Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, May 10, 2010

Polis Yang Menembak Aminulrasyid Amzah Didakwa di Mahkamah Sesyen

Share







Sensasi: byk komen yang menyebelahi kedua2 pihak..tp bagi pandangan peribadi sensasi sendiri,polis tue memang salah sebab menembak mati budak tersebut wpun belum pasti budak tue penjenayah..memanglah cara pemanduan budak tue,dan takda lesen tue salah...tp polis memang tak patut menembak kepala budak tue..i mean,if nak berhentikan kereta tue pun,tembak la tayar ke,atau roger2 polis lain utk kepung dat car...ala mcm yg slalu tunjuk dlm Astro tue most shocking..ahaha...citer polis mengejar penjenayah..ok if polis tue menembak secara tak sengaja tertembak mati,then admit je la yg dia mengejar kereta tue sbb membawa secara mencurigakan dan tertembak mati budak tue..tp maslaah disini,polis tue tukar cerita kata budak tue penjenanyah,dan siap letak parang dlm keta tue kononnya nak menuduh bahawa dia penjenayah dan menutup kesilapan dia menembak budak tue..dan apa relevan nya polis beramai2 memukul kwn arwah yg berumur 15 tahun dan tidak bersenjata tue? disebabkan malam yg gelap budak tue berjaya lolos...

Penjenayah memang byk kat negara nie,tp wlaubagaimanapun,polis tetap tak boleh nak buat sesuka hati terhadap org awam,...kalau dah sah2 penjenayah ,then barulah tangkap..and if dia pun ada senjata api,then kalau tembak pun xda jadi isu mcm nie..

SHAH ALAM: Anggota polis, Korporal Jenain Subi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah sehingga membawa kepada kematiannya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 2 pagi iaitu selepas mangsa bersama seorang lagi rakannya Azamuddin Omar, 15, keluar menggunakan kereta kakak mangsa ke sebuah restoran untuk minum.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu mereka telah tergesel sebuah kenderaan lain dan ketika itulah mereka melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan remaja lain yang menunggang motosikal.

Insiden tersebut disaksikan oleh sebuah kereta peronda yang melihat mangsa memandu dalam keadaan merbahaya dan memotong lampu isyarat merah di beberapa persimpangan lalu turut mengejar mangsa.

2 comments:

Anonymous said...

saya sokong..apa yang sensasi cakap tu betul belaka..

hazmie_9704 said...

kesian lh ngan budak nie...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-