Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 21, 2010

Rape Axe Kondom wanita bergigi untuk memerangkap perogol

Share







Sensasi:kondom untuk perogol???mcm ready utk kene rogol je..isk3....bagi sensasi sendiri..sensasi tak tahulah bagus ke tak benda nie,,untuk gadis2 yang dara lagi of course la tak seswai..mana boleh masukkan...dan bagi wanita2 lain pulak,takke memasukkan benda asing nie nanti boleh menghilangkan elasticity bahagian tersebut...ish..mcm x seswai je...

pastu ada ke patut bila kene rogol,perogol tak boleh keluarkan "anu" nya..habis tue..malu la pompuan tue..then boleh menyebabkan si perogol bertindak kejam dan ganas dengan merobek mangsa dgn menggunakan pisau untuk melepaskan diri?ewwwww...

Mcm x bagus je...ini hanyalah pendapat peribadi sensasi jer...menggunakan logik...

jom baca info tentang alat ini-kondom memerangkap perogol



Seorang doktor Afrika Selatan, Dr. Sonnet Ehlers mencipta kondom khas untuk kaum wanita bagi melindungi mereka dari kejadian rogol. Kondom tersebut di namakan Rape Axe yang ‘begigi’ di sekelilingnya dan akan menggigit alat sulit perogol sekiranya lelaki tersebut cuba memasukkan anunya ke dalam kemaluan mangsa. Apabila di ‘gigit’, ianya tidak akan terlepas dan tidak boleh ditarik balik, hanya doktor yang boleh mengeluarkan alat sulit perogol tersebut. Sekurang-kurang satu proses yang pada pandangan Dr. Sonnet Ehlers boleh membantu menangkap perogol terlibat.

Idea untuk mencipta kondom tersebut tercetus apabila Dr. Sonnet Ehlers yang pada masa itu bertugas sebagai medical researcher melihat kesengsaraan seorang mangsa rogol di hadapan matanya. Mangsa tersebut berkata padanya “kalaulah saya ada gigi di bawah ni…”

Mengikut Dr. Sonnet Ehlers lagi, kondom tersebut berupaya menyakitkan si perogol, jika lelaki tersbeut cuba untuk menarik keluar, gigi-gigi tersebut akan mencengkam dengan lebih kuat dan menghasilkan kesakitan kepada perogol.

Doktor tersebut pada masa ini sedang mengedarkan kondom berkenaan di beberapa bandaraya di Afrika Selatan sempena kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010 sedang berlangsung. Dia merancang untuk mengedarkan 30,000 kondom tersebut secara percuma sepanjang tempoh tersebut.

Doktor berkenaan juga telah mendapatkan khidmat nasihat dan merujuk kepada para jurutera, gynecologists dan juga pakar psikologi untuk membantunya menyiapkan design kondom tersebut dan juga memastikan ianya selamat.

Secara idealnya kondom tersebut boleh dipakai apabila seseorang wanita keluar daripada rumahnya atau merasa tidak selesa bila melalui kawasan yang agak merbahaya.

Walau bagaimanapun setakat ini keberkesanan alat ini masih belum dipastikan lagi. Masih dalam peringkat ‘product exposure’ dan ‘under supervision’ lagi ni.

Keadaan sekeliling dan suasana hidup yang semakin tidak selamat ni khususnya kepada kaum wanita membuatkan macam-macam idea dan cadangan di buat. Apa yang pasti jenayah rogol ni memang berlaku di mana-manadan tidak terjangka. Kepada semua wanita, sentiasalah berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-