Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, June 8, 2010

Pemandu Teksi " Perogol bersiri" suka gadis berbaju sekolah

Share







Sensasi:huhuhu..kepada mangsa2 rogol...pastikan anda membuat laporan polis supaya perogol2 bodoh dikenakan hukuman yang sepatutnya..
tp yg peliknya..kenapa dari awal2 lagi mangsa yg pernah kene rogol dulu tak tukar nombor telefon awal2?huhu

AMPANG: Pemandu teksi ‘gila seks’ yang ditahan polis selepas memperkosa ramai gadis remaja dikesan mempunyai nafsu pelik apabila hanya menjadikan remaja berpakaian seragam sekolah sebagai sasaran utamanya.

Ini terbukti apabila sehingga kini kebanyakan mangsa yang membuat laporan polis mendakwa suspek perogol bersiri itu gemar memaksa mangsa melakukan hubungan seks ketika mangsa masih berpakaian baju sekolah.

Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, sejarah hitam diperkosa pemandu teksi itu mengganggu emosinya kembali selepas akhbar menyiarkan gambar penjenayah berkenaan minggu lalu.


Menurutnya, dia yang mahu melupakan detik hitam terbabit terkejut apabila melihat wajah suspek adalah lelaki yang memperkosanya empat tahun lalu.


“Ketika itu saya masih di bangku sekolah dan lelaki itu memperdaya dan memperkosa saya sebelum kejadian dirakam dengan kamera video telefon bimbit.


“Apa yang saya ingat, perkara itu berlaku ketika saya menahan teksinya di Plaza Sungai Wang, Bukit Bintang untuk pulang ke rumah. Saya masih ingat apabila diugut akan dimalukan menggunakan rakaman kejadian rogol itu sekiranya saya menolak untuk melakukan hubungan seks.


“Malah saya pernah dipaksa melakukan seks beramai-ramai selain nyaris diliwat. Dia gemar melakukan hubungan seks ketika saya memakai baju sekolah. Oleh itu dia sering mengarahkan saya memakai seragam sekolah walaupun ketika itu saya sudah hampir setahun menamatkan alam persekolahan,” katanya.


Menurutnya, pemandu teksi tua itu turut pernah memujuknya supaya menjadi pelacur dengan bayaran RM100 manakala dia menjadi ‘bapa ayam’ dan mengambil komisen RM20 dari aktiviti berkenaan.


“Bagaimanapun saya enggan sebelum menukar nombor telefon bimbit setahun lalu selepas tidak tahan dipaksa menjadi abdi seks,” katanya.


Ditanya mengapa dia enggan tampil untuk membuat laporan polis berhubung kes rogol pernah dialami itu, mangsa memberitahu dia kini sudah berkahwin dan bakal melahirkan bayi tidak lama lagi.


Dia mengakui apa yang dialaminya itu adalah akibat kebodohannya sendiri kerana terlalu bimbang ugutan video klip bogelnya tersebar.

“Jika saya membuat laporan polis empat tahun lalu, pastinya suspek sudah dapat diberkas,” katanya. Pemandu teksi terbabit ditahan polis kira-kira jam 9 malam Isnin lalu berhampiran Jalan Imbi dan suspek dikesan pernah merogol sekurang-kurangnya 10 penumpangnya sebelum gambar mangsa diambil menggunakan kamera video telefon bimbit.


Sehingga kini enam gadis yang pernah menjadi mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ampang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan menasihati mangsa yang belum membuat laporan polis agar tampil memberikan keterangan bagi memudahkan siasatan polis.


“Polis tidak boleh paksa mangsa buat laporan tapi jika mereka hanya mendedahkan pengalaman di akhbar, kita sukar untuk mengheret suspek ke mahkamah,” katanya.


Katanya, bagaimanapun setiap aduan yang dilaporkan mangsa akan disiasat polis secara terperinci.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-