Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, June 24, 2010

Jawapan daripada Mangga Ads Team untuk blogger,antara info yang perlu anda ketahui

Share








Pada minggu ini,tak silap Sensasi hari Isnin..Sensasi ada menulis satu artikel berkaitan mangga ads.Ini kerana terdapat byk persoalan yang timbul semasa menggunakan mangga ads...namun persoalan terjawab apabila emel sensasi kepada mangga ads team di reply...Jadi disini sensasi kongsikan bersama para bloggers yang masih samar-samar tentang bagaimana Mangga ads berfungsi untuk menambahkan lagi pengetahuan ttg Advertisement network ini..




Hai,

Sistem ManggaAd masih baru and kita hanya rasmi bermula 1 bulan yang lalu.
Harap kita boleh bekerjasama untuk menjadikan ManggaAd lebih baik dan
dapat menjana lebih banyak duit dari traffik blog anda.


Jawapan untuk soalan-soalan yang ditanya:


1) boleh terangkan tentang mangga ads,kenapa ianya dikatakan memberi bayaran
paling tinggi?


Jawapan: Kita berpendapat bahawa rangkaian iklan yang lain tidak memberi
bayaran yang tinggi kepada member-membernya. Tujuan kami ialah untuk
menjadikan ManggaAd rangkaian iklan yang terbaik dan itulah salah satu
matlamat kami.


2) bilakah earning akan diupdate?

Jawapan: Kami akan mengemaskinikan ("Update") earning blogger kami setiap
minggu pada hari Isnin atau Selasa.


3) mengapa iklan yang dipaparkan tidak ditulis dalam dashboard?

Jawapan: Dalam dashboard, kita hanya memaparkan earnings dan tidak
memaparkan iklan-iklan.
Kita berpendapat bahawa iklan-iklan adalah dibawah kawalan ManggaAd dan
itulah tanggung jawab ManggaAd untuk membantu blogger menjana duit untuk
trafik mereka.


4) mengapa iklan yang dipaparkan semua dari admax asia dan server jugak
menunjukkan
iklan tersebut dtg dari admax asia.

Jawapan: Ya, iklan-iklan yang dipaparkan boleh datang dari admax. Sistem
ManggaAd fleksibel dan boleh menggunakan iklan dari sistem yang lain.

Kita berbuat demikian supaya kita boleh membantu blogger menjana duit
walaupun tidak ada iklan sesuai dari sistem kita. Kita hendak membina
sistem iklan yang terbaik untuk blogger kita.


5) bagaimana blogger/publisher ingin tahu iklan apa yang dipaparkan dan
berapa kadar
bayaran per click atau per impression?

Jawapan: Pada masa kini, kami tidak akan menunjukkan kadar bayaran CPC/CPM
iklan-iklan. Kami akan menguruskan iklan-iklan dalam sistem kami untuk
memastikan kami memberi kadar bayaran yang sesuai dengan jumlah trafik
laman web / blog anda. Ini adalah supaya blogger tidak akan sibuk
menguruskan iklan-iklan. Pihak blogger dapat memberi sepenuh perhatian
untuk menjana isi kandungan yang menarik untuk laman web/blog
masing-masing.


6) berapa lama tempoh pembayaran mangga ads?

Jawapan: Jumlah bayaran minimum yang akan diproses adalah RM100 dan kita
akan mengambil masa 1-2 minggu untuk memproses bayaran itu.


7) apakah gunanya credit yang diberikan(apabila memasang widget dan
sebagainya)?

Jawapan: 'Points' yang dikumpul digunakan untuk tujuan 'Ranking' sahaja
sekarang. Lebih tinggi jumlah points anda, lebih mudah untuk
blogger-blogger lain mencari anda dalam sistem direktori kami. Kami akan
membuat pengumuman sekira adanya perubahan kepada sistem point kami pada
masa depan.


Kami gembira menerima sebarang pertanyaan dan cadangan anda untuk
memperbaiki sistem kami untuk membantu para blogger.


Yang Ikhlas,
ManggaOnline Team.


Klik sini untuk baca emel sensasi kepada mangga ads..

1 comment:

DaHLia said...

thanks for sharing...
tapi jawapan dia macam xmenepati soalan jer :D

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-