Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, June 24, 2010

Joe Radzwill:Aida sering mengejutkannya pukul 3 pagi utk berbincang hal rumahtangga menaikkan kemarahannya

Share








Sensasi:Nampak gaya mcm Joe Radzwill tak mahu melepaskan Aida atau sekadar menjaga egonya sebagai seorang lelaki...huhu..Joe juga ckp Aida dingin dlm hubungan seksual suami isteri dnegannya sejak 4 tahun lalu....ler...Aida 52,Joe 39..so beza umur derang nie 13 tahun...Aida mungkin dah menopause memangla akan dingin dlm perhubungan kalau lelaki tak cukup sensitif atau romantis..huhu...byk sgt beza umur..masa Kahwin dulu Aida masih berumur 44 tahun..still ok lagi la lom menopause..

yang kelakarnya dlm kenyataan balas si Joe nie bila dia ckp Aisa sering mengejutknnnya bangun tidur pukul 3 pagi untuk membincangkan maslah rumah tangga...kihkih..mcm takda time lain je kot nak berbincang,,...


Baca cerita tentang pembelaan diri Joe Radzwill dalam kes tuntutan Fasakh Aida

Dalam penyata pembelaannya, Joe menafikan bahawa dia pernah curang terhadap Aida dan memberitahu penyataan yang dibuat oleh isterinya itu adalah fitnah untuk memburukkan dirinya semata-mata. Sebaliknya, dia mengakui mempunyai kesedaran serta tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Dalam pada itu, Joe telah memohon mahkamah memerintah Aida supaya kembali taat kepadanya sebagai suami yang sah mengikut hikum syarak dalam tempoh 14 hari. Sekiranya, Aida ingkar, Joe akan memohon mahkamah dan/atau membuat deklarasi bahawa Aida nusyuz.

Selain itu, Joe turut memohon mahkhamah mengepikan tuntuan fasakh Aida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, 52, yang difailkan berdasarkan seksyen 1(b)(h)(i)(ii)(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam tuntutan balasnya, Joe turut menegaskan bahawa Aida seorang isteri yang nusyuz mengikut hukum syarak. Joe mendakwa isterinya sering pulang lewat ke rumah sehingga jam 2 hingga 3 pagi. Dai juga menyatakan bahawa Aida juga bersikap dingin dalam hubungan kelamin dengannya sejak empat tahun lalu.

Di samping itu, Aida juga gagal menjaganya ketika dia dimasukkan ke hospital selama 2 hari. Malah sepanjang tempoh itu, Aida tidak pernah melawat atau menjenguknya.

Selanjutnya Joe menegaskan bahawa isterinya juga seorang yang tidak jujur kerana memberitahu bahawa dia berada di Kelantan atas utusan kerja sebaliknya pada masa yang sama dia mendapati kereta Aida berada di The Curve, Damaasara dan di Bangsar Village pada masa itu.

Joe juga turut menyatakan Aida sering melakukan perbuatan seperti mengejutkannya dari tidur jam 3 atau 4 pagi untuk berbincang mengenai hal rumah tangga dengan niat untuk mendatangkan kemarahannya.

Peguam Nahar Alias yang mewakili Aida telah memohon mahkamah untuk menetapkan satu tarikh bagi pihaknya menjawab tuntutan balas Joe.

Manakala dalam penyata pembelaannya pula, Joe telah menafikan semua dakwaan Aida dalam pernyataan tuntutannya dan meletakkan beban pembuktikan yang kukuh dan/atau ketat terhadap Aida.

Hakim Mohammad Yusri Kassim kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Aida yang sudah berkahwin sejak lapan tahun lalu bersama Joe sebelum ini telah memfailkan permohonan fasakh itu pada 27 April 2010. Antara alasan ialah dia mendakwa suaminya gagal memberikan nafkah lebih dari tiga bulan dan Joe juga telah menyakiti serta menjadikan hidupnya menderita. Malah, Aida juga mendakwa Joe telah berperangai keji serta tidak mengikut hukum syarak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-