Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, June 18, 2010

Anak-anak Sultan Brunei dengan Azrinaz Mazhar kekal mendapat hak sebagai Pewaris Sultan Brunei

Share







AZRINAZ bersama dua anaknya iaitu Abdul Wakeel dan Ameerah Wardatul, hasil perkahwinan dengan Sultan Brunei.

Sensasi:Sudah semestinyalah hak anak2 sultan Brunei tak mungkin dilucutkan,walaupun bapa dengan ibu dah bercerai namun mereka tetap darah daging sultan brunei sendiri,Jadi sampai ke dewasa mereka tetap kekal sebagai Putera dan Puteri Brunei.dan hak-hak mereka sememangnya tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun..

menurut salah sebuah akhbar tempatan mengenai isu ini

Walaupun sudah bercerai namun hak dan keistimewaan putera dan puteri daripada keturunan diraja Brunei biasanya kekal.

Pakar sejarah, Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, selagi tiada titah Sultan Brunei yang mahu melucutkan keistimewaan anakanda baginda, maka ia akan kekal sebagaimana biasa.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam itu menegaskan, berdasarkan pengumuman, hanya isteri kedua yang ditarik balik gelaran dan pingat kebesaran, bukan anak-anaknya.

"Ini bermakna anak-anaknya masih menerima keistimewaan sebagai kerabat diraja," jelasnya

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-