Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 21, 2010

Tiz Zaqyah Tak mengaku apabila dikaitkan dengan Jejai...tp hakikatnya??

Share








Sensasi:bagi mereka yang tidak mengikuti Twitter Fasha pastinya percaya dengan kata-kata Tiz yang bukan dia yang cuba menggoda Jejai..tp bagi org yang mengikuti perkembangan Twitter Fasha seperti sensasi sendiri,memang confirm pompuan yang dinyatakan Fasha tue mmg Tiz,walaupun nama Tiz Fasha tak sebut tp clue2 nya jelas... Dan apabila dikatakan sebagai seorang yang rapat dan slalu mengajak Fasha pegi clubbing,mmg Tiz lah yang dimaksudkan..bagi yg berada dlm industri pasti lebih mengenali Tiz dgn lebih dkt...Sensasi ada kwn yang mengenali Tiz dan mengesahkan..tp tak tau la kans...nie pun dgr dari mulut org yang dikatakan "boleh dipercayaila"..

Byk org yang rasa ini adalah pembalasan bagi Fasha..tp bg sensasi,mcm takda kaitan jer...mungkin benar Jejai diganggu dan ingin dirampas org lain...tp yang pastinya Jejai sgt setia dan mencintai Fasha sgt2...kiranya bukanlah karma,sebab Jejai tak hingin pun nak lari ke pempuan lain..sebenarnya perkara mcm nie lebih menguatkan lagi cinta Fasha pada Jejai kerana kesetiaannya..maklumlah Tiz pun cantik dan hot juga.

Kisah Fasha dengan Jejai nie,Fasha dan Jejai dah lama berkwn sblm Jejai kenal dngn Nora Danish lagi..Tp masa tue Jejai nak kat Fasha but Fasha dah ada bf..so after Jejai dah kahwin Fasha plak single...apa lagi,Jejai pun nak balik ngan Fasha..Wpun Fasha byk kali cuba menolak cinta Jejai,,tp sampai ke hari nie Jejai masih lagi setia dan sygkan Fasha sehingga hati lembut wanita mudah cair...Dan kini Fasha sendiri mengaku yang Jejai adalah buah hatinya....

Kenapa Jejai jadi rebutan?rasanya Jejai nie bukan dlm kategori lelaki hensem jambu...tapi Jejai nie manis orgnya,tinggi,senyumannya tampak ikhlas,seorang lelaki yang soft spoken dan respect pompuan,Kaya raya tapi tak kedekut,masih muda,Romantis,dan berusaha gigih utk pikat Fasha..jadi pompuan mudah tersuka kat sikap Jejai yang mcm ala2 jejaka gentleman gitu..

maklumlah,lelaki gentleman kat malaysia nie bukan ramai sgt...byk yg ego ader la


Baca gossip tentang Tiz Zqyah menafikan Gossip cubaan merampas Jejai


Kontroversi membabitkan pelakon Tiz Zaqyah dengan pelakon Fasha Sandha nampaknya masih belum reda lagi. Diimbas kembali, kontroversi membabitkan dua artis jelita ini mula tercetus apabila Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya di Twitter terhadap seorang ‘perempuan’ yang kononnya telah menelefon dan mengajak kekasihnya keluar pada jam 4 pagi.

Walaupun Fasha tidak menyatakan nama ‘perempuan’ terbabit, namun ramai yang dapat menggagak ‘perempuan’ yang dimaksudkan itu adalah Tiz. Ketika ditemui baru-baru ini di majlis doa selamat filem ‘Nur Kasih’, Tiz atau nama sebenarnya Tiz Zaqyah Abdul Razak menafikan sekeras-kerasnya bahawa perempuan yang dimaksudkan itu adalah dia.

“Kontroversi ini tidak ada kena mengena dengan Tiz. Secara peribadi, Tiz tak berapa kenal Jejai. Nombor telefon Jejai pun Tiz tak ada. Tiz tak buat apa-apa tapi tiba-tiba saja keluar cerita macam ini. Tiz terkejut bila nama Tiz dikaitkan, tapi Tiz tak ambil kisah.

“Orang pertama yang memberitahu tentang perkara ini ialah keluarga Tiz dan kemudian rakan-rakan Tiz. Mereka semua tanya apa sebenarnya berlaku. Mereka semua gelak sebab mereka semua tahu perkara sebenar.

“Mula-mula ‘stress’ jugalah, tapi lama-lama selepas tu Tiz buang semua benda ini. Tiz pandang depan, tak pandang ke belakang. Banyak lagi benda kat dunia ni yang Tiz nak kena fokus dari gosip-gosip macam ni. Tiz fikir positif saja. Tiz orang yang jenis ‘go with the flow’.”

Tiz nak jumpa Fasha
Apa yang agak mengejutkan, melalui laman Twitternya, Fasha turut memberitahu, perempuan yang cuba menggoda kekasihnya itu turut pernah menganggu kekasih Almy Nadia iaitu Fizz Fairuz.

“Tiz memang kawan dengan semua orang. Mungkin ada orang yang salah sangka,” ujarnya yang menganggap spekulasi yang timbul itu adalah salah faham yang cuba ditimbulkan oleh segelintir pihak.

Tambah Tiz lagi, gosip ini sedikit sebanyak memberi tempias kepada karier lakonannya. Ketika ditemubual, Tiz turut mengakui berkawan rapat dengan Fasha dan pernah keluar beramai-ramai dengan Fasha dan Jejai sebelum ini. Dan sebagai kawan, dia ingin berjumpa dengan Fasha untuk bertanyakan tentang hal ini.

“Memang Tiz betul-betul nak tahu dari Fasha sendiri tentang hal ini. Kalau ada kesempatan, InsyaAllah, Tiz akan jumpa dia. Buat masa ini, dia tengah sibuk ‘shooting’ drama ‘Duyung’, jadi Tiz tak sempat nak ‘call’ dia lagi. Apa yang Tiz boleh beritahu di sini, hubungan Tiz dengan Fasha okay.”

1 comment:

Kie-yu said...

susah la jadik org cantik ni
asek nk merampas dan dirampas je~
huhu ;)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-