Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, May 5, 2010

Filem kontroversi lakonan Maria Ozawa bertajuk 'Menculik Miyabi' Siap Untuk Ditayangkan

Share









FILEM kontroversi Menculik Miyabi yang pernah diprotes keras pada tahun lalu akhirnya berjaya disiapkan dan akan ditayangkan pada 6 Mei ini.

Walaupun mendapat banyak halangan, ternyata filem yang dibintangi oleh Maria Ozawa itu tetap diterbitkan. Kini, filem itu sudah selesai dan menunggu masa untuk ditayangkan.

Maxima Picture mengatakan filem yang dibikin oleh sutradara Findo Purnomo itu telah diluluskan oleh lembaga penapisan filem.

"Filem Menculik Miyabi telah lulus ditapis dan sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja," ujar penerbit Odi Mulya Hidayat ketika berbincang dengan detikhot menerusi telefon semalam.

Selain Maria, filem tersebut juga dibintangi oleh Nicky Tirta, Herfiza Novianty, Kevin Julio dan Rizky Mocil. Naskhah Menculik Miyabi turut ditulis oleh Marqee.

Dalam filem tersebut, Maria Ozawa melakonkan watak Miyabi, perempuan yang mendapat tugas untuk menjemput pemenang kuiz di Indonesia. Namun, dia diculik oleh tiga remaja.

Pada September 2009 lalu, penggarapan filem Menculik Miyabi gagal kerana mendapat protes daripada beberapa pihak termasuk ulama agama menolak Miyabi datang ke Indonesia.

Namun setelah tujuh bulan protes itu, Maria Ozawa pun bersedia beramah mesra dengan para peminatnya di Indonesia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-