Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, May 12, 2010

Koperal Jenain Subi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah

Share







Sensasi: kesian ngan koperal nie..huhu..but wat to do...we shouldnt mess up people's life as we wish..all things we done have consequences..so have deal with it..pray for the best..


SHAH ALAM: Seorang polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap pertuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, akhir bulan lalu. Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid jam 1.10 pagi pada 26 April lalu. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Jenain yang berbaju T kuning dan berseluar jeans biru, tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah jam 11.30 pagi semalam, dikawal ketat polis selepas ditahan beberapa jam sebelum itu.

Hakim M Gunalan menetapkan RM10,000 jaminan kepada tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Duzuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah, pendakwaan menawarkan jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin.
Peguam tertuduh, Salim Bashir, meminta jaminan itu dikurangkan berikutan keluarga tertuduh tidak mampu membayarnya.

Katanya, Jenain dari Sabah berpendapatan RM3,000 sebulan, manakala isterinya, seorang guru berpendapatan RM1,800 sebulan.

“Tertuduh masih berkhidmat di IPD Shah Alam dan tidak ada isu dia akan melarikan diri,” katanya.

Selain itu, Salim berkata, pembelaan memohon mahkamah mengambil kira Jenain direman sementara menunggu perbicaraan jika keluarganya gagal membayar jaminan dan keadaan itu akan menimbulkan masalah kepada keluarganya.

Katanya, keluarga mangsa hanya mampu membayar jaminan RM6,000 atau RM7,000 dan berharap mahkamah tidak mengambil kira sentimen terhadap kes itu berikutan tertuduh belum bersalah sehingga dibuktikan.

Beliau berkata, tertuduh pernah berkhidmat sebagai polis di Mahkamah Shah Alam dari 1996 hingga 2008 sebelum kembali ke IPD Shah Alam hingga sekarang.

Jenain yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak 1985, adalah daripada suku Bajau serta anak sulung daripada tujuh beradik dan sudah berkahwin serta mempunyai empat anak.

Mohd Dusuki berkata, kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan denda.

Gunalan berkata, beliau mengambil kira tertuduh tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya dan mengambil kira faktor masalah kewangan yang dihadapinya.

Percubaan menemuramah isteri tertuduh di mahkamah pagi semalam, gagal apabila wanita itu terus keluar dari kamar selepas kes selesai.

Ketika cuba didekati pemberita, wanita itu yang kelihatan menangis, segera melarikan diri apabila menyedari kehadiran pemberita.

Kes kematian Aminulrasyid pada awal pagi Isnin, 26 April lalu mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, kira-kira jam 2 pagi itu, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri.

Pasukan peronda berkenaan sebelum itu mengarahkan remaja terbabit menghentikan keretanya untuk pemeriksaan, tetapi pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu, dikatakan memecut sebelum kenderaannya berjaya disekat di Jalan 11/2G, Seksyen 11.

2 comments:

Anonymous said...

ksian giler ngan polis ne...dia juz jlnkan tggjwb dia jer...mula2 cm geram gak ngan tndakan dia...but bila fkirkn balik... btl gak pa dia wat...juz scra xsngaja jer tkna kpala dak tuh...parents dia xley mrh...psal dak umur bru 15thun dh lasi drive?kn tuh pn dh salah dri segi undg2??dh jd cmne nk slhkan org plak...dnia2...

iqbal said...

isu ni ada two side to the stories. tolong lah jgn kecam polis semata-mata. pikir dgn akal yg waras jgn guna kepala lutut.ibu bapa pun jgn bg anak2 xde lesen bwk kereta in the 1st place.jgn dimanja sgt anak2.
skrg mula nak mencari kesilapan org lain.we dont know kalau polis ni nak shoot to kill atau warning shoot.tetiba terkena arwah.dia pun xnak benda ni jadi mcm ni.tugas dia sebagai polis and he has done his job.mungkin SOP polis kene revise blk kalau dah terlampau ganas.al-fatihah utk arwah dah doakan yg terbaik utk koperal ni dlm court.dia pun ada anak bini nak bg mkn. apa2 pun to all parent, make sure tau kat mana anak2 anda pergi !!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-