Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, June 6, 2010

Ayu Raudhah dikatakan ber IQ rendah,menyebabkan kontrak Produk Kecantikan ditamatkan

Share









Sensasi: Ayu Raudhah nie manis orgnya ...tentang tahap IQ Ayu yang dikatakan rendah tue tak taulah mcm mana nak ckp sebab sensasi pun tak mengenali Ayu secara dekat..dekat la jugak adala dlm semeter setengah...(depan TV)

Jom ikuti cerita ini...


WAJAH nan cantik dan sedap mata memandang memang senang untuk dijadikan penyeri produk mahupun jurucakap yang mempromosikan sesuatu jenama.

Tuah badan gadis manis setara namanya, Ayu Raudhah Che Wan, 26, menjadi pilihan pengasas produk Giena Skincare, Beauty Arena Sdn. Bhd., Nor Azizan Ghazali.

Wajahnya yang ayu mendapat perhatian lantas dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace.

Majlis menandatangani kontrak tersebut telah diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Tiada angin, tiada ribut timbul cerita yang menyatakan khidmat pelakon yang pernah membintangi siri popular Nur Kasih itu ditamatkan gara-gara gagal berkomunikasi dengan baik.

Malah, timbul isu bahawa pelakon muda ini gagal memberikan informasi lengkap tentang produk seolah-olah membayangkan tahap pemikiran IQ sememangnya rendah.

Temubual bersama Ayu Raudhah:

Kononnya kontrak selaku duta produk Giena Skincare Ayu Raudah dan Francais Beauty Palace sudah ditamatkan. Benarkah?

Sebenarnya dari awal tahun lagi kontrak itu sudah tamat dan tidak disambung atas kesilapan teknikal.

Mungkin boleh ceritakan masalah teknikal yang timbul tersebut?

Saya kini menjadi duta bagi produk Sinari Kolagen. Jadi saya tidak boleh menyambung kontrak saya yang sudah tamat bersama Giena. Itu sahaja.

Ada yang menyatakan kontrak tidak disambung ekoran pihak penaja tidak berpuas hati dengan prestasi anda?

Kalau mahu cakap tentang disiplin, Ayu sentiasa hadir ke sesi penggambaran mahupun promosi yang telah disusun untuk Ayu.

Malah, Ayu sentiasa kemas kini jadual Ayu dan tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri. Sampai sekarang sebenarnya, Ayu masih berhubung baik dengan mereka walaupun sudah tamat kontrak.

Sejauh mana pula kebenaran yang mengatakan anda gagal bertindak sebagai jurucakap yang baik. Ada tak kaitan dengan pemahaman yang rendah terhadap produk tersebut?

Ayu sentiasa memberikan jawapan berdasarkan pemahaman Ayu terhadap produk tersebut. Ayu cakap apa yang Ayu tahu dan tidak faham kenapa timbul cerita sebegini.

Mungkin ada yang tidak berpuas hati tetapi hingga kini hubungan Ayu dan Puan Nor Azizan Ghazali iaitu pengasas produk berjalan baik dan dia tidak pernah cakap apa-apa tentang kurangnya pemahaman Ayu terhadap produk tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-