Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, May 28, 2010

Panas:Mahkamah memutuskan bahawa Radhi OAG dan Shazlin Masih Suami Isteri

Share









Sensasi:WOWW...drama yang berlanjutan begitu lama..akhirnya berakhir dengan...Radhi dan Isterinya Shazlin masih suami isteri...Menurut Shazlin Radhi telah melafazkan cerai talak tiga..tapi Radhi bersumpah kata takda...so~ let see what happen next..

PETALING JAYA: Dengan sumpah syarie yang dilafazkan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali bagi menafikan dia ada menjatuhkan talak tiga terhadap Shazlin Sharif, Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad dalam keputusannya berkata, berdasarkan sumpah syarie dilakukan Radhi jam 3.15 petang semalam, beliau mensabitkan tidak berlaku jatuh talak dan mereka masih pasangan suami isteri.

Terdahulu dalam prosiding, Ghazali bertanya kepada Shazlin, 30, (plaintif) sama ada mahu Radhi, 30, (defendan) melafazkan sumpah syarie kerana penyanyi itu sebelum ini menafikan dia ada melafazkan talak terhadapnya.


Radhi yang diwakili peguam syarie Musa Awang menyatakan kesanggupannya selepas Shazlin yang diwakili Rubiah Jaffar meminta suaminya berbuat demikian.


Diingatkan Ghazali berhubung kesan sumpah syarie itu, Radhi yang memakai baju Melayu biru mengangkat tangan kanan dan melafazkan sumpah dengan nada perlahan dan tenang.


Sementara itu, bagi permohonan bercerai secara baik yang dikemukakan Shazlin, Rubiah memohon defendan memaklumkan sama ada masih bersetuju dengan perjanjian yang sudah ditandatangani bersama pada 16 Oktober 2009.


Musa yang baru mewakili penyanyi itu memohon tarikh tarikh baru bagi memberi peluang kepada anak guamnya meneliti semula terma dan syarat dokumen perjanjian itu.


Mahkamah menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula.


Shazlin sebelum ini mendakwa Radhi ada melakukan lafaz talak kali kedua pada 25 Februari lalu yang berbunyi ‘aku ceraikan kau (Shazlin) dengan talak tiga terus’ menerusi telefon pada jam 11.40 pagi. Pada 27 Julai tahun lalu, mahkamah sama memutuskan mereka masih pasangan suami isteri apabila Radhi melakukan sumpah syarie bagi menafikan lafaz talak yang berbunyi ‘Oklah, I (saya) ceraikan you (awak), talak tiga, dua, satu?’. Lafaz itu didakwa berlaku pada jam 8.30 pagi, 15 September 2008 di rumah keluarga Shazlin yang juga pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Girls In Music (GIM) di Petaling Jaya. Radhi dan Shazlin ketika ditemui tidak mahu memberi sebarang komen dan meminta semua pihak mendoakan kes itu dapat diselesaikan secara baik.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-