Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, June 22, 2010

Toh Muda Rizal Ashram Ramli a.k.a Jejai Dedahkan memang Tiz Zaqyah mengajaknya dating pukul 4 pagi

Share







Sensasi:Selepas penafian Tiz tentang isu cuba merampas Jejai dari Fasha dan mengatakan Fasha mengarut ,menyebabkan org ramai byk mengatakan yg Fasha sengaja reka cerita sebab nak dptkan publisiti murahan...oh please,she dun need publisiti murahan ),kini Jejai tampil untuk membersihkan nama Fasha dan mengaku bahawa memang Tiz ada menghubunginya untuk keluar BEDUA-DUAAN tanpa Fasha pada pukul 4 pagi...

4 kali tue Tiz calling2 pujuk Jejai...aduhai...~ ape kes????


“Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.


“Saya berpendapat tidak wajar selain menghormati perhubungan dengan Fasha,” kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berhubung kenyataan Tiz yang menafikan dakwaan pernah menghubunginya sebelum ini.

Pelakon drama bersiri popular Nur Kasih itu sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu menerusi beberapa laporan akhbar selepas dikecam sebagai perampas kekasih orang.

Malah, Tiz sekali lagi menafikan perkara itu dalam laporan muka depan Harian Metro, semalam.

Kronologi ‘perang dingin’ itu bermula apabila aktres terkenal yang juga kekasih Jejai iaitu Fasha Sandha menulis dalam laman twitter iaitu @FashaSandha1, kononnya ada seorang pelakon cuba merampas kekasihnya dengan menghubunginya pada awal pagi.

Meskipun tiada nama dipetik, berdasarkan gambaran yang diberi serta lenggok bahasa digunakan Fasha, bintang Berlari Ke Langit dan Cicakman itu seakan merujuk kepada Tiz Zaqyah.

Jejai yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana tidak mahu isu seperti itu menjadi lebih besar sehingga mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak.

“Jujurnya, saya hanya mengenali Tiz sebagai seorang rakan kerja Fasha yang pernah keluar bersama sebelum ini. Malah, Fasha sendiri yang mengenalkan dia kepada saya.

“Justeru, mustahil untuk saya keluar berdua dengannya atau menerima pelawaan ketika dia hubungi saya itu terutamanya tanpa Fasha sekali.

“Saya harap tiada lagi sebarang kenyataan yang tidak benar diberikan oleh mana-mana pihak mengenai isu ini,” katanya.

Tiz yang juga dramatis berusia 21 tahun dalam kenyataannya semalam, menyebut kononnya dakwaan dilemparkan Fasha itu mengarut dan tidak benar.

Sementara itu, Fasha ketika dihubungi terkejut dengan artikel itu selain menyifatkannya tidak patut dikeluarkan.

“Saya tidak mahu lagi mengulas perkara ini. Malah, pada kenyataan sebelum ini, saya sudah menyatakan perkara ini perlu dihentikan untuk kebaikan semua pihak.

“Bagaimanapun, saya amat terkejut dengan kenyataan Tiz dalam laporan muka hadapan Harian Metro yang kononnya saya mengarut. Saya harap Tiz akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

admin sensasi ni sedara mara fasha kot. semua nyer membackup fasha. hahaha!

Anonymous said...

pandai lak fasha nak menyalak pakwe nak kena amik org...dia amik laki org, xpe...skrg Allah byr cash..kalu dorg kawen pn, blm tentu kekal lagi..juz wait & see.

Anonymous said...

Fasha ni mmg bodo la....blakon pon muke palsu gile, rampas laki orang, pastu nk terhegeh2 bile orang nk amik laki die...mmg padan muke ko fasha..jejai tue pon same 2x5 je..same2 bangang....

Anonymous said...

haha!pa sgt lha jejai 2.. cm muka separuh tk siapp jak.. gurl nk jejai pun pasal duit lhaa.. jgn mrh k??=)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-