Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, May 17, 2010

Azean Irdawaty cuma dpt hidup sampai Oktober 2010 ?

Share








Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?

Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.
Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .

Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan

Kedua, Kak Yan tak mau bercerita yang negatif kepada orang ramai sebab itu Kak Yan tabahkan hati dan tersu menjalani hidup ini tanpa mengalah. Biar Kak Yan berdoa saja.
Tapi sebenarnya sejak stress dengan kes ini, sememangnya symptom- simptom yang Kak Yan kenal benar sebelum ni Kak Yan dah mula rasa, setiap hari. Kak Yan tetap berdoa, disembuhkan dan dipanjangkan umur.

Tapi...jika sekiranya kanser jenis cerb-2+VE yang sememangnya disahkan jenis agresif ini kalahkah Kak Yan sebelum Benjy habis tempoh 2 tahun, adakah ini bermakna kami anak beranak telah pun dipisahkan sebelum Tuhan memisahkan kami?

Kenapa begini zalim? Selama 36 tahun Kak Yan berbakti kepada masyarakat melalui tenaga dan bakat kurniaan Tuhan, Kak Yan kononnya diminati dan disanjungi. Sekarang, apa dia jenayah yang Kak Yan lakukan sehingga hak Kak Yan sebagai ibu dirampas begitu kejam?

Kak Yan cuma minta memeluk anak Kak Yan sekali saja lagi, menyuap nasi dengan lauk kegemarannya sekali saja lagi. Lepas tu, ambillah dia. Kurunglah, kalau mau. Tapi, janganlah diperlakukan begini kepada Kak Yan. Masing-masing ada ibu, ada anak.
Tolonglah. Kasihanilah Kak Yan.

Sensasi:Adakah kita bakal kehilangan seorang lagi penghibur yang amat disayangi..Ajal maut ditangan tuhan..Semoga Azean Irdawaty tabah menghadapi dugaan dan dipanjangkan umur~

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-