Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, May 24, 2010

Jezamin Lim bakal isteri Harith Iskandar..bukan sebarang doktor

Share








TERJUN ke dunia peragaan bukan alasan wanita berusia 27 tahun itu untuk melupakan terus tanggungjawab asalnya sebagai seorang doktor.

Walaupun terpaksa ‘berehat’ seketika daripada tugas tersebut atas kesibukan lain,

wanita berdarah campuran Cina dan India itu berhasrat menyambung kembali tugasnya di hospital kerajaan tidak lama lagi.

“Ini bidang yang saya paling minati. Dalam masa yang sama saya tidak mempunyai masalah menguruskan perniagaan restoran kerana mempunyai pembantu. Begitu juga dengan peragaan yang tidak mengambil masa panjang,” katanya yang mesra disapa sebagai Jez.

Doktor muda itu bijak beraksi di depan kamera. Renungan tajam matanya bisa mencairkan hati mana-mana lelaki.

Namun, awas! Hatinya sudah dimiliki. Dia kini sedang menghitung detik bahagia bergelar suri hidup pelakon komedi terkenal Harith Iskander tidak lama lagi.

Baginya usia bukanlah penghalang kepada hubungan mereka.

“Perbezaan usia kami 16 tahun. Mulanya saya tidak mengetahuinya, namun dia lelaki yang baik dan pandai mengambil hati,” kata Jez.

Lebih menggembirakan wanita itu, pembukaan Restoran Samsaraa sejak April lalu merealisasikan impiannya selama ini.

“Saya suka makan dan boleh juga memasak. Sebenarnya sudah lama memendam hasrat memiliki sebuah restoran dan akhirnya kami (bersama Harith) berjaya merealisasikannya,” kata Jez yang memiliki tali pinggang hitam taekwando dan pernah mewakili negara ketika berusia 16 tahun.

Memenuhi tuntutan ruangan ini, Jez gembira kerana menerima sekotak bungkusan haruman One Drop Perfume. Namun dengan merendah diri wanita itu berterus-terang bahawa dia alah kepada haruman. Walaubagaimanapun, bungkusan baru produk tersebut tetap menarik minatnya untuk dihadiahkan kepada orang lain.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-