Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, May 19, 2010

Jejai Lawat Fasha dengan Helikopter...surprise!!

Share








Sensasi:Fasha menggelarkan rizal sebagai seorang "kawan baik"..ye lah rasanya kalau dia mengaku jejai tue boyfriend sure kena hentam..tp selagi dia tak mengaku lagi org hentam kot..haha..ngaku je la..

Tiap-tiap kali wartawan tanya lebih lanjut pasal hubungannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Fasha Sandha mesti cuba nak elak.

Padahal satu Malaysia dah pun tahu yang hubungan Fasha dengan bekas suami Nora Danish ni bukanlah sekadar teman biasa. Sebaliknya, ia lebih dari sekadar itu.

Tak payahlah, ulas lebih lanjut. Korang sendiri faham-fahamlah macamana nak klasifikasikan hubungan diaorang berdua ni.

Kalau tak, takkanlah Jejai sanggup datang ke Pulau Lang Tengah dengan menaiki helikopter semata-mata untuk berjumpa dengan Fasha waktu aktres jelita ini sibuk menjayakan penggambaran drama bersiri Duyung Aridinata terbitan Zeel Productions di sana.

Pulak tu, Fasha sendiri mengakui yang dia tidak tahu menahu langsung tentang perancangan Jejai untuk datang ke pulau itu dengan menaik helikopter bersama beberapa orang rakan.

Kiranya, Jejai nak buat kejutanlah untuk Fasha sebab dia buat perancangan tersebut pun tanpa pengetahuan Fasha sendiri. Sampaikan Fasha sendiri pun terkejut.

Tapi, berkat daripada kejadian yang sama sekali tidak disangka itu, maka sudah terang lagi bersuluhlah yang mereka berdua ni selama ini telah menjalinkan hubungan yang istimewa.

komen fasha:
Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur. Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini. Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran. Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-