Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, June 4, 2010

AC Mizal kemungkinan bakal dipenjarakan kerana gagal membayar tuntutan nafkah anak Sebanyak RM50,000.00..keputusan 29 julai 2010

Share









Sensasi:Dah termaktub nafkah anak2 harus dan wajib dibayar oleh bapa walaupun setelah bercerai...bukan sahaja berdepan dgn hukuman dunia..malah bakal berdepan juga dgn hukuman akhirat..tak sayangkan anak-anak ke AC mizal nie.. anak dia dgn Shafinie baru je berusia 12 tahun dan 9 tahun..kecik2 lagi ...padahal AC kini dah bergelar jutawan,siap ada kereta Bentley yang harga mahal lagi...Alasan tanak bgi duwet sbb tak mau Shafinie jolly sakan..huh,itu hak dia sebagai ibu yg menjaga anak2 tue,dia berhak menggunakan wang itu untuk anak2 nya dgn caranya yang tersendiri..sbb bukan budak2 tahu nak guna duit tue.. Sensasi rasa la AC nie cemburu,takut Shafinie berjolly,apa kes..??pikir la pasal anak2...takat RM50,00 tue mcm la tak mampu..sah sah mampu..Apa apapun AC TAK ADA ALASAN yang membolehkan dia tak membayar nafkah anak..!! buat anak je pandai..ceh!


KAJANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 29 Julai ini bagi membolehkan pengacara popular AC Mizal dan bekas isterinya Shafnie Zainuddin, mengemukakan hujah masing-masing berhubung permohonan komital (perintah memenjarakan).
Selepas tarikh itu, mahkamah akan menentukan sama ada AC Mizal atau Mizal Zaini, 38, (defendan) patut dipenjarakan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan selepas gagal mematuhi pembayaran nafkah dua anak serta gagal menghantar dokumen kewangan syarikat seperti diperintahkan mahkamah.


Terdahulu Shafnie, 37, yang diwakili peguam syarie Azmi Rais, memaklumkan kepada Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah bahawa pihaknya sudah mengemukakan afidavit balasan dan memohon tarikh untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah masing-masing.


Shafnie yang berbaju kurung hitam, berkain batik dan bertudung hadir di mahkamah manakala AC Mizal yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din tidak hadir.


Shafnie sebelum ini memohon perintah komital dikeluarkan untuk menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000.


Plaintif mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun, hasil perkongsian hidup dengan responden.


Dalam prosiding permohonan mengubah nafkah anak sebelum ini, Shafnie dalam keterangannya berkata, AC Mizal hanya membayar RM300 sebulan sebagai nafkah dua orang anak lelakinya sejak 2004 selepas jumlah asal nafkah dikurangkan atas persetujuannya.


Selain daripada belanja bulanan itu, Shafnie mendakwa bekas suaminya itu gagal menziarah atau menghubungi anak mereka sehingga anak sulungnya kecewa.


Shafnie memohon untuk mengubah perintah nafkah itu kerana bekas model itu percaya AC Mizal mampu membayar nafkah lebih daripada RM300 sebulan.


Dia memohon jumlah itu diubah kepada RM3,770 sebulan merangkumi makan minum bulan, pengangkutan, insurans pendidikan, pembantu rumah, pengajian al-Quran, dana amanah pendidikan dan sewa rumah.


Selain itu, Shafnie juga memohon perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

AC Mizal dan Shafnie bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.


AC Mizal kini sudah berkahwin semula dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan kini mempunyai dua orang anak iaitu Mohd. Reeve Damien dan Fea Eryssa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-