Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, June 3, 2010

Murid maut termakan gam disangka jeli

Share







Sensasi:huhuhu..kesiannyeee.....kesian sgt..gurauan yang berakhir dengan kematian..aduyai..bebudak nie takda akal lagi..bergurau dgn bahan kimia mmg la bahaya..tp pelik gam slalunye diperbuat drpd kanji..bahaya sgt ke?lainla kalau gam uhu..rasa kesian sgt dgn bayi dan budak2 yang mati...tp takpe...since dier belum akil baligh,syurgalah tempatnya di-Sana..

Demikian nasib seorang murid tahun tiga, Norawatif Azalela, 9, pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini apabila dia mati dipercayai termakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik dikatakan pengsan di dalam kelas selepas memakan gam tersebut yang disangka jeli.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Poliklinik Simpang Kuala namun dia disahkan meninggal dunia di poliklinik pada pukul 5 petang.

Cerita bapa saudara mangsa, Rosli Ahmad, 40, mangsa didakwa mati selepas dia memakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli oleh rakan-rakan sekelasnya dengan niat untuk bergurau.

"Rakan-rakan Norawatif mendakwa mereka mahu bergurau dengan memasukkan gam yang digunakan untuk menampal buku ke dalam bekas jeli.

"Namun selepas makan gam yang disangka mangsa sebagai jeli, Norawatif pengsan," kata Rosli ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.

Katanya, guru yang mengetahui kejadian itu telah membawa mangsa ke surau sekolah sebelum dihantar ke poliklinik.

Bagaimanapun, jelas Rosli, anak saudara gagal diselamatkan dan mayatnya dihantar ke HSB.

Rosli memberitahu, mangsa mempunyai penyakit asma namun buat masa ini, punca kematian sebenar Norawatif belum diketahui.

Sehari sebelum kematiannya, menurut Rosli, mangsa memaklumkan dia tidak mahu ke sekolah kerana berasa tidak sihat.

"Namun dia pergi juga ke sekolah hari ini (semalam) dan sekolah mangsa hanya terletak di hadapan rumah mangsa," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-