Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, June 14, 2010

Inginkan Gigi yang Cantik Menawan...Mari kenali "Braces" atau "Pendakap Gigi"

Share









Okey..Sensasi malas nak tulis mukadimah panjang lebar disini...

braces juga dikenali sebagai Orthodontik ( braces)

Pendek kata Sensasi nak bercerita tentang sedikit sebanyak pengetahuan tentang Braces/Pendakap gigi/Gigi Besi..

Sebelum memulakan penceritaan ada pihak2 yang nak tahu apa hukumnya pakai braces..

Bagi yang memiliki gigi yang menyebabkan kesukaran,sering tergigit lidah ke..atau menyebabkan makanan slalu tersekat..menyebabkan aib(sebab jongang)..pemakaian Braces ini hukumnya Harus... (harus nie maksudnya tak wajib tapi diharuskan,tak jugak haram)jadi bila pakai..dapatlah pahala.. :)

Ianya menjadi haram sekiranya gigi dah cantik..takda apa2 masalah..tp taksub nak cantik lagi..jadi hukumnya haram..nie adalah pendapat sesetengah ulamak..kerana mengubah ciptaanNYA dikatakan haram melainkan untuk tujuan2 yang diharuskan..

Kos untuk memasang Braces ada beberapa jenis..

Untuk remaja dibawah umur 18 tahun bolehlah,memohon untuk memasang braces di hospital goverment(kerajaan) dengan percuma..tp tempoh nak menunggu tue makan masa lama...tunggu giliran la sbb ramai yg beratur nak pasang braces..kalau nak cepat bolehlah pasang dekat klinik swasta..

Bila dah melebihi umur 18,nak pasang kat klinik swasta pun boleh kat klinik kerajaan pun boleh..tp seperti yg dikatakan goverment punya kene tunggu lama ...kdg2 ambik masa dua tiga tahun..sanggup ke tggu..tp murahlah berbanding klinik swasta gitu..



Di klinik swasta..Di Penang contohnya..pemasangan Braces boleh mencecah RM4000 untuk gigi atas bawah..tp jangan khuatir...sebab sebenarnya banyak klinik menawarkan pembayaran secara ansuran...

di kl ada yang RM4000-6000..yang sampai 10,000 pun ada..mahal sebab guna ceramic braces

Mcm nie..katakanlah selepas membuat pemeriksaan (consultation) kat klinik gigi..Then dianggarkan harga 4000...dia mungkin suruh byr deposit RM1000...(selalunya ada yg mintak RM500 utk deposit) terpulang pd klinik..bolehlah buat survey yeh..so selebihnya lepas byr deposit..yg lain byr ansur2...contohnya sebulan byr RM150-250...

so takla duit kopak kepala botak sekaligus byr ribu2 untuk cantikkan gigi..

-Ada dua jenis Braces iaitu metal dan Ceramic

Ceramic lebih mahal berbanding metal...Bagi sesetengah org,mulut akan tumbuh Ulcer sebab tak tahan dengan besi yg berada dlm mulut..jd lebih seswai pakai ceramic..

Tp hakikatnya Metal lebih baik "tarikkan" untuk membentuk gigi..lebih cepat effectnyer..

- normally untuk org yang nak pasang braces 4 batang gigi akan dicabut iaitu dua gigi atas (geraham) dan dua gigi bawah (geraham)..ada jugak kes dimana giginya tak perlu dicabut langsung..

-tempoh pemasangan braces adalah agak lama iaitu selama dua jam..
semasa pasang braces tak sakit sgt cuma lenguh..tak sakit sebab doktor dah suntik pelali..mengantuk lagi ader..nanti jangan drive lepas tue..takut xcident pulak..

-doktor akan berikan berus gigi khas dan ajar cara memberus gigi dengan betul..bila pakai braces,kene slalu berus gigi tiap kali selepas makan.untuk elakkan gigi reput .

-malam pertama braces dipasang akan rasa sakit yang amat..kene lah bersedia mentally.
tak boleh makan benda keras..mnakan yang lembut2 jer cthnya mash potato..nasik bubur,susu..


Baca lagi tentang braces dan artis yg pakai braces klik sini..

4 comments:

iqbalsyarie said...

waaa!!!entry yg sgt menarik!hehe..gigi sy pun ada problem gak..tak cantik sbb bertindih-tindih.Lagi satu gusi sy pun masalah.Kalau makan daging,selalu terlekat..argh!!tak best!!tapi taknak la pakai braces ni..hihi..mahal~

My latest post:Bahaya suara keldai

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

huhuhu nampak sakit bila pakai nantang nie.... sakit kah???

salam singgah dari GB 1st timer...

jom singgah blog mie plak..

AdaNaz87 said...

sebenarnye memang dah lame terniat jugak nak pakai braces.
sebab gigi macam ade yang tumpul. huhu.
tapi bile terpikirkan budget, kenalah simpan je dalam hati.
oh, sakit eh pakai braces. tp nampak stylo je orang pakai braces. hehe. (:

areenmy blog said...

sy dah pakai braces hampir 1bulan.mula2 tu kena cabut 3btg gg,n 1 gigi buat pembedahan kecil,mula2 pakai braces mmg sakit,tp sakit tu mmg kejap ja x sampai 1mggu akan hilang dgn sendiri,dan mula terbiasa.sy pakai yg metal hrga rm3500,semua sekali ngn cabut gigi scaling dan operation rm4300.

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-