Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, June 29, 2010

S.Shamsudin (Bujang Lapok) dalam keadaan kritikal selepas jatuh bilik air

Share









Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra di Singapura hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu.

Veteran tersohor Datuk Aziz Sattar berkata Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak.

“Waktu dia (Shamsudin) jatuh tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal.

“Anaknya juga beritahu ayahnya itu akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aziz, dia baru sahaja menziarahi sahabatnya itu bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu.

Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.

“Saya baru sahaja melawat dia pada Sabtu lalu. Tetapi dia jatuh pada malam selepas kami datang ke rumahnya.

“Doktor ada maklumkan kepada anaknya, kalau dia tak stabil dalam satu hingga dua jam ini, pihak hospital akan minta isteri dan anak-anaknya datang ke hospital,” ujarnya lagi.

Tambahnya, dia akan memaklumkan perkembangan lanjut tentang Shamsudin selepas ini.

Shamsudin adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A. R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Dia telah berlakon dalam lebih 30 buah filem.

Anak kelahiran Singapura ini mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz dalam filem Bujang Lapok.

Sensasi:dah 81 tahun dan sudin skrg..kesian dia...dah tua jatuh pulak,tulang retak dan kritikal..sama-samalah kita doakan agar Sudin sembuh semula...seronok tgk lakonan sudin,P.Ramlee dan ajis masa dulu2

3 comments:

Anonymous said...

Kesian dia. Sumbangan dia kepada industri hiburan sangat berharga. Tapi sayang, warga singapura ini lebih dihargai di negara jiran berbanding di negara sendiri. Nampaknya Singapura tidak peduli pun nasib orang yang banyak berjasa ini. Mungkin sebab dia melayu kot, jadi sbb itu tidak dipandang.

martinfaisal k said...

salam kenal..sebelumnya al fatihah saya sedekahkan buat arwah,karna telah banyak membuat saya bahagia karna karya nya di di bidang perfilman...
saye melayu pulau bintan tak jauh dari singapura dan batam..

martinfaisal k said...

salam kenal..sebelumnya al fatihah saya sedekahkan buat arwah,karna telah banyak membuat saya bahagia karna karya nya di di bidang perfilman...
saye melayu pulau bintan tak jauh dari singapura dan batam..

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-