Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, May 7, 2010

Flashmob Glee di KL!

Share








Tentu ramai peminat drama bersiri "Glee" sekarang ini kan memandangkan ianya menjadi sebuah drama bersiri paling hit di Amerika Syarikat dan Asia. kita mendapat tahu yang persatuan badan bukan rasmi Random Alphabets yang cukup terkenal dengan flashmob nya seperti KL Freeze di Unison, KL Pillow Fight, Merdeka Train Party dan macam-macam lagi akan mengadakan satu lagi flashmob bertemakan tarian dari drama bersiri "Glee".

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya flashmob ini. Flashmob ialah sebuah
perhimpunan besar sekumpulan manusia yang secara tidak langsung akan berkumpul di suatu tempat, membuat persembahan ataupun secara tidak langsung melakukan perkara-perkara pelik untuk suatu jangkamasa dan bersurai selepas itu seperti tiada apa yang berlaku.


Flashmob yang pertama telah dilakukan di Manhattan pada May 2003 oleh Bill Wasik, pengarang senior majalah Harper's. Biasalah, kali pertama tentu ramai yang ragu-ragu apakah yang sebenarnya berlaku. Dan selepas itu, muncullah beberapa flashmob di beberapa buah negara-negara besar seperti di United Kingdom, Jerman dan sekarang di Malaysia.


Sesi latihan kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang pada 5 May 2010.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara flashmob tarian Glee ini, ianya akan mengambil tempat di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 8 Mei 2010. Tempatnya masih lagi dirahsiakan. Untuk flashmob tarian Glee ini, sebelum acara sebenarnya diadakan, anda perlulah menghadiri suatu sesi latihan. Sesi latihan kedua telah pun berlangsung pada malam tadi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang pada jam 8 malam hingga 11 malam.

Terbaru, sesi latihan yang ketiganya akan mengambil tempat pada malam ini, 6 Mei 2010 di The Gardens Shopping Mall, Mid Valley pada jam 8 malam hingga 11 malam

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Glee Flashmob Dance di http://www.gleeflashmobdance.com.my/.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-