Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, May 6, 2010

Kes Benjy:Permohonan hebeas corpus gagal.Benjy dihantar ke pusat pemulihan Akhlak selama 2 tahun

Share









KUALA LUMPUR: Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy diarah menjalani perintah tahanan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor mengikut Seksyen 6 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, mulai semalam. Arahan itu dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, kelmarin, kira-kira 18 hari sebelum perintah tahanan 60 hari mengikut Seksyen 3 (1) akta sama dikenakan terhadap Benjy sebelum ini berakhir. Penahanan Benjy, 32, mengikut Seksyen 6 (1) dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria, pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Pada prosiding itu, Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak, menolak permohonan habeas corpus Benjy supaya dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Seksyen 3(1) akta berkenaan.

Mohd Sofian dalam penghakimannya, memutuskan penahanan semula Benjy pada 25 Mac lalu sah di mana polis bertindak selari dengan undang-undang mengikut Seksyen 3 akta itu.

Terdahulu, Najib memberitahu mahkamah pihaknya baru saja dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, sudah menandatangani perintah supaya Benjy ditahan selama dua tahun.
Najib berkata, perintah itu ditandatangani tengah hari kelmarin dan pihaknya hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pagi semalam.

“Mahkamah perlu membuat keputusan berkaitan permohonan habeas corpus itu kerana pemohon (Benjy) masih mempunyai kebebasan mencabar perintah menteri berkenaan,” katanya.

Mengikut Seksyen 3 akta itu, pegawai polis dibenarkan menangkap atau menahan seseorang tanpa waran selama 60 hari bagi tujuan siasatan jika terdapat alasan untuk mempercayai bahawa orang itu terbabit dalam sebarang aktiviti pengedaran dadah.

Seksyen 6 pula menyentuh kuasa mengarahkan penahanan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun oleh Menteri jika beliau puas hati bahawa orang itu terbabit dalam pengedaran dadah.

Semalam, genap 42 hari Benjy ditahan semula mengikut Seksyen 3 akta itu sejurus membayar ikat jamin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 25 Mac lalu, selepas mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram methamphetamin di rumah No A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut di sini pada jam 4 petang, 11 Mac lalu.

Pada 8 April lalu, Benjy memfailkan permohonan bagi mendapatkan pembebasan segera dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Benjy memohon perintah supaya dia tidak ditahan semula selepas dibebaskan.

Sementara itu, peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad yang tidak berpuas hati dengan perintah penahanan terbaru itu, meminta mahkamah memaksa tiga responden - Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan, memfailkan afidavit bagi menjelaskan mengapa Benjy perlu ditahan selama dua tahun.

Amer berkata, afidavit itu perlu difailkan bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan perkembangan terbaru kes itu sebelum mahkamah memberikan keputusan permohonan habeas corpus itu.

“Menteri sedar sepenuhnya mengenai permohonan yang sedang berjalan di mahkamah dan hari ini (semalam) ditetapkan untuk keputusan, namun tindakannya itu jelas menunjukkan beliau gagal menghormati perjalanan proses mahkamah,” katanya.

Amer berkata, Seksyen 3 dan 6 perlu dibaca bersama yang mana menteri tidak boleh bertindak secara sendiri, sebaliknya perlu bergantung kepada polis dan pegawai penyiasat sebelum menandatangani perintah penahanan itu.

Ketika ditemui, Amer berkata, beliau tidak faham mengapa anak guamnya perlu dibawa ke pusat tahanan tanpa dibenarkan bertemu keluarganya terlebih dulu.

Katanya, beliau akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu dan memfailkan writ habeas corpus yang baru terhadap perintah dikeluarkan Timbalan Menteri, kelmarin

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-