Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 16, 2010

Johan Raja Lawak Trauma dan tidak mahu diganggu

Share








KUALA LUMPUR: Pelawak Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak kini dikatakan trauma selepas cedera di muka akibat dibaling gelas kaca oleh seorang pengarah drama tempatan, hingga enggan berhubung dengan sesiapa dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Yusof Kelana berkata, sejurus selepas kejadian itu, beliau ada memanggil untuk bertemu Johan, 26, dan isterinya yang juga pelakon, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati, 29, bagi berbincang mengenai kejadian terbabit.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, Johan ada meluahkan perasaannya yang kini trauma selepas kejadian berkenaan dan mahu menyendiri buat masa ini bagi mententeramkan dirinya.


“Johan sebenarnya seorang yang ceria dan periang, tapi kejadian itu menyebabkan dia seperti terkejut dan tidak mahu diganggu sementara waktu kerana trauma.


“Dia juga ada cerita kisah di sebalik kejadian itu tapi saya tidak boleh berkongsi semuanya kerana ia antara kami berdua, lagipun kes ini sudah dalam siasatan polis, jadi saya tak boleh komen banyak,” katanya ketika dihubungi semalam.


Pada masa sama, Yusof berkata, Johan juga akan membuat surat aduan kepada Seniman mengenai kejadian itu untuk diteliti dan bagi tindakan susulan.


Selain itu, beliau berkata, walaupun kejadian itu mungkin tercetus akibat suasana ‘panas’ ketika perselisihan faham antara Johan dan pengarah berkenaan, Mohd Javed Mohd Nizar, 33, tetapi pengarah seharusnya bijak menangani masalah dan bertindak dalam berhadapan dengan isu pelakonnya.


Katanya, dalam tempoh 25 tahun beliau menjadi pengarah, belum pernah berlaku hal sedemikian sehingga mengakibatkan serangan dan mencederakan pelakon yang datang lewat ke tempat penggambaran.


“Kalau isu pelakon datang lewat ke lokasi penggambaran, ia bukannya perkara baru, tapi sudah berzaman kita dengar masalah ini, tetapi pengarah harus bijak dan menggunakan budi bicara untuk menanganinya.

“Seharusnya masalah pelakon datang lewat diperhalusi kerana mungkin ada alasan kukuh yang menyebabkannya lambat bukannya secara sengaja,” katanya.


Pada masa sama, rakan pengacara program Jozan dan Raja Lawak Astro bersama Johan, Zizan berkata, dia turut terkejut mendengar kejadian yang menimpa rakannya itu.


Katanya, dia tidak mengetahui keadaan Johan ketika ini berikutan semua SMS dan panggilan yang dibuat kepada rakannya itu sejak mendapat tahu insiden terbabit tidak dijawab.


Sementara itu, isteri Johan, Ozlyn Wati yang dihubungi sejurus selepas kejadian seakan-akan enggan melayan pertanyaan wartawan dengan berdolak-dalik mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu, seolah-olah tidak mengetahui insiden itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-