Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, May 6, 2010

Azean merayu untuk berjumpa Benjy kerana kanser sudah berada di tahap empat

Share







Sensasi: Apa ke pelik sgt sistem keadilan negara nie sampai tak boleh jumpa keluarga sendiri?ish3


Azean Irdawati dakwa tak sempat temui anak yang sudah dibawa ke Muar

KUALA LUMPUR: "Sudahlah nak tahan selama dua tahun, setidaknya berilah peluang Kak Yan berjumpa Benjy, mereka bukan tak tahu kanser Kak Yan dah berada pada tahap empat. “Sekurang-kurangnya sebelum mati berilah peluang Kak Yan berjumpa dengannya,” luah seniwati Azean Irdawati dalam nada pilu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Azean yang ditemui selepas prosiding semalam, turut mempersoalkan siapakah yang akan menanggung dosa jika beliau meninggal dunia sebelum sempat bertemu anak lelaki tunggalnya, pelakon Benjy atau Khaireyll Benjamin Ibrahim, 32.

Azean yang hadir bersama suami dan dua anak perempuannya, berkata beliau tidak faham mengapa ada pihak ingin memisahkannya dengan Benjy dan mengapakah anaknya itu dipandang dengan begitu teruk oleh pihak berkenaan.

“Berilah peluang Kak Yan berjumpanya untuk beri ubat kerana Benjy menghidap lelah dan darah tinggi. Kak Yan tak faham kerana bila dia sudah susah bernafas barulah mereka nak hubungi.

“Tolonglah ada sedikit perikemanusiaan, orang yang bodoh pun boleh nampak apa yang berlaku dan fikir-fikirlah sendiri, lainlah kalau dia sihat. Masing-masing ada emak masing-masing ada anak, Allah maha berkuasa.. tengoklah apa yang akan berlaku,” katanya.
Azean berkata, hancur luluh perasaannya selepas diberitahu, mahkamah memutuskan bahawa anaknya dibawa menjalani tahanan selama dua tahun di Muar.

“Awal pagi Kak Yan bangun dengan penuh harapan dan gembira untuk hadir ke mahkamah mendengar keputusan writ habeas corpus selain bertemu Benjy yang sudah beberapa minggu tidak berjumpa.

“Sebaik tiba di mahkamah, hancur berkecai perasaan Kak Yan kerana bukan saja permohonan itu ditolak, malah turut memaklumkan Benjy sudah dibawa ke Muar untuk menjalani tahanan selama dua tahun.

“Kak Yan sedih kenapa tiada pihak memaklumkan kepada Kak Yan tindakan yang dikenakan kepada Benjy sedangkan dia mempunyai keluarga, bukannya anak yatim piatu,” katanya.

Azean turut mempertikai kenapa anaknya dikenakan tahanan selama dua tahun sedangkan tempoh tahanan di Balai Polis Bukit Jalil yang dikenakan selama 60 hari belum tamat

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-