebelum ini pernah ditahan pada tahun 2001 atas dakwaan memiliki 0.05 gram syabu di sebuah kondominium dekat Jalan Damansara Indah.

Dia yang dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada tahun 2005.

Pada Jun 2002, Yassin sekali lagi dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada dua tuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya dan Akta Dadah Racun 1952.

Mengikut pertuduhan ketika itu, Yassin dan beberapa rakannya didakwa memiliki 14.72 gram ganja dan 34 botol kecil berisi 2.6 liter cecair hitam yang mengandungi 0.44 peratus kodein di sebuah rumah dekat Jalan Genting Klang pada 23 Oktober 2001.

Pada 5 Januari 2006, Yassin dan seorang rakan didakwa atas tuduhan memasukkan dadah syabu ke dalam badan. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 petang, 2 Januari 2006 di sebuah rumah No. 20, Blok H, Flat PKNS, Taman Keramat dekat sini.

Saturday, July 24, 2010

Selepas 12 Juta,Dr Romzey mensasarkan 40juta kutipan untuk Filem "Dua Alam",dan Filem Harry Potter dihentikan tayangan utk filem ini

Share








Fesyen lama rambut Dr Rozmey lebihla kemas dan seswai untuk tontonan umum...

Fesyen baru rambut Dr Rozmey yang agak ...mmm..no comment...
yang pasti ini seperti satu strategi Dr Rozmey memfofularkan diri disamping mendapat publisiti untuk
produk nya...



Kepada yang tidak tahu, selepas tertangguhnya beberapa kali akhirnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah memberi kebenaran untuk "2 Alam" ditayangkan kepada umum pada 18 November 2010. Eh! Hari itu dengar-dengar tarikh tayangan akan diumumkan secara besar-besaran? Apa sudah jadi?

Memang bercita-cita tinggi sungguh Datuk Dr. Che Rozmey Che Din ini. Selepas meletakkan target RM12 juta pada awalnya dan meningkat RM20 juta, kini Dr. Rozmey meletakkan sasaran baru iaitu RM40 juta di 500 buah skrin pawagam! Tambahan pula kononnya Dr. Rozmey sudah ada perjanjian dengan pawagam-pawagam terpilih untuk menghentikan filem-filem barat yang akan ditayangkan ketika itu semata-mata untuk memberi laluan kepada "2 Alam"! Seriously?! Tak sangka pula pawagam-pawagam tersebut SANGGUP menghentikan filem-filem seperti "Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1" dan "The Social Network" yang dijadualkan untuk tayangan pada tarikh yang sama. Memang sensasi akan tabik kalau Dr. Rozmey mampu mendapat apa yang dikatakannya itu!

Sepatutnya "2 Alam" ditayangkan pada 27 Mei lalu tetapi ia ditangguhkan kepada 30 September dan kini pada tarikh baru


Sensasi:fuhh target tak hengat RM40juta ....Dr Rozmey nie memang yang jenis over confident la,Filem yang Famous dan mencecah box-office sebelum nie pun paling tinggi dalam RM7juta kutipan. So,sama-samalah kita tengok target Dr Rozmey ini... Disebabkan ke yakinan tinggi Dr Rozmey nie,sensasi pun baru first time tengok Trailer Filem ini...okeylah not bad,part Rosnah Johari menangis mula-mula tue seram dowh..haha...

Cerita tentang keadaan manusia yang mati tetapi jasadnya tidak diterima bumi,mcm-macam lah yang berlaku semasa pross pengkebumian itu.
Cerita tentang kematian memang lah menarik tapi mungkin Dr Romzey tak terpikir ,masalah cetak rompak kat negara nie pun boleh menjejaskan target Dr rozmey yang nak sampai 40 juta..huhu....mcm mustahil ja...


ada pula cakap-cakap org yang tak setuju dengan target Dr Rozmey dgn berkata
tak mungkin dapat kutip 40 juta,mungkin kutipan dari dua alam la kot,satu dari alam fantasi satu lagi entah alam apa ntah..kahkah..tergelak je sensasi dengar...

ada jugak yang cakap,takkan pecah panggung mungkin pecah punggung...haha..mcm2 la ...anyway kita tunggu dan lihat 18 november ini okey...


Paling tak tahan filem2 barat seperti Harry Potter dan The social networking(cerita ttg org2 dibelakang Facebook dan awal penciptaan facebook) dihentikan dulu tayangan untuk memberi laluan kepada Dua alam...haiyaaa...berapa banyak Dr Romzey kene bayar utk sume nie yeh..




Gambar Syanie semakin kurus,berjaya turun 77kg selepas "pembedahan Gastric Bypass"

Share







gambar terbaru Syanie selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 77kg selama 7 bulan sahaja...!!!


Gambar Syanie pada Disember 2009 sebelum pembedahan.


Baca kisah semasa Syanie mula ingin melakukan pembedahan Gastric Bypass..klik sini


SELEPAS setahun melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) bagi memendekkan usus Syanie semakin selesa dan yakin dengan penampilannya.

Perubahan berat badan yang ketara daripada 204kg sehingga 127kg memudahkan Syanie untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian.

"Saya buat pembedahan bukan sebab nak cantik, kalau untuk cantik dari dulu saya dah buat, ini semata-mata kerana kesihatan saya. Berat saya dahulu sudah ditahap yang bahaya kerana terlalu besar dan sukar untuk bergerak.

"Selain itu banyak pula penyakit yang datang seperti mudah sesak nafas, mudah letih, susah untuk berjalan, malah tidur pun dalam keadaan duduk.

"Kini semuanya sudah berubah, saya boleh melakukan aktiviti harian seperti orang lain, saya boleh keluar membeli belah, malah boleh memandu kereta sendiri, dan ramai yang tidak mengenali saya ketika berselisihan" ujarnya gembira.

Menurut Syanie, dia bersyukur dengan berat badannya kini, malah dia turut tidak merancang untuk mengurangkan lebih banyak lagi beratnya.

"Saya semakin selesa dan apa yang saya buat selama ini bukan untuk cantik macam artis lain tetapi kerana tuntutan.

"Malah saya belum merancang untuk membuat pembedahan sekali lagi bagi membuang lebihan kulit dan daging yang tinggal akibat pengurangan berat badan," ujarnya yang turut membintangi filem Kembar Siam dan Tolong Awek Aku Pontianak.

Selain itu, Syanie memberitahu perubahan berat badannya tidak menjejaskan tawaran berlakon yang diperoleh.

"Saya sedar orang ambil saya berlakon kerana saiz saya yang besar ketika itu, tetapi Alhamdulilah walaupun saiz kecik sedikit tapi tawaran tidak pernah putus.

"Namun saya yakin itu semua kerana bakat bukan kerana saiz semata-mata," jelas Syanie ketika ditemui selepas rakaman program terbitan Astro Itu Dia di Finas, Khamis.

Dalam pada itu, Syanie turut tidak lokek berkongsi pengalaman dan pendapat bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembedahan tersebut.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-