Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, May 28, 2010

Berikutan Kes Aminulrasyid Amzah , Tiga orang saksi Dipanggil memberi keterangan

Share









KUALA LUMPUR: Polis semalam memanggil Nor Azura Amzah, 38, kakak kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lalu berhubung laporan polis yang dibuatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Turut dipanggil memberi keterangan adalah Muhammad Azamuddin Omar, 15, rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu remaja terbabit ketika kejadian serta abangnya Muhamad Hafizzudin Omar, 24.

Ketiga-tiga mereka dipanggil ke Bukit Aman berhubung laporan polis mengenai kes kematian remaja itu yang antara lain meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seperti mahu menutup kes itu.


Ketiga-tiga mereka dilihat tiba di pekarangan Bukit Aman jam 3.30 petang ditemani peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N Surendran dan Latifah Koya.


Surendran berkata, pihaknya percaya wujud cubaan menutup kes berkenaan berikutan kenyataan polis mengatakan Aminulrasyid cuba mengundurkan kereta ke arah polis, selain penemuan parang dalam keretanya ternyata tidak benar.


“Oleh sebab itu, tiga perkara yang kami tuntut iaitu polis jangan menyembunyikan sebarang maklumat atau menutup kes, kedua menyerang sehingga mendatangkan kecederaan terhadap Azamuddin dan ketiga cubaan membunuh ketika kejadian itu.” “Dan hari ini, ketiga-tiga mereka ditanya mengenai cubaan menyerang itu secara serentak di tiga bilik berasingan oleh tiga pegawai polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi mereka memberikan keterangan lebih dua jam itu.


Katanya, keluarga mangsa juga mahukan tindakan diambil terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung kenyataannya bahawa polis menemui sebilah parang di dalam kereta dinaiki mangsa yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.


Surendran berkata, tindakan juga perlu diambil terhadap Khalid kerana mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis.


“Walhal, dalam kenyataan saksi kejadian, Azamuddin Omar dan keluarga, perkara berkenaan tidak pernah berlaku,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-