Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, May 28, 2010

Temuramah bersama Diana Amir,berikutan Tuduhan "menjual diri" oleh Bekas Kawan Karibnya di Facebook

Share









DIANA AMIR atau nama sebenarnya, Nur Diyana Amir Hashim bukanlah satu nama yang popular dalam industri seni tanah air. Bagaimanapun tatkala nama bintang baru ini meningkat naik, tiba-tiba dirinya menjadi bualan ramai apabila dikutuk dan difitnah dalam akaun laman sosial Facebook miliknya.

Menyedihkan lagi, orang yang memfitnah pelakon yang popular dengan drama bersiri Impian 1 dan 2, merupakan kawannya ketika belajar di Universiti Sains Malaysia.

Mengikut apa yang ditulis kawannya itu (A), Diana yang digelarkan sebagail Dodi itu dikatakan kononnya seorang gadis yang gemar menjual diri di dalam dan luar kampus.

Impaknya, dua abang Diana iaitu Khairul Amir dan Shamsul Amir memarahi A melalui ruangan komen Facebook tersebut.

Hal ini membuatkan Diana berasa sedih dan geram kerana temannya sendiri yang cuba menjatuhkan maruah dirinya.

Kontroversi itu juga membuatkan pelakon yang baru sahaja terjun ke bidang lakonan sejak dua tahun lalu bimbang jika ada segelintir peminatnya tersalah anggap dengan tulisan yang dibuat oleh rakannya itu.

Ketika menghubungi graduan Ijazah Sumber Manusia itu, dia tenang memberikan penjelasan yang sebenar dan mahu umum tahu bahawa dirinya bukan seperti yang digambarkan oleh A.

Bagaimanapun, gadis berusia 24 tahun itu mengakui bahawa dia seorang yang seksi ketika di belajar di universiti tersebut dahulu.

Siapa A dan kenapa dia mengutuk Diana?

DIANA: Sebelum ini kami pernah berkawan dan mewakili universiti dalam pertandingan menari dan bila habis belajar, kami tidak lagi berhubung. Berdasarkan apa yang ditulis, ayat-ayatnya sangat teruk dan menyakitkan hati, dan kenyataan yang ditulis juga adalah tidak benar. Saya agak sedih bila diperlakukan begitu kerana kami pernah berkawan. Saya ada tanya dia, kenapa dia berbuat demikian dan katanya, dia bengang dengan komen kedua-dua abang saya.

Saya tak kisah kalau orang mengutuk lakonan saya kerana saya akui, lakonan saya memang teruk dan masih baru lagi dalam bidang ini. Tapi bila mengutuk sehingga menjatuhkan maruah saya, ia sudah melampau. Saya difahamkan dia juga ada mengutuk rakan-rakan saya yang lain. Saya rasa dia tidak fikir panjang dengan apa yang dibuatnya.



Apa kaitan abang-abang Diana dengan A?

Tiada kaitan. Mereka sekadar mahu melindungi saya.

Terasa reputasi diri terjejas?

Mula-mula memang saya rasa terjejas. tapi bila difikirkan balik, perkara ini normal yang perlu saya lalui dalam industri seni. Masa inilah kita dapat lihat siapa kawan dan lawan. Orang mungkin boleh bercakap macam-macam tentang saya tapi mereka tiada bukti.

Adakah benar apa yang ditulis itu tentang Diana?

Tidak. Apa yang dikatakan adalah tidak benar sama sekali. Namun, saya akui yang dulu pemakaian saya agak seksi. Tidak lagi kini, saya memilih pakaian yang lebih selesa dan sopan.

Ada perancangan untuk mengambil tindakan?

Ya, pada mulanya memang saya ada terfikir untuk mengambil tindakan jika ia menjadi semakin besar. Tapi memandangkan dia pernah menjadi kawan saya, saya lupakan hasrat itu.

Pernah risau dengan cabaran hidup sebagai seorang selebriti?

Waktu saya memilih bidang lakonan, saya hanya mempunyai satu matlamat sahaja iaitu mahu berlakon. Tak terfikir pun apa yang bakal saya harungi nanti. Tapi, bila masuk ke dunia hiburan, baru terasa betapa besarnya dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Apapun, saya tidak akan berpatah balik dan terima dengan apa yang saya buat sekarang. Saya ada meminta nasihat kepada keluarga dan teman-teman dan mereka kata jika tidak bersalah, saya tak perlu takut dan saya tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Malu dengan hal ini?

Mestilah. Kalau tak rasa malu, saya tak akan sedih. Saya harap mereka sedar yang fitnah itu sangat menyakitkan. Fikirlah perasaan dan maruah orang lain sebelum membuat cerita kosong.



Dengan adanya laman-laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Twitter, banyak golongan yang tidak berpuas hati dengan seseorang artis itu akan memaki atau memfitnah melalui laman-laman tersebut. Mungkin laman-laman sosial ini boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis secara tidak langsung?

Manusia ada macam-macam perangai. Cakap macam mana pun, ada juga yang tidak sedar dengan perlakuan diri mereka. Cuma saya harap orang yang membaca komen-komen negatif yang ada dalam laman sosial mengenai seseorang artis itu, tidak cepat terikut dan membuat andaian yang bukan-bukan. Kenali dulu artis itu sebelum mengkritik.

Baru sahaja dua tahun berkecimpung dalam industri seni, Diana sudah menerima fitnah daripada orang luar. Adakah jangka hayat Diana untuk bernafas dalam industri seni masih panjang?

Saya akan bertahan seberapa lama yang mungkin kerana minat dengan bidang seni lakonan. Alhamdulillah, saat mengalami tekanan, keluarga dan teman-teman menjadi pendorong dan pemangkin semangat saya.

Lagipun banyak perkara yang perlu saya belajar mengenai skil lakonan kerana setakat ini, saya belum berpuas hati dengan hasil lakonan saya.

Apa perkembangan terbaru Diana buat masa ini?

Saya baru sahaja habis penggambaran bagi slot Samarinda, TV3 iaitu Laila Asyikin. Selain itu, saya juga telah selesai penggambaran filem Aku Masih Dara, dan dua drama iaitu Jalan Pinang Sebatang dan Sumpahan Pusaka. Alhamdulillah, menjadi artis di bawah naungan Metrowealth membuatkan tawaran lakonan saya tidak putus-putus dan pihak MIG juga cuba menaikkan nama saya dalam industri seni lakonan tempatan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-