Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, May 19, 2010

BULEH CUBA TRY TEST…….

Share








BULEH CUBA TRY TEST…….

AISKRIM GORENG


letak aiskrim atas roti yg dah lembab

tekankan dengan acuan telur kuat2
jeng2 dah jadi bulat kan...
masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu mlm
goreng atas minyak yg betol2 panas
dah goreng
dalam piring
curahkan susu cair ideal
dah kena belah tu...
aiskrim tetap sejuk kat dalam tu...

yummy2

Dulu pernah makan aiskrim goreng nie di pantai batu buruk kat Kuala Terengganu rasanya

, selepas tu tercari2 lee kat KL pulak ada lee jumpa tapi harganya sembelih leher lak tu.... Dalam hati kata nie hissssssss tak boleh jadi nie anak2 suka makan kena jugak lee cuba cari resepinya so buat lee kajian kat internet so jumpa lee mcm2 version lee byk lee cara lee tengok semua leceh lee i rasa lee mesti nak cari resepi yang sempoi ajee bab nak celup mencelup nie "vitamin M" tu begitu kuat sekali. (Vitamin M=malas)So akhirnya buat experminen sendiri lee..lagi sempoiiiiiii tak payah nak celup mencelup pun.. Ok cara buat aiskrim goreng version sempoiii aiskrim tak kira lee aper jenis or perisaroti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembabsupaya masa menekan dengan acuan roti tak pecahacuan telur (mcm dlm gambar ya )caranya : 1. skop aiskrim letak atas sekeping roti2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak Note : aiskrim yang digunakan di atas adalah aiskrim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskrim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKRIM TU AKAN CAIR TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN MINYAK YANG PANAS2 BETUL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak....leh wat pudding roti tau n letak cheese ya .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng


aiskrim goreng dengan susu cair

3 comments:

siti asiah said...

saya makan dengan sos coklat...sedappp.lm dah tak buat..:)

siti asiah said...

saya makan ngan sos coklat..sedappp...lame dah tak buat...:)
salam kenal yea..

Sensasi said...

hi siti Aisyah,aha bestkan makan aiskrim goreng..lain kali boleh buat utk sy..hehe salam kenal ^^

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-