Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, May 16, 2010

Johan dibaling gelas kaca gara-gara lewat ke lokasi penggambaran

Share







Gempar! Penduduk setempat telah digemparkan dengan insiden pergaduhan yang berlaku di antara seorang pengarah drama dengan pelawak popular Muhamad Yazid Lim atau Johan , 26, dengan yang berlaku di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat, petang kelmarin.

Pergaduhan yang dipercayai berpunca atas sebab rasa tidak puas hati itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang. Johan berada di restoran berkenaan untuk berjumpa dan berbincang pengarah drama tersebut.

Bagaimanapun perbincangan mereka tiba-tiba bertukar menjadi kecoh apabila pengarah itu dikatakan membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga menyebabkan kecederaan di atas kening atas mata kiri pelawak terbabit. Muka Johan dikatakan turut berlumuran dengan darah.

Dalam kejadian tersebut, pengarah drama berkenaan dikatakan telah menegur sikap Johan yang didakwa seringkali lewat datang ke lokasi penggambaran. Namun, ia cuba ditenteramkan isteri Johan, Rozlinawaty Ismail atau Ozlynn, 29.

Berikutan kejadian itu, Johan yang lahir menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Pertama terbitan Astro telah dibawa ke klilik sebelum membuat laporan di Balai Polis Seremban 2 berhubung insiden berkenaan. Johan yang sinonim bekerja dengan Zizan Raja Lawak ini juga turut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan susulan kira-kira jam 10.30 malam.

Johan dan Ozylyn berada di Seremban kerana terlibat penggambaran drama komedi seram bersiri yang bakal ditayangkan dis ebuah stesen televisyen. Kedua-dua mereka dikatakan telah memegang watak utama dalam drama komedi seram tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-