Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, June 25, 2010

Maya Karin dan Suaminya Muhammad Ali ke Mahkamah Untuk Pengesahan Nikah atau Cerai?

Share












KUALA LUMPUR: Pelakon popular Maya Karin, 31 dan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali (gambar) merahsiakan prosiding yang berlaku dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah di sini yang diadakan selama dua jam sejak pukul 2 petang ini.

Maya tidak berkata “ya” mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka.

Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu.

“Tiada keputusan,” kata Maya ringkas di luar mahkamah.


Suami Maya, Steven turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Maya berkata, dia mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

“Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap,” katanya yang keluar dari mahkamah lewat 20 minit selepas suaminya.

Sementara itu Muhammad Ali turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya.

Ditanya pula tentang penceraian, katanya: “No divorce” (tidak bercerai).

Difahamkan prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu turut dihadiri oleh dua orang saksi lelaki berbangsa asing.

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.

Difahamkan, kunjungan pasangan itu ke mahkamah hari ini untuk mendaftarkan pernikahan mereka selepas kedua mereka diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis dan mereka sedang dalam proses untuk memulihkannya.


Sensasi: Seperti yang diberitahu pihak Maya Karin,kehadiran mereka ke mahkamah adalah untuk pendaftaran Nikah...Haa..ini kerana pasangan ini melangsungkan pernikahan dan pendaftaran nikah-kahwin di Italy..jadi di malaysia takde record pernikahan mereka..bagaimanapun pernikahan mereka nie sah,cume takda dlm record Malaysia...bila takda record,mcm mana nak settlekan hal2 perundangan perkahwinan yang lain kans...

Tak silap sensasi bagi pasangan yang berstatuskan Warganegara Malaysia kalau kahwin luar negara kene bayar denda...ala mcm org yg kahwin kat Siam...kene la bayar RM500 camtue....Denda yang sama dikenakan keatas Rita Rudaini dan Aida Radzwill dulu bila bernikah di siam.,,jadi untuk merecordkan dalam Malaysia mereka perlulah mendaftar dan membayar denda...

Kalau record perkahwinan takda di Malaysia..nanti anak tak boleh ada Surat beranak...pastu nak bercerai susah,kene pergi balik tmpt register nikah dulu (kalau register kat Siam,kene buat record cerai pun kat Siam,kalau register di Italy,kene cerai pun di Italy)... jadi dlm kes Maya Karin nie,,,kita berharap pendaftaran Nikah mereka berdua bukanlah untuk bercerai di Malaysia la hendaknya,....

Lagi satu kalau cerai kat siam atau luar negara mcm sensasi ckp tadi,perundangan Syariah tue takleh diguna pakai untuk pembahagian harta dan sebagainya..Jadi cara terbaik ialah melakukan di Malaysia la,untuk dpt hak2 seperti dlm perundangan Islam Malaysia..

P/S:Muka Maya Karin nampak sedeyh je kans...Kira okeyla Maya tak pakai Spek hitam besar gedabak mcm artis lain2..kihkih..tp kalau pakai Spek gedabak nampak mcm bercerai pulak..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-