Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, June 1, 2010

Johan: Punca dibaling gelas bukan sebab isu disiplin

Share








KUALA LUMPUR, 31 MEI 2010 : Pelawak popular Muhamad Yazid Lim atau Johan, 26, mengakui dia kini masih lagi dalam keadaan trauma apabila mengenangkan kembali insiden pergaduhan yang dialaminya dengan pengarah drama, Javerd Nizar sewaktu menjayakan penggambaran telemovie 4 episod, Bisikan Arwah pada 11 Mei lalu.

Johan yang masih lagi menunggu laporan siasatan daripada pihak polis juga masih tidak bersedia untuk berkongsi cerita tentang peristiwa pahit tersebut kepada pihak umum. Dia bagaimanapun akan menjelaskan insiden itu secara terperinci dalam satu majlis sidang media khas yang akan diadakan tidak lama nanti.

"Buat masa sekarang saya masih tidak bersedia lagi untuk menceritakan hal ini kepada umum. Malah saya sudah berbincang dengan pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan peguam saya untuk tidak menjelaskan tentang perkara tersebut secara terburu-buru. Biarlah polis buat kerjanya dahulu. Nanti bila sudah selesai sisatan, saya akan mendedahkannya dalam satu sidang media khas.

"Saya akui kejadian tersebut memang pahit untuk ditelan. Pada waktu yang sama buatkan saya jadi truma. Bagaimanapun saya tidak boleh lari atau menyepikan diri kerana ini adalah saluran saya untuk terus bekerja. Malah saya mempunyai keluarga untuk diberikan nafkah.

"Saya juga akui ada suara yang tidak enak bercakap mengenai soal disiplin saya dalam telemovie tersebut Tetapi sebenanrya dalam kes ini, isu disiplin memang tidak timbul. Malah sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, pasti akan tahu macam mana saya bekerja. Tanyalah mereka, saya percaya apa yang mereka katakan ini pasti akan dapat menyangkal semula dakwaan semua suara-suara yang tidak enak ini," katanya.

Selepas berlaku insiden pergaduhan tersebut, Johan mengakui khidmatnya tidak lagi diperlukan untuk menyudahkan telemovie Bisikan Arwah yang ditayangkan di Astro Prima pada Jun ini.

"Saya hanya sempat buat 10 babak saja. Tak sampai 1 episod pun. Selepas insiden itu saya langsung tidak berjumpa dengan pengarah tersebut. Sekarang ini pun, saya tak tahu apa akan jadi dengan drama itu. Memang dah jadi arwah lah kot," jawabnya secara berseloroh.

Sewaktu insiden pergaduhan di antara Johan dan Javerd berlaku di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Seremban , pengarah berkenaan dikatakan membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga menyebabkan kecederaan di atas kening, mata kiri pelawak terbabit.

Ia dipercayai berpunca daripada sebab rasa tidak puas hati antara satu sama lain setelah Javerd menegur sikap Johan yang di dakwa seringkali lewat datang ke lokasi penggambaran.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-