Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, June 15, 2010

Jaga Adab ber'komen' terutama melibatkan Institusi Diraja : hukuman denda tidak melebihi RM50,000,akibat menghina Sultan Perak

Share







Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes seorang lelaki didakwa menghina Sultan Perak, diberitahu terdapat komen negatif terpapar di dalam portal negeri www.perak.gov.my.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Rafidah Mohamed Daud, 30, berkata terdapat kata-kata kesat yang mana pada pemahamannya merupakan satu penghinaan.

Rafidah, yang dipanggil sebagai saksi pertama, turut memberitahu beliau dapat mengesan beberapa komen berunsur negatif itu setelah mendapat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim supaya memantau komen-komen di dalam portal www.perak.gov.my.

"Setelah menerima arahan itu, saya ada melihat terdapat beberapa komen berunsur negatif yang menghina sultan, dan saya kemudian melaporkan perkara itu kepada Pegawai Teknologi Maklumat Noorhasliza Basri serta Datuk Dr Abdul Rahman untuk tindakan selanjutnya.

Saksi itu memberi keterangan dalam kes Muslim Ahmad, 54, yang menghadapi tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang jelek sifatnya di laman web itu dengan niat menyakiti hati orang lain pada 7 Februari tahun lepas, pukul 2.21 petang.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama pada hari sama, pukul 2.27 petang dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukan kesalahan sama pada 8 Februari tahun lepas, pukul 4.39 petang.

Muslim yang bekerja sendiri, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini.

Rafidah menjelaskan bahawa kesemua komen itu dihantar pada 7 dan 8 Februari 2009.

"Walaupun komen itu dihantar melalui tiga akaun emel yang mempunyai nama dan emel berbeza, pihaknya masih boleh mengesan penghantar-penghantar itu," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Ketika disoal Hakim S.M Komathy Suppiah apa yang beliau faham mengenai maksud komen itu, Rafidah berkata komen itu berkemungkinan ada kaitan dengan ketidakpuasan hati beberapa individu yang menghantar mesej, berkenaan pertukaran pentadbiran pemerintahan kerajaan negeri Perak.

Muslim, diwakili peguam K. Periasamy, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Perbicaraan itu bersambung esok

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-