Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 16, 2010

Jokes: 5 lawak pendek ..santai je

Share







Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan
mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol
belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana
berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj
kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke
seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A
pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun
menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi.
Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing
laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya
bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna
merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya
berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba
ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu,
si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi
pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan
telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang
kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh
pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk
sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-