Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, May 5, 2010

Perkara-perkara yang anda tahu dan tak tahu semasa Anugerah AIM ke-17

Share







# Team media elektronik Malaysia yang mahu mewawancara Kris Dayanti bengang apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka masuk di bilik penyanyi Indonesia itu. Tahap bengang mereka juga bertambah apabila diberitahu hanya TV Indonesia saja yang dibenarkan masuk.

# Nampaknya pasangan selebriti yang secocok dan popular, Aizat dan Liyana Jasmay sudah tidak malu-malu lagi untuk berjalan bersama-sama di atas karpet merah. Begitu juga sewaktu mereka diminta mengambil gambar secara berdua dalam acara post-party AIM17.

# Waktu AIM16 dulu, penyanyi cute dari Singapura, Aliff Aziz yang jadi kegilaan ramai gadis-gadis muda dilihat kelihatan cukup mesra sewaktu berdansa dengan Marsha Milan Londoh di atas lantai tari. Dalam AIM17 kali ini, Aliff Aziz sudah bertukar couple. Siapa agaknya wanita yang tinggi lampai itu?

# Keberanian Mawi membangkitkan semula tentang isu dia kena boo sewaktu digandingkan dengan Diana Danielle sebagai penyampai trofi memang wajar dipuji. Namun, pada malam itu Mawi tidak lagi jadi mangsa boo.

# Ramai yang kagum apabila melihat betapa petah dan bijaknya penyanyi dari India, Shruti yang berusia 16 tahun sewaktu berucap di atas setelah albumnya, Life Is A Mystery diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Album India Tempatan Terbaik.

# Sebaik saja diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara, ramai penonton yang nampaknya dah mula jadi bingung. Atas dasar apa anugerah itu diberikan buat band muzik yang masih berusia setahun jagung itu? Ada yang berpendapat penganjurnya sengaja buat lawak dengan keputusan itu.

# Kemunculan band rock legend, Wings sebagai penyampai trofi bagi kategori Album Rock Terbaik berjaya menghangatkan lagi suasana. Malah, ada suara-suara nakal yang tak henti-henti menjerit nama Awie.

# Fan Club Dato Siti Nurhaliza, Sitizoners adalah kelab peminat yang paling aktif dan meriah pada malam itu. Mereka bersorak kuat setiap kali Siti naik ke pentas untuk mengambil trofi kemenangan. Sorakan juga diberikan buat teman baik Siti, Kris Dayanti. Namun sorakan Sitizoners kedengaran lemah sebaik saja album Dayang Nurfaizah, Dayang Live diumumkan sebagai pemenang Album Pop Terbaik. Dan, Sitizoners terus senyap apabila album Faizal Tahir, Adrenalin dinobatkan pula sebagai Album Terbaik.

# Faizal Tahir dan barisan artis Hip Hop iaitu Altimet, Daly (Ahli Fiqir) dan Point Blanc berjaya menampilkan persembahan yang memukau dalam keseluruhan segmen persembahan malam kemuncak AIM17.

#Percubaan Vince Chong untuk membuat magik dalam persembahannya sebagai gimik sewaktu mempersembahkan lagu, Biarkan memang cukup menjadi. Ramai yang kelihatan termangu-mangu apabila salah seorang penari wanitanya hilang secara tiba-tiba di dalam bingkai sebuah potret dan kemudian muncul sambil duduk di atas sofa yang berjauhan dalam sekelip mata. Macamana penari wanita itu boleh hilang dan berubah tempat secepat kilat?

# Kemunculan Dato Sheila Majid bersama Jaclyn Victor dan Karen Kong menerusi lagu Cinta Ada sememangnya ditunggu-tunggu. Vokal nyanyian mereka memang cukup menyerlah. Tapi yang tak menyerlah adalah pakaian Jac dan Karen. Tak seiring langsung dengan pakaian Sheila yang cukup gemerlapan. Divalah pulakkan?

# Banyak wartawan hiburan elektronik, cetak dan online yang tercari-cari Kris Dayanti sebaik saja AIM17 berakhir. Namun, bekas isteri Anang itu langsung tidak kelihatan. Barangkali dia mahu mengelak ditanyakan soalan berbentuk peribadi terutama yang mengaitkan dia dengan Raul Lemos yang masih lagi suami orang.

# Ada sebab kenapa suara Dato' Siti Nurhaliza seolah-olah tidak sampai sewaktu membawakan lagu duet, Jika Kau bersama teman baiknya, Kris Dayanti. Rupa-rupanya dia terkena demam panas. Sebab itulah Siti cepat-cepat pulang selepas selesai diwawancara wartawan di sidang media AIM17 sejurus selepas berakhirnya malam kemuncak anugerah tersebut.

# Kalau tidak kerana Afdlin Shauki dan Adibah Nor yang bertindak sebagai pasangan hos pada malam itu, malam kemuncak AIM17 mungkin akan jadi boring. Afdlin dan Adibah bukan saja berjaya mencuit hati dengan aksi dan lawak spontan mereka yang gila-gila tetapi bersahaja tetapi juga tampil dengan punching line yang cukup menarik. Pasangan hos yang serasi ni juga nampak cukup cute bila me menyanyikan lagu Pagi Yang Gelap daripada Hujan serta Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) dalam versi mereka sendiri.

# Nampaknya selepas ini makin ramailah yang terikut-ikut dengan cara Afdlin Shauki menyanyikan lagu Kantoi daripada Zee Avi yang telah diubah liriknya demi semata-mata untuk mempertahankan 'kecurangan' kaum lelaki.

# Disebabkan 'over run' dan sudah kesuntukan masa, penerbit AIM17, Jennifer Thompson yang juga bekas isteri pengarah muzik, Ramli MS terpaksa turun padang sekali untuk mengangkat peralatan muzik yang masih tertinggal di atas pentas setiap kali artis selesai membuat persembahan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-