Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 7, 2010

Nabil :Saya bukan kaki mabuk atau Arak

Share









"Bunyinya macam saya, betul tak? Semua orang pun kata itu saya. Gambaran yang diberi adalah apa yang berlaku pada diri saya. Benda tu menjejaskan reputasi saya, kerjaya saya.

"Saya bukan kaki mabuk atau kaki botol. Apa yang ditulis itu tidak betul dan tidak benar. Itu bukan saya," tegas Nabil, juara Raja Lawak musim kedua ,bila ditanya tentang artikel 'Pelawak kaki mabuk' di ruanganMetro Ahad hari ini.

Meskipun identiti pelawak yang dimaksudkan itu tidak didedahkan, namun bila diamati penulisannya, sukar bagi sesiapa untuk menafikan yang sedang diperkatakan itu adalah Nabil.

"Bila saya baca, dari awal penulisannya, 'it's me'," kata Nabil. "Inilah caranya untuk orang menjatuhkan saya sebab orang tak suka bila kita nampak bagus. Tanpa bukti, mereka tak boleh tulis macam tu. Saya 100% menafikannya.

"Mengapa tulis benda-benda macam tu? Ia menyusahkan hati keluarga saya. Jika ada bukti, saya akan mengaku saya buat. Tapi saya tak buat, 'seriously'.

"Jika benar, jika ada bukti, mengapa tak tulis nama terus dan letakkan gambar dari menulis cerita macam tu? Letakkan nama supaya orang tak perlu terfikir-fikir. Bila dah tulis macam ni, cerita tentang latarbelakang saya, orang akan anggap itu saya walaupun takde nama.

"Di akhir artikel itu, dia kata nak saja rakam aksi mabuk saya dan jadikan berita muka depan akhbar. Mengapa masa tu tak rakam terus jika benda tu betul. Mengapa nak tunggu? Jika mereka inginkan cerita sebenar, mengapa tak hubungi saya terus?"

Takde 'port' kat mana-mana kelab

Ketika temubualnya, Nabil juga mempertikaikan beberapa poin dalam artikel tersebut. Salah satu daripadanya, siapa rakan artis yang dimaksudkan yang mabuk bersamanya.

"Dia kata kawan artis saya ni, baru-baru ini terbabit dengan satu pergaduhan. Yang saya dan semua tahu, Johan yang baru bergaduh. Tapi, walaupun kami kawan, kami tak pernah lepak sama. Tanyalah Johan sendiri. Kami tak pernah lepak pun, inikan kat kelab. Nak kata minum teh tarik pun tak pernah, inikan pula arak."

Selain itu, turut diungkitkan kononnya dia mempunyai 'port' untuk mabuk. "Jika benarlah saya ada 'port', mengapa tak ambil saja gambar saya kat situ? Artis pun tak bodoh, nak jadikan satu tempat itu 'port'-nya. Saya takde 'port' kat mana-mana kelab. Saya duduk rumah, pergi makan kat The Curve."

Bila dicadangkan ada yang berpendapat cerita kononnya Nabil kaki minum dan kaki perempuan adalah ekoran daripada 'culture shock' yang dialaminya selepas bergelar artis, ujarnya, "Dengan kerja saya ni, saya mesti lebih berhati-hati nak menjaga nama saya.

"Saya tak boleh nak buat benda-benda macam tu. Kalaulah saya nak buat, baik dari dulu lagi saya dah buat sebelum saya jadi terkenal. Saya bukan orang seperti itu. Kalau saya kaki botol, dari dulu lagi dah saya kaki botol. Tapi saya tak pernah buat macam tu."

Sensasi:kalau betul nabil difitnah..kesian dier..tp nothing to worry la kalau benda tak betul sbb takde bukti pun..lgpun nail nampak mcm baek je :P

2 comments:

Anonymous said...

ala..nabil ko x payah tegakkan benang yg basah...aku kerja dekat club...yg ko tonggang arak...tu....alahai...sian ko erk...dah buat tapi xnak mengaku..

restinpeace said...

anony.. ckp je lebih kau ni.. amik la gambar.. dengki la kau ni!!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-