Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, June 24, 2010

Misha Omar dah kahwin dan dikatakan Isteri Ketiga

Share








Sejak awal tahun ini, sering saja terdengar cakap-cakap nakal kononnya Misha Omar sudahpun menamatkan zaman bujangnya. Meskipun Misha Omar tampil menafikan khabar angin tersebut, selepas seketika, cerita itu timbul semula.

Seakan mengiyakan kebenaran berita tersebut, pernah seorang pembaca Pancaindera, akhbar sisipan Utusan Malaysia, meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila melihat akhbar itu sebagai sengaja tidak menyiarkan berita perkahwinan Misha. Padahal, menurut pembaca berkenaan, cerita perkahwinan Misha dengan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru yang digelarnya sebagai Kiss, sudah rancak diperbualkan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Terbaru, cerita kahwin Misha mendapat satu 'twist' yang menarik. Kononnya, bukan saja Misha sudah sah berkahwin tetapi dia merupakan isteri ketiga kepada seorang jutawan.

Nampaknya, semakin menjadi-jadi kisah kahwin Misha ini. Tetapi sehingga cerita itu dikeluarkan dari mulut tuan punya badan, sukar untuk mempercayai semua khabar angin yang berterbangan ini.

"Terpulanglah. Kalau nak percaya cerita itu, percayalah. Tapi ia sama sekali tidak benar," katanya terus-terang. "Tapi saya pun pelik. Walau macam mana saya nafikan, cerita tu asyik diungkitkan. Saya pun tak reti nak jawab dah. Dari awal saya jadi penyanyi, saya dituduh kononnya janda.

"Sebagai seorang perempuan, saya tahu hak saya sebagai seorang isteri dan wanita. Jika ada yang masih tak percaya, pergi saja ke pejabat agama dan periksa sama ada betul ke tidak saya ni dah kahwin. Saya taklah bodoh untuk berkahwin dan sorokkan benda yang baik."

Jadi setakat ini, bagaimana perhubungan Misha dengan Uda pilihannya? Jika ada yang masih ingat, sebelum ini Misha pernah berkongsi perancangannya untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Tetapi hasratnya itu terpaksa ditundakan kerana kesibukan kerja.

Jawab pemilik nama penuh Samiha @ Aisah bt Omar itu, "Saya taknak cerita pasal ni (kisah peribadi). Azam baru saya sejak mula bergiat di dalam teater, sejak saya mula mengenali diri saya dengan lebih mendalam, lebih indah bila sesuatu berita itu disertakan dengan bukti dan cukup syarat. Sebenarnya, saya tak mahu bercakap banyak tentang perkara peribadi saya. Sebab bila tak jadi, siapa yang akan terasa nanti?"


Sensasi:pernah siarkan cerita nie dulu yang kononnya Misha dah berkahwin dan berita perkahwinan Misha dikatakan memang org2 di kelantan dah lama tahu...tp kalau tuan punya badan dah tak mengaku nak buat camne kans...kene lah percaya jugak2....Hehe,,tp ada jugak artis yg dah kahwin 10 tahun tp tak mengaku...mcm Eja...dah pregnant barulah mengaku diri dah lama berkahwin,kalau tak menafikan bagai nak rak lagi....

2 comments:

ardinihumaira said...

alahai misha.... tul ke ni :'( nape jadi bini no 3

r-mean said...

macam2 la der...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-