Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, June 4, 2010

Bomoh perogol dipenjara 24 tahun dan 3 sebatan

Share







Sensasi:heee...teruklah,skrg nie byk bomoh yang suka mengambil kesempatan..bomoh penipu...dan byk pulak mangsa yg membiarkan dirinya menjadi mangsa...

TELUK INTAN: Seorang bomoh dihukum penjara 24 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol seorang wanita, kira-kira empat tahun lalu.
Hakim Faiz Dyziauddin menjatuhkan hukuman berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Azizi Jusoh dari dari Ladang Jendarata Bahagian 3, Hutan Melintang dekat sini.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. Semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Azizi, 37, dituduh merogol seorang wanita berusia 24 tahun ketika kejadian di dalam bilik mandi rumah mangsa di Kampong Sungai Sireh, Sungai Dulang Dalam, Hutan Melintang kira-kira 7 petang pada 13 Mei 2006.

Bagi pertuduhan kedua, Azizi didakwa merogol mangsa di bilik mandi dan rumah sama kira-kira 7 petang keesokan harinya manakala bagi pertuduhan ketiga merogol mangsa sama di bilik tidur di rumah sama kira-kira 8 pagi pada 19 Mei tahun sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi ketiga-tiga tuduhan yang menbawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-