Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, May 28, 2010

Temuramah bersama Diana Amir,berikutan Tuduhan "menjual diri" oleh Bekas Kawan Karibnya di Facebook

Share









DIANA AMIR atau nama sebenarnya, Nur Diyana Amir Hashim bukanlah satu nama yang popular dalam industri seni tanah air. Bagaimanapun tatkala nama bintang baru ini meningkat naik, tiba-tiba dirinya menjadi bualan ramai apabila dikutuk dan difitnah dalam akaun laman sosial Facebook miliknya.

Menyedihkan lagi, orang yang memfitnah pelakon yang popular dengan drama bersiri Impian 1 dan 2, merupakan kawannya ketika belajar di Universiti Sains Malaysia.

Mengikut apa yang ditulis kawannya itu (A), Diana yang digelarkan sebagail Dodi itu dikatakan kononnya seorang gadis yang gemar menjual diri di dalam dan luar kampus.

Impaknya, dua abang Diana iaitu Khairul Amir dan Shamsul Amir memarahi A melalui ruangan komen Facebook tersebut.

Hal ini membuatkan Diana berasa sedih dan geram kerana temannya sendiri yang cuba menjatuhkan maruah dirinya.

Kontroversi itu juga membuatkan pelakon yang baru sahaja terjun ke bidang lakonan sejak dua tahun lalu bimbang jika ada segelintir peminatnya tersalah anggap dengan tulisan yang dibuat oleh rakannya itu.

Ketika menghubungi graduan Ijazah Sumber Manusia itu, dia tenang memberikan penjelasan yang sebenar dan mahu umum tahu bahawa dirinya bukan seperti yang digambarkan oleh A.

Bagaimanapun, gadis berusia 24 tahun itu mengakui bahawa dia seorang yang seksi ketika di belajar di universiti tersebut dahulu.

Siapa A dan kenapa dia mengutuk Diana?

DIANA: Sebelum ini kami pernah berkawan dan mewakili universiti dalam pertandingan menari dan bila habis belajar, kami tidak lagi berhubung. Berdasarkan apa yang ditulis, ayat-ayatnya sangat teruk dan menyakitkan hati, dan kenyataan yang ditulis juga adalah tidak benar. Saya agak sedih bila diperlakukan begitu kerana kami pernah berkawan. Saya ada tanya dia, kenapa dia berbuat demikian dan katanya, dia bengang dengan komen kedua-dua abang saya.

Saya tak kisah kalau orang mengutuk lakonan saya kerana saya akui, lakonan saya memang teruk dan masih baru lagi dalam bidang ini. Tapi bila mengutuk sehingga menjatuhkan maruah saya, ia sudah melampau. Saya difahamkan dia juga ada mengutuk rakan-rakan saya yang lain. Saya rasa dia tidak fikir panjang dengan apa yang dibuatnya.



Apa kaitan abang-abang Diana dengan A?

Tiada kaitan. Mereka sekadar mahu melindungi saya.

Terasa reputasi diri terjejas?

Mula-mula memang saya rasa terjejas. tapi bila difikirkan balik, perkara ini normal yang perlu saya lalui dalam industri seni. Masa inilah kita dapat lihat siapa kawan dan lawan. Orang mungkin boleh bercakap macam-macam tentang saya tapi mereka tiada bukti.

Adakah benar apa yang ditulis itu tentang Diana?

Tidak. Apa yang dikatakan adalah tidak benar sama sekali. Namun, saya akui yang dulu pemakaian saya agak seksi. Tidak lagi kini, saya memilih pakaian yang lebih selesa dan sopan.

Ada perancangan untuk mengambil tindakan?

Ya, pada mulanya memang saya ada terfikir untuk mengambil tindakan jika ia menjadi semakin besar. Tapi memandangkan dia pernah menjadi kawan saya, saya lupakan hasrat itu.

Pernah risau dengan cabaran hidup sebagai seorang selebriti?

Waktu saya memilih bidang lakonan, saya hanya mempunyai satu matlamat sahaja iaitu mahu berlakon. Tak terfikir pun apa yang bakal saya harungi nanti. Tapi, bila masuk ke dunia hiburan, baru terasa betapa besarnya dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Apapun, saya tidak akan berpatah balik dan terima dengan apa yang saya buat sekarang. Saya ada meminta nasihat kepada keluarga dan teman-teman dan mereka kata jika tidak bersalah, saya tak perlu takut dan saya tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Malu dengan hal ini?

Mestilah. Kalau tak rasa malu, saya tak akan sedih. Saya harap mereka sedar yang fitnah itu sangat menyakitkan. Fikirlah perasaan dan maruah orang lain sebelum membuat cerita kosong.



Dengan adanya laman-laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Twitter, banyak golongan yang tidak berpuas hati dengan seseorang artis itu akan memaki atau memfitnah melalui laman-laman tersebut. Mungkin laman-laman sosial ini boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis secara tidak langsung?

Manusia ada macam-macam perangai. Cakap macam mana pun, ada juga yang tidak sedar dengan perlakuan diri mereka. Cuma saya harap orang yang membaca komen-komen negatif yang ada dalam laman sosial mengenai seseorang artis itu, tidak cepat terikut dan membuat andaian yang bukan-bukan. Kenali dulu artis itu sebelum mengkritik.

Baru sahaja dua tahun berkecimpung dalam industri seni, Diana sudah menerima fitnah daripada orang luar. Adakah jangka hayat Diana untuk bernafas dalam industri seni masih panjang?

Saya akan bertahan seberapa lama yang mungkin kerana minat dengan bidang seni lakonan. Alhamdulillah, saat mengalami tekanan, keluarga dan teman-teman menjadi pendorong dan pemangkin semangat saya.

Lagipun banyak perkara yang perlu saya belajar mengenai skil lakonan kerana setakat ini, saya belum berpuas hati dengan hasil lakonan saya.

Apa perkembangan terbaru Diana buat masa ini?

Saya baru sahaja habis penggambaran bagi slot Samarinda, TV3 iaitu Laila Asyikin. Selain itu, saya juga telah selesai penggambaran filem Aku Masih Dara, dan dua drama iaitu Jalan Pinang Sebatang dan Sumpahan Pusaka. Alhamdulillah, menjadi artis di bawah naungan Metrowealth membuatkan tawaran lakonan saya tidak putus-putus dan pihak MIG juga cuba menaikkan nama saya dalam industri seni lakonan tempatan.

Ibu bapa budak 2 tahun merokok disiasat

Share








Sensasi:huuuu...18 bulan dah merokok 40 batang rokok sehari....memang ibu bapa dia tak guna betul lah!!! dahla membazir duit beli rokok..dah tue..dia nak bunuh anak dia cepat2 kot..budak tue takda akal lagi nak berpikir..Wtf?!

JAKARTA - Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.

"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.

Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan

Gambar Rompakan Di dalam Lif

Share







Sensasi:heeeeeeeeee..sungguh menyeramkan ....walaupun berdua namun tetap dirompak oleh seorang perompak tue..cuba tengok gambar las...tompokan-tompokan darah membuatkan sensasi rasa geli perut...jahat betul...kalau sensasi...dah tentu-tentu sensasi akan tendang kat tmpt yang sepatutnya,sampai peompak itu mandul..










Dua Bekas Suspek Kes Bunuh Nurin Jazlin Dapat Ganti Rugi

Share







KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kain dan adik iparnya yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing memperoleh ganti rugi RM41,500 dan RM31,500 setelah tuntutan saman mereka dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan yang dikemukakan peguam Azmer Md Saad yang mewakili Mohamad Zamri Ibrahim, 36, dan Mohd Suhaimi Yusoff, 31.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi selaku plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 19 Jun 2009 atas dakwaan ditangkap dan ditahan secara salah oleh polis.

Mereka menamakan Asisten Supritendan Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili Peguam Persekutuan, Natrah Mazman.

Dalam penghakimannya, Sabariah berkata, Mohamad Zamri diberi ganti rugi itu berdasarkan alasan keterangan polis bahawa dia bukanlah suspek yang dicari dalam kes itu. Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan pihak polis, penahanannya (Mohamad Zamri) adalah secara salah dan tanpa alasan atau syak yang munasabah, malahan polis telah menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap beliau. Sabariah berkata, Mohamad Zamri juga berjaya membuktikan keseimbangan kebarangkalian dalam kes itu.

"Sehubungan itu mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500.

"Mohamad Zamri juga diberi ganti rugi faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," katanya.

Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia telah dicederakan dengan secara tidak wajar.

"Dengan itu tuntutan plaintif hanya dibenarkan setakat ganti rugi kecederaan RM1,500 dan ganti rugi teladan RM30,000 serta faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," kata Sabariah.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya.

Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka telah dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis.

Mereka berkata, mereka kemudiannya telah disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan. Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudiannya telah bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.

Kedua-dua mereka berkata akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Mohamad Zamri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang telah mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya berkata, dia ditangkap oleh polis ketika dia berada dalam kedai milik Mohamad Zamri.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhami, yang hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta hari ini, memberitahu pemberita bahawa keputusan itu telah dapat membersihkan nama dan maruah mereka

Gadis Kurang Upaya Mangsa Rogol Bapa di tempatkan di JKM

Share







Sensasi:huuu...kalau ada baca surat khabar semalam pastinya u ol tau story ini...Tentang seorang remaja 15 tahun yang lumpuh dan bisu dirogol bapanya sejak bertahun tahun yang lalu...

Aktiviti ini dilakukan oleh bapa mangsa yang kononnya dikatakan warak dan baik dan selalu ke masjid..ish3...dilakukan setiap kali sebelum bapa mangsa memandikan mangsa..

Satu hari budak perempuan tue demam,family die bawak la ke hospital..tetiba doktor check dia disahkan mengandung...Abang mangsa mengamuk sakan dan bergaduh besar dgn bapanya...then bapak dia melarikan diri sebab takut disakiti anak lelakinya..dan abangnye mendesak mak nya untuk membuat report polis...mula-mula mak dia tak nak..tapi abg dia berkeras jugak2..soo ,buatla polis report..

mangsa dikatakan mengandung diluar rahim,jadi kene segera melakukan pembedahan..check2 skali lagi..rupa-rupanya mangsa tak mengandung..haha..pelik..
maybe kandungan tergugur dengan sendiri kot..benda mcm nie tak mustahil..



KUALA TERENGGANU: Gadis kurang upaya berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kerakusan nafsu bapanya sendiri kini ditempatkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, di sini.

Pengarah JKM Terengganu, Zuhaimi Omar berkata, pihaknya sudah mendapat perintah mahkamah untuk menempatkan gadis yang lumpuh dan bisu itu selama sebulan di pusat berkenaan.

“JKM akan menjaga gadis berkenaan di sini untuk rawatan dan pemulihan lanjut dalam tempoh ditetapkan. Selepas itu, kita akan berbincang dengan keluarga mangsa sama ada gadis itu akan terus ditempatkan di sini atau dihantar pulang kepada keluarganya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berikutan Kes Aminulrasyid Amzah , Tiga orang saksi Dipanggil memberi keterangan

Share









KUALA LUMPUR: Polis semalam memanggil Nor Azura Amzah, 38, kakak kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lalu berhubung laporan polis yang dibuatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Turut dipanggil memberi keterangan adalah Muhammad Azamuddin Omar, 15, rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu remaja terbabit ketika kejadian serta abangnya Muhamad Hafizzudin Omar, 24.

Ketiga-tiga mereka dipanggil ke Bukit Aman berhubung laporan polis mengenai kes kematian remaja itu yang antara lain meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seperti mahu menutup kes itu.


Ketiga-tiga mereka dilihat tiba di pekarangan Bukit Aman jam 3.30 petang ditemani peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N Surendran dan Latifah Koya.


Surendran berkata, pihaknya percaya wujud cubaan menutup kes berkenaan berikutan kenyataan polis mengatakan Aminulrasyid cuba mengundurkan kereta ke arah polis, selain penemuan parang dalam keretanya ternyata tidak benar.


“Oleh sebab itu, tiga perkara yang kami tuntut iaitu polis jangan menyembunyikan sebarang maklumat atau menutup kes, kedua menyerang sehingga mendatangkan kecederaan terhadap Azamuddin dan ketiga cubaan membunuh ketika kejadian itu.” “Dan hari ini, ketiga-tiga mereka ditanya mengenai cubaan menyerang itu secara serentak di tiga bilik berasingan oleh tiga pegawai polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi mereka memberikan keterangan lebih dua jam itu.


Katanya, keluarga mangsa juga mahukan tindakan diambil terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung kenyataannya bahawa polis menemui sebilah parang di dalam kereta dinaiki mangsa yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.


Surendran berkata, tindakan juga perlu diambil terhadap Khalid kerana mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis.


“Walhal, dalam kenyataan saksi kejadian, Azamuddin Omar dan keluarga, perkara berkenaan tidak pernah berlaku,” katanya.

Panas:Mahkamah memutuskan bahawa Radhi OAG dan Shazlin Masih Suami Isteri

Share









Sensasi:WOWW...drama yang berlanjutan begitu lama..akhirnya berakhir dengan...Radhi dan Isterinya Shazlin masih suami isteri...Menurut Shazlin Radhi telah melafazkan cerai talak tiga..tapi Radhi bersumpah kata takda...so~ let see what happen next..

PETALING JAYA: Dengan sumpah syarie yang dilafazkan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali bagi menafikan dia ada menjatuhkan talak tiga terhadap Shazlin Sharif, Mahkamah Rendah Syariah di sini, mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad dalam keputusannya berkata, berdasarkan sumpah syarie dilakukan Radhi jam 3.15 petang semalam, beliau mensabitkan tidak berlaku jatuh talak dan mereka masih pasangan suami isteri.

Terdahulu dalam prosiding, Ghazali bertanya kepada Shazlin, 30, (plaintif) sama ada mahu Radhi, 30, (defendan) melafazkan sumpah syarie kerana penyanyi itu sebelum ini menafikan dia ada melafazkan talak terhadapnya.


Radhi yang diwakili peguam syarie Musa Awang menyatakan kesanggupannya selepas Shazlin yang diwakili Rubiah Jaffar meminta suaminya berbuat demikian.


Diingatkan Ghazali berhubung kesan sumpah syarie itu, Radhi yang memakai baju Melayu biru mengangkat tangan kanan dan melafazkan sumpah dengan nada perlahan dan tenang.


Sementara itu, bagi permohonan bercerai secara baik yang dikemukakan Shazlin, Rubiah memohon defendan memaklumkan sama ada masih bersetuju dengan perjanjian yang sudah ditandatangani bersama pada 16 Oktober 2009.


Musa yang baru mewakili penyanyi itu memohon tarikh tarikh baru bagi memberi peluang kepada anak guamnya meneliti semula terma dan syarat dokumen perjanjian itu.


Mahkamah menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula.


Shazlin sebelum ini mendakwa Radhi ada melakukan lafaz talak kali kedua pada 25 Februari lalu yang berbunyi ‘aku ceraikan kau (Shazlin) dengan talak tiga terus’ menerusi telefon pada jam 11.40 pagi. Pada 27 Julai tahun lalu, mahkamah sama memutuskan mereka masih pasangan suami isteri apabila Radhi melakukan sumpah syarie bagi menafikan lafaz talak yang berbunyi ‘Oklah, I (saya) ceraikan you (awak), talak tiga, dua, satu?’. Lafaz itu didakwa berlaku pada jam 8.30 pagi, 15 September 2008 di rumah keluarga Shazlin yang juga pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Girls In Music (GIM) di Petaling Jaya. Radhi dan Shazlin ketika ditemui tidak mahu memberi sebarang komen dan meminta semua pihak mendoakan kes itu dapat diselesaikan secara baik.

Lee DeWyze Juara American Idol 8,2010

Share










Sensasi:siapa tak tengok American Idol angkat tangan?rugi2....
memang mantap la suara2 mereka disamping artis2 jemputan yang top2..setiap kali menonton American Idol seolah2 menonton konsert..semua peserta punyai suara yang superb ....kalau nak dibandingkan dengan bintang Realiti malaysia...aduhh..jauh panggang dari Api...Bakat penyanyi malaysia mtak begitu menyerlah...bg sensasi mcm nyanyi karaoke je...tp bukan semua mcm tue..but majoriti...(pendapat peribadi sahaja)



LOS ANGELES: Lee Dewyze memenangi program realiti American Idol 2010 selepas mengalahkan Crystal Bowersox.

Apabila pengacara Ryan Seacrest mendedahkan keputusan, Lee yang kelihatan terkejut dan emosional menahan sebak dan hampir menangis.

Dia memeluk Crystal dan memberitahu dia menyayanginya.


Reaksi juara American Idol, Lee DeWyze (kanan) dan hos Ryan Seacrest selepas pengumuman keputusan American Idol Grand Finale 2010. - Foto REUTERS

Kemudian Lee mencapai sebuah mikrofon dan menyanyi lagu kemenangannya, Beautiful Day. Lagu itu menceritakan mengenai kehilangan segala-galanya tetapi masih mendapat kebahagiaan dengan apa yang dimiliki kini.

American Idol yang memasuki musim kesembilan masih merupakan rancangan televisyen paling popular di Amerika walaupun bilangan penontonnya berkurangan sebanyak 9 peratus tahun ini.

Secara puratanya, terdapat 23.9 juta penonton bagi setiap episod.

Seacrest berkata, kedua-dua peserta bersaing sengit dengan perbezaan undian sebanyak dua peratus.

Bagaimanapun, dia tidak mengumumkan bilangan undian yang diterima seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Malaysia Akan Muflis Pada 2019 -Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala

Share







okey ..jangan panik!!

Malaysia Akan Muflis Pada 2019 Jika Kerajaan Terus Beri Subsidi – Idris

huuu..kalau la benar seperti yang dikatakan itu...nampak gayanya..naiklah harga segala barang dan kos hidup kita semua lepas nie... okey..sekarang boleh panik...nak ada anak..kene rancang betul2..setakat mana yang mampu ye puan puan dan tuan tuan sekalian...tapi bagaimanapun anak itu anugerah tuhan...dan "rezeki"..jangan nak buang anak pulak!

jom baca subsidi mana yang akan dipotong!



KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.

“Kita tidak mahu satu lagi negara muflis seperti Greece yang kini terpaksa bergantung kepada ahli Kesatuan Eropah kerana hutangnya terlalu banyak sehingga menyebabkan negara itu berhadapan dengan ketidak-tentuan pasaran di peringkat antarabangsa,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Oleh itu, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) berkata kerajaan pusat perlu mengambil langkah yang tidak popular seperti menaikkan harga beberapa barangan keperluan seperti, petrol, gula, minyak masak, tepung, terpaksa diambil bagi mengatasi masalah bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pada ketika ini. .Antara langkah pengurangan subsidi yang dicadangkan ialah:

- Mengurangkan subsidi gas: Walaupun langkah ini akan menyebabkan tarif elektrik meningkat. Namun pengguna tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan penggunaan tenaga elektrik lebih daripada 200 kilowatt (kWh).

- Meningkatkan kadar tol di semua lebuh raya pada setiap perjanjian konsesi kecuali bagi lebuh raya yang tidak mempunyai jalan alternatif.

- Caj yang dikenakan bagi pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan daripada RM 1 kepada RM 3. Sementara bagi pesakit yang ditempatkan di wad sama kelas pertama, kedua atau ketiga akan dinaikkan daripada RM 3 hingga RM80 kepada RM 6 hingga RM160.

- Skim pinjaman buku teks dan tusyen subsidi akan dimansuhkan. Manakala, pelajar sekolah dikehendaki membayar yuran peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

- Semua pelajar asing yang menuntut di universiti tempatan perlu membayar yuran penuh pengajian mereka tanpa mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.

- Penuntut di peringkat prasiswazah dan pasca-siswazah perlu membayar yuran pengajian yang lebih daripada RM 300 hingga RM800.

Bagaimanapun, Idris menegaskan bahawa semua cadangan pengurangan subsidi yang berkenaan masih belum dimuktamad dan belum diluluskan oleh Kabinet.

“Rakyat perlu tahu Malaysia merupakan antara negara paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya. Jumlah subsidi yang kerajaan berikan ini jauh lebih besar daripada subsidi yang dinikmati oleh rakyat di Filipina, India, China dan malahan Somalia,” katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi terhadap barangan utama seperti petrol dan gas, barangan keperluan harian, pendidikan, perubsatan dan lain-lain bagi mencapai penjimatan yang lebih besar dalam KDNK negara.

Pemandu ditubuhkan bagi mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana langkah-langkah yang boleh diambil mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung oleh negara disamping memberikan subsidi tersebut kepada kumpulan sasar secara terus.

Pada masa yang sama pasukan khas ini bertindak sebagai agen yang menerangkan kepada rakyat mengenai sebab kerajan perlu mengurangkan pemberian subsidi bagi mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi itu berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.

Program tersebut diadakan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Adakah Aaron Aziz yang dikatakan sebagai artis "Songsang itu" ?

Share









Sensasi: cuba korang baca ruangan soseh soseh kat bawah nie..siapa yang terdetik kat hati korang ..jejaka yang hensem bergaya,byk tawarab berlakon,romantik dengan wife dan ada anak,and wife bukan pelakon...first thing that come across my mind drpd ciri-ciri yang disebutkan diatas...siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz..uhuu..my favourite actor...macam tak percaya jer...ala..lagipun just sembang2 tue pun jadi hal..di soseh2...harap harap aaron tak "songsang" la seperti yang diperkatakan tue..

INILAH yang dikatakan buah cempedak menjadi nangka. Memang SS tak sangka dan susah nak percaya dengan cerita yang baru didengar ini. Memang SS tak pernah duga. Takkanlah artis yang selama ini begitu setia dan sayang kepada isterinya, sanggup terjebak dengan gejala songsang. Mustahil.

Namun, selepas rakan SS beria-ia meyakinkan SS akan ceritanya itu kerana dia yang nampak sendiri, terpaksalah SS mengalah. Jika selama ini artis itu menjadi pujaan SS sendiri, selepas dengar cerita itu, terpaksalah SS mencari pelakon pujaan yang baru. Itulah hakikat hidup di dunia ini, tiada yang pelik.

Cerita yang SS dengar ini sebenarnya dah banyak berlaku tapi apabila ia membabit aktor ini, macam SS cakap tadi, memang susah nak percaya.


Ketampanannya juga menjadi idaman ramai peminat wanita. Tapi sebab ada keluarga selepas berlakon, dia akan terus balik rumah bermain dengan anak. Bertuah sungguh isterinya, bukan saja dapat suami yang kacak tapi berjaya dalam kerjaya dan pada masa yang masa, sangat mementingkan rumah tangga. Bagaimanapun, kehidupan dalam dunia hiburan terlalu banyak godaannya. Insiden terjadi di satu lokasi penggambaran drama, baru-baru ini. Rakan SS suka sangat apabila ternampak kelibat artis pujaan itu di situ. Kebetulan. Kata hatinya, tak dapat berlakon pun tak apalah, janji dapat jumpa dan senyum-senyum dengan aktor itu.


Tapi hari itu, aktor itu tidak berlakon pun. Dia tiba-tiba muncul di lokasi itu kerana katanya datang menemani dan menjenguk seorang pelakon lelaki baru yang boleh tahan juga kacaknya. Pelik, aktor itu memang laris 'shooting' sana-sini, ada masa pula nak bagi kaunseling. Kalau sekejap tu tidak mengapa, ini dari pagi sampai petang! Kata kawan SS, dia tengok 'body language' mereka nampak lain macam saja. Apabila pelakon baru itu 'break', mereka akan duduk satu sudut berborak dan bermesra macam orang bercinta. Pelik juga. kalau pelakon cilik atau pelakon kanak-kanak boleh juga kita temankan. Ini tidak, kawannya itu dah besar panjang, takkan tak boleh bawa diri kot? Inilah dunia, apa saja boleh berlaku. Orang yang selama ini kita tengok begitu baik, jarang ada gosip liar, terkenal dengan imej sebagai suami dan ayah mithali pun sukar untuk menepis godaan. Lupa pula SS nak minta rakan itu menyiasat sejak bila artis itu ada 'cita rasa' baru. Patutlah selama ini dia tidak pernah digosipkan dengan mana-mana artis atau peminat wanita. Sekali fikir, bahaya juga kalau kacak bergaya, tetapi tidak dihimpit wanita. Semua ada udang di sebalik batu.

Thursday, May 27, 2010

Komik Sindir: Mana dapat tue kak Mon

Share







Megan Fox Bakal berkahwin dalam Minggu Ini

Share









BINTANG filem seksi Megan Fox khabarnya akan berkahwin dalam minggu ini dengan kekasihnya, Brian Austin.

"Saya mendapat tahu Megan dan Brian akan segera berkahwin," ujar sumber terdekat dengan Megan Fox kepada E! News semalam.

Menurut sumber tersebut, bintang Transformers dan sang kekasih sudah tinggal serumah. Meski sering diterpa isu percintaan mereka yang ada pasang surutnya, namun menurutnya Megan dan Brian akan segera mengumumkan pertunangannya.

"Saya tidak akan terkejut jika Megan akan mengumumkan pertunangannya ketika majlis perkahwinan Vanessa Marcil (bekas kekasih Brian). Pastinya ia akan membuatkan Vanessa gila," tambahnya.

Megan Fox dan Brian Austin sedang menikmati hubungan romantis mereka di rumah baru aktres dan model itu di Los Angeles. Mereka sudah tinggal serumah selama beberapa minggu.

Rozita berskirt paras peha

Share








ROZITA dan Azza ketika hadir pada malam kemuncak AF8, baru-baru ini.
MINGGU lepas Cik Normah berkesempatan menonton Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF8) walaupun sebenarnya hati ini berat sangat nak pergi. Ialah tahun ini tak ada seorang pun pelajarnya yang memikat hati Cik Normah, tak macam Zahid dengan Mawi dulu.

Ketika itu, memang Cik Normah bersungguh-sungguh mengundi mereka. Tapi untuk AF8 baru-baru ini, Cik Normah tidak mengundi mana-mana pelajarnya. Tapi ini tidaklah bermakna pelajar AF8 tidak bagus. Tak dapat nafikan ramai juga yang berbakat besar.Atas sebab itulah, atas undangan rakan-rakan di Astro, Cik Normah pergilah juga sebab tak mahu mengecilkan hati kawan-kawan. Walaupun pada mulanya hati Cik Normah keberatan, tetapi apabila sudah sampai ke sana dan terjumpa pula rakan-rakan seperjuangan. Kebosanan Cik Normah berubah menjadi keseronokan. Ketika berborak sakan dengan teman-teman, tiba-tiba mata Cik Normah terpana pada seorang wanita yang cukup anggun yang juga bukan asing dalam industri seni tanah air. Wanita cantik berbaju merah dan berbunga di kepala itu cukup menarik perhatian Cik Normah. Dari paras kepala ke pinggang, Cik Normah memang terpegun melihat kecantikannya tetapi bila melihat pinggang ke bawah, Cik Normah hampir saja tersedak.

Dalam hati Cik Normah terdetik, amboi seksinya Rozita Che Wan. Bukan main putih gebu lagi pehanya. Ramai juga yang agak ‘tersiksa’ apabila terpandang penampilan seksi Rozita ketika itu. Maaflah Ita jika Cik Normah menegur, Cik Normah bukanlah ortodoks atau old school, cuma Cik Normah tak berapa berkenan dengan penampilan Ita pada malam itu. Memanglah cantik dan mengiurkan, tetapi skirt pendek paras atas lutut yang bila duduk menyerlahkan keputihan pehanya tak berapa elok pada pandangan Cik Normah.

Lagipun Ita baru saja pulang dari umrah, bukankah lebih elok jika memakai pakaian yang lebih sopan. Kalau boleh bila balik dari menunaikan ibadat, pakaian kenalah jaga sikit. Ialah seolah-olah umrah tu pergi melancong pula bila balik penampilan tidak dijaga. Dalam sebuah drama yang disiarkan dalam Astro juga turut menampilkan Ita berpakaian sopan, lengkap bertudung. Tapi realitinya... aduhai!

Pada malam itu bukan saja Rozita yang seksi, Azza bekas anggota kumpulan Elite pun bukan main sakan lagi gayanya. Kalau skirt Rozita pendek, Azza punya lagi pendek. Kalau iya pun nak bergaya, fikirkanlah kesesuaian majlis. Kalau boleh bila pergi ke majlis yang ramai peminat, berpada-padalah sikit bergaya. Apatah lagi masa AF8 hari itu, sebahagian besar penontonnya remaja dan orang muda. Bukan apa nanti jadi bahan mengata pula.

Remy Ishak kini berkulit hitam terbakar

Share








RAMAI wartawan dan jemputan terkejut dengan perubahan Remy Ishak ketika hadir pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Hotel Palace of the Golden Horses, baru-baru ini. Kulit pelakon siri Nur Kasih yang menjadi igauan ramai wanita ini tampak gelap terbakar.

Tanpa berselindung, Remy akui kesan ini dihadapinya apabila berlakon dalam siri baru Arjuna terbitan KRU Studios, arahan Helmi Khalim. Menerusi drama yang bakal menemui peminat dalam slot Aksi TV3 bermula 31 Mei ini, Remy membawa watak utama, Arjuna seorang wira sebelum Zaman Besi.

“Saya baru tamat penggambaran drama ini. Setiap siri mengandungi 13 episod tapi produksi dibuat terus untuk dua musim. Penggambaran bermula sejak Januari lalu di Pulau Indah, Hulu Langat, Kemensah, dan Ulu Yam. Penggambaran di luar terutama di tengah panas terik sekitar Pulau Indah membuatkan kulit saya teruk terbakar. “Pelakon lain pun mengalami benda yang sama juga tapi sayalah yang paling teruk kerana pegang watak utama. Saya tak kisah kerana inilah pengorbanan berlakon cerita ini. Lagipun kalau kulit saya nampak putih bersih dan ‘jambu’ tak sesuai pula jadi hero kerana Arjuna digambarkan sebagai orang kampung.


“Tak dinafikan saya sekarang cuba kurangkan kesan terbakar antaranya dengan berkurung dalam rumah. Ada juga usaha pakai produk untuk memutihkan kulit. Saya tak buat rawatan yang rapi seperti mandi susu cuma hanya gunakan sabun susu kambing ketika mandi. Tengoklah juga keadaannya kalau tiada perubahan juga pada kulit, saya mungkin akan buat rawatan mandi susu dan lulur,” katanya.


Menjelaskan lebih terperinci mengenai siri Arjuna, Remy menjelaskan jalan ceritanya seakan-akan komik pahlawan yang popular dalam kalangan pembaca sekarang. Pembikinan drama seperti ini di Malaysia adalah satu pembaharuan tersendiri dalam genre drama aksi. Apatah lagi unsur seni mempertahankan diri yang ditampilkan bukan seperti silat biasa.


“Aksi yang ditonjolkan nampak seperti kung fu. Arjuna seorang pemuda yang mahu menuntut bela di atas kematian keturunan dan keluarga serta mencari semula pedang sakti bernama Citra Dewata. Turut berlakon ialah Nora Danish (Cempaka), Aman Graseka (Satria Aduka) Riz Ainuddin (Andika), Dira Abu Zahar dan Fikri Bakar.


“Kelainan lain yang ada ialah produksi sanggup reka rumah khas untuk dijadikan props. Watak jahat yang ada pun menarik kerana berkarakter dan mempunyai kuasa tersendiri seperti hikmat aura. Kami disediakan seorang koreografer seni yang memantau aksi yang ditampilkan. “Walaupun ada pelakon ganti untuk buat adegan aksi saya rasa satu kerugian pula kalau tak buat sendiri. Jadi, saya buat sendiri aksi pergaduhan dalam Arjuna tapi dengan pengawasan koreografer seni. Selepas melihat hasilnya saya sangat berpuas hati dan berbangga dengan drama ini,” katanya.


Cempaka pula digambarkan sama-sama berjuang dengan Arjuna dalam misi menuntut bela, tapi Remy enggan menjelaskan kesudahan cerita sama ada mereka bercinta atau tidak kerana mahu peminat mengikuti sendiri nanti. Remy menyifatkan Nora seorang yang profesional walaupun ini kali pertama mereka digandingkan. Namun, dia enggan digosip dengan pelakon comel itu.


“Saya senang bekerja dengan Nora kerana dia tak sombong dan memberikan yang terbaik. Lakonan kami pun berjalan lancar tanpa masalah. Jangan fikir negatif kerana saya tiada apa-apa perasaan pun dengan dia. Ketika berlakon saya dah set dalam fikiran hanya mahu bekerja, bukan fikir perkara lain selain kerjasama antara kami,” katanya.


Pelakon berusia 28 tahun yang dikatakan intim dengan Maya Karin ini turut dicuit mengenai persoalan teman hidup. Dia dilihat sangat berahsia soal peribadi. Adakah dia serik untuk bercinta? “Buat masa ini saya senang sendirian. Hidup saya tenang tanpa cinta. Saya tak boleh bagi komitmen terhadap kekasih kerana sibuk dengan karier. Sampai masanya apabila dah bersedia barulah saya akan bercinta. Lebih baik saya serahkan persoalan ini kepada takdir. Saya bukannya serik untuk bercinta lagi tapi biarlah saya kukuhkan kedudukan dalam karier dulu,’ katanya.

Berlagak seperti Imam,tapi "simpan kekasih" di rumah

Share







PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.

Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.


Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.


Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.


Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.


Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.


Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.


Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.


Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.


“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya.


“Perbuatan ini cukup memalukan apabila penampilan alim imam terbabit dan kononnya ada ilmu digunakan untuk melindungi kegiatan maksiat yang dilakukan dengan ‘buah hati’ bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya, semalam.


Bukan itu saja, Shahrom berkata, imam terbabit memperdayakan jemaah surau dan penghuni taman perumahan berkenaan dia sudah berkahwin di luar negara.


Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati wanita itu yang juga pekerja swasta bukan isterinya dan mereka bersekedudukan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan maklumat awam diperoleh.


“Walaupun imam berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya datang ke rumah itu pada waktu tertentu bagi melihat ‘buah hatinya’, siasatan mendapati dia memang tinggal di rumah itu bersama wanita berkenaan,” katanya Shahrom berkata, imam terbabit dan pasangannya sudah diambil keterangan awal sejurus mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.


Menurutnya, mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Jais di Shah Alam bagi merekodkan keterangan lebih teliti sebelum dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dilakukan.

Diana Danielle dan adegan panbas dengan lulu

Share











Gambar Fizo Omar dan kekasihnya

Share







Hangat diperkatakan skrg yang Fizo Omar bercinta dengan Intan Emyza dari Dewi Remaja,sebab gambar-gambar dibawah yang nampak intim dan manja...

tapi macam mana pulak dengan gossip Shila,Malaysian Idol dan Fizo bercinta..dan kononnya parent dah suka sume...aaa...biasa la artis byk la cerita yang berbeza beza..

Apa pun Fizo ngan Intan nampak seswai~



Tuesday, May 25, 2010

Elyana bersaiz XXXL

Share









Elyana Bersaiz XXXL Dalam 'Dunia Baru'

Kisah 'Dunia Baru The Reunion' menemukan para peminat dengan watak-watak kesayangan mereka seperti Opie, Tajol, Madihah dan Anizah selepas mereka sudah meninggalkan universiti dan kini menempuh kehidupan di alam pekerjaan.

Selain itu, banyak jugalah perubahan peribadi yang mereka lalui. Ada yang dah berkahwin, ada juga yang sudah memiliki cahaya mata. Tapi, ada yang perangainya tak ubah-ubah seperti dulu. Namun, perubahan yang paling mengejutkan semestinya pada diri Opie. Gadis pujaan lelaki ketika di universiti dulu sudah menjadi bahan ketawa, gara-gara berat badannya yang mencecah 100 kilo!

Gambar Scha dan Awal berdating

Share









Scha dan Awal dikatakan berdating dekat curve damansara,,..

Peminat yg meilhat gelagat mereka mengatakan yg diorang nie siap makan bersuap2...

Romentik ok.. nak kata derang nie tak bercinta..mustahilla..

sebab kat dlm twitter...scha panggil awal as "b"...

Monday, May 24, 2010

Nurul tidak tahu status Ryzal masih "suami org" semasa mula berkawan dengannya

Share








Akuinya, setiap insan mempunyai masa silamnya sendiri dan dia tidak memiliki kekuatan untuk menghalang orang luar daripada terus memperkatakan perihal lalu kekasihnya, Ryzal Marzuki. Pemilik nama lengkap Noorul Huda Abdul Wahab ini cuma mampu membiarkan saja cerita yang hangat dibualkan mengenai Ryzal bertebaran. Baginya, tiada guna dia memberatkan mindanya hanya kerana mahu memuaskan hati pihak lain kerana lambat laun perkara yang dibualkan itu akan sepi juga.

Kata Nurul, cukup jika cuma dirinya yang memahami dan menerima jawapan sebenar daripada lelaki itu kerana semuanya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama khalayak. Bohong jika tidak terdetik perasaan curiga pada permulaan berita lelaki yang membina karier sebagai usahawan itu masih lagi suami orang tersebar luas.

Bagaimanapun, sebaik mendapat kepastian daripada teman lelaki dan keluarga jejaka itu, semua keraguannya beransur pergi. Apa yang dimahukan Nurul ketika ini, kebahagiaan yang tumbuh sejak dua bulan lalu itu akan terus mekar dan menerbitkan warna ceria pada hidupnya yang bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu.

Kata Nurul positif, dia berterima kasih atas keprihatinan mereka yang menyayangi dirinya serta enggan melihat dia terus dikecewakan gara-gara terlalu menurut kata hati.
"Mungkin mereka melihat banyak perkara menyakitkan berlaku kepada Nurul hingga membuatkan mereka begitu prihatin serta berharap Nurul berhati-hati dalam menjalin hubungan. Apa yang dapat Nurul katakan, setiap insan mempunyai masa silam mereka sendiri. Begitu juga Nurul dan teman lelaki.

“Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami tidak berdepan masalah besar dan keluarga juga merestuinya. Tidak banyak yang boleh Nurul jelaskan kerana perkara ini adalah hak peribadi Ryzal.

“Cukuplah cuma Nurul yang tahu kerana dia sudah menjelaskan segala-galanya. Lagipun Nurul perlu menghormati keluarganya serta hati mereka yang pernah berada dalam hidup Ryzal," kata Nurul.

Kembali menyambung bicara, penyanyi yang popular dengan lagu Kala Hati itu bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang jejaka yang gemar berterus terang dan tidak pernah membiarkan dirinya terkapai-kapai mencari jawapan.

Dan lebih meyakinkan anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini apabila keluarga Ryzal juga membantunya ketika dia memerlukan jawapan pasti.

"Terpulang jika masih ada yang meragui kerana Nurul akur, bukan semua pihak senang dengan hubungan kami. Nurul cuma berlaku jujur kepada diri sendiri.

“Jika cuba berahsia, lambat laun masyarakat akan mengetahui juga kebenarannya. Nurul mendengar saja apa yang diperkatakan dan menggunakan akal untuk menimbang baik serta buruknya.

“Seperti pasangan bercinta lain, Nurul juga mengharap sesuatu yang baik akan berlaku dalam hubungan ini. Ada ketika dugaan seperti ini membuatkan kita lebih mengenali seseorang itu.

“Nurul enggan terlalu memikirkan apa kata orang kerana semua itu memberi tekanan kepada hubungan ini," katanya.

Ditanya penerimaan Ryzal terhadap isu itu, Nurul berkata, lelaki itu menerimanya sebagai rencah apabila memilih wanita yang dikenali ramai untuk bertakhta di hatinya. Cuma pinta Nurul, usah terus menghebahkan cerita yang tidak pasti tanpa terlebih dulu mencari jawapan sebenar kerana semua itu boleh membunuh privasi yang diimpikannya.

"Nurul tidak menafikan cinta ada kala membuat manusia buta dan sukar menerima kenyataan kerana terlalu pahit untuk ditelan. Tetapi Nurul sentiasa berpegang kepada kata hati. Orang di luar tidak tahu cerita sebenar tetapi yang merasai serta melihat adalah diri Nurul sendiri. Bersama Ryzal, Nurul belajar untuk tidak terus menyulitkan keadaan hanya kerana terlalu mahu memuaskan hati orang lain, katanya.

Akui Nurul, sejak cerita tidak berasas itu disiarkan kehidupan peribadinya tidak lagi tenteram apabila terus dihambat pertanyaan pihak yang mahukan kepastian daripadanya. Paling dielakkan, perkara itu akan menjejaskan nama baik Ryzal dan keluarganya yang terpaksa berdepan persepsi masyarakat.

Agnes Monica tidak hormat artis Malaysia..Stacy kecil hati dikasari

Share








Juara AF6 tetap maafkan penyanyi popular Indonesia biarpun dikasari ketika sesi fotografi

JUARA Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy diperlekehkan bintang sensasi Indonesia, Agnes Monica? Selepas tersiarnya artikel berjudul 'Agnes naik angin selepas buat persembahan' di ruangan ini pada 9 Mei lalu, ramai ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku di sebalik tabir sehingga Agnes dikatakan tidak ikhlas bergambar bersama Stacy apabila diminta pihak penganjur Minggu Setiausahanya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketika bertemu Stacy yang bakal muncul bersama single terbarunya, Jahat, baru-baru ini, dia mengakui tersinggung dan kecewa dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya tempoh hari. Namun, dia sedia memaafkan Agnes apabila beranggapan bintang terkenal dari Indonesia itu mungkin kepenatan selepas menjayakan persembahan kira-kira dua jam, sekali gus bersikap dingin apabila diminta penganjur untuk bergambar dengannya. “Apabila mendapat pelawaan daripada B*Pop melihat persembahan Agnes (Monica) sempena Minggu Setiausaha, terus-terang saya katakan, memang teruja! Saya juga baru pertama kali ingin bersua muka dengannya, seorang artis yang berjaya dari Indonesia, pastinya saya tidak akan melepaskan peluang itu lebih-lebih lagi apabila difahamkan, B*Pop bakal menggandingkan saya dan Agnes dalam satu sesi fotografi!

“Kebetulan pada hari itu, saya ada ujian, namun selepas perbincangan dengan pihak universiti, saya mendapat pelepasan, asal saja saya tidak terlepas peluang bertemu Agnes. Saya beruntung apabila diberikan meja di barisan paling depan menyaksikan persembahan live Agnes, dalam fikiran sudah berlegar hasrat untuk bertemunya selepas show dan menjayakan fotografi bersama.

“Selesai persembahan, saya sekadar menunggu di belakang pentas untuk menanti masa sesuai bertemu Agnes. Tidak lama kemudian, saya yang ditemani wakil Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dipanggil masuk ke bilik rehat Agnes yang turut menempatkan beberapa kru yang mengiringi persembahannya dan wakil pihak pengurusannya.

“Awalnya, saya perhatikan karakter Agnes begitu ceria. Namun, tidak lama kemudian, saya terdengar wakil penganjur Minggu Setiausaha memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar bersamanya, selain sidang media yang harus dihadirinya. Mungkin dia masih keletihan, saya dapat lihat berlaku perselisihan faham antara Agnes dan wakil penganjur... dia macam marah, tapi saya tak pasti mengapa?
“Namun, sempat jugalah saya mendengar Agnes meninggikan suaranya terhadap wakil penganjur - ‘You raised your voice to me and my management!’. Sebelum itu ketika wakil penganjur memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar dengannya, saya dengar dia cakap begini - ‘Who is this girl?’ Saya terkejut! Saya sangka dia dah sedia maklum mengenai fotografi berkenaan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

“Tapi, pada masa sama, saya perhatikan Agnes dan wakil penganjur masih bertegang urat. Tidak lama kemudian, baru saya sedar Abang Zubir (penulis) sudah berada dalam ruang rehat itu. Selang beberapa minit pertikaiannya bersama wakil penganjur, akhirnya dia setuju untuk bergambar dengan saya.

“Namun, Agnes bergambar dengan saya ketika dia masih marah dengan wakil penganjur. Apabila dia berdiri bersebelahan saya, saya dapat rasakan tangannya agak kuat menarik badan saya. Saya terkejut! Tapi, saya tidak menyalahkan diri beliau kerana emosinya masih tidak tenteram ketika itu dan saya pula datang bertemunya pada masa yang tidak sesuai.

“Mungkin dia tidak berniat mengasari saya, saya harus terima kenyataan itu dan memaafkannya. Apabila bergambar pula, Agnes tidak mahu menunggu lama di depan jurukamera, baru dua, tiga snap, dia sudah beredar. Saya benar-benar kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku pada sesi fotografi itu, tak sangka dia bersikap begitu, tapi tak mengapalah, sekali lagi saya memaafkannya.

“Mulai saat ini, saya tidak akan sesekali mencontohi perangainya, cuma apa yang menjadi ikutan dan dorongan ialah kejayaannya di bidang nyanyian semata-mata! Usaha gigihnya itu akan dicontohi supaya saya juga berupaya menjadi seorang penyanyi yang berjaya seperti dirinya suatu hari nanti. Tapi, apabila bercakap mengenai keperibadiannya, saya akan jadikan sempadan,” kata Stacy yang kini dipilih sebagai duta produk Clinelle.

Katanya lagi, apa yang terjadi antara dirinya dan Agnes sebelum ini adalah pengajaran paling berharga dalam hidupnya sepanjang bergelar artis. Situasi berkenaan menyedarkannya supaya tidak terikut-ikut karakter yang tidak disenangi orang ramai kerana sebagai artis, mereka sering dilabel sebagai role model dan sewajarnya menampilkan sisi terbaik diri masing-masing.

Jezamin Lim bakal isteri Harith Iskandar..bukan sebarang doktor

Share








TERJUN ke dunia peragaan bukan alasan wanita berusia 27 tahun itu untuk melupakan terus tanggungjawab asalnya sebagai seorang doktor.

Walaupun terpaksa ‘berehat’ seketika daripada tugas tersebut atas kesibukan lain,

wanita berdarah campuran Cina dan India itu berhasrat menyambung kembali tugasnya di hospital kerajaan tidak lama lagi.

“Ini bidang yang saya paling minati. Dalam masa yang sama saya tidak mempunyai masalah menguruskan perniagaan restoran kerana mempunyai pembantu. Begitu juga dengan peragaan yang tidak mengambil masa panjang,” katanya yang mesra disapa sebagai Jez.

Doktor muda itu bijak beraksi di depan kamera. Renungan tajam matanya bisa mencairkan hati mana-mana lelaki.

Namun, awas! Hatinya sudah dimiliki. Dia kini sedang menghitung detik bahagia bergelar suri hidup pelakon komedi terkenal Harith Iskander tidak lama lagi.

Baginya usia bukanlah penghalang kepada hubungan mereka.

“Perbezaan usia kami 16 tahun. Mulanya saya tidak mengetahuinya, namun dia lelaki yang baik dan pandai mengambil hati,” kata Jez.

Lebih menggembirakan wanita itu, pembukaan Restoran Samsaraa sejak April lalu merealisasikan impiannya selama ini.

“Saya suka makan dan boleh juga memasak. Sebenarnya sudah lama memendam hasrat memiliki sebuah restoran dan akhirnya kami (bersama Harith) berjaya merealisasikannya,” kata Jez yang memiliki tali pinggang hitam taekwando dan pernah mewakili negara ketika berusia 16 tahun.

Memenuhi tuntutan ruangan ini, Jez gembira kerana menerima sekotak bungkusan haruman One Drop Perfume. Namun dengan merendah diri wanita itu berterus-terang bahawa dia alah kepada haruman. Walaubagaimanapun, bungkusan baru produk tersebut tetap menarik minatnya untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Gambar Diana Danielle yang seksi ..tak cukup kain

Share









Friday, May 21, 2010

Umie Aida sangat langsing selepas menjalani rawatan Cold Wrap untuk pelangsingan

Share










okey kalau ada duit takda apa yang mustahill.dengan tidur sahaja dan diurut dengan gel sejuk dan bungkus mcm mummia,..dan tidur sahaja ,kini Umie Aida mampu menjadi begitu langsing you..tengok la..

Tp make up umie kat sini dengan rambut tue mcm tak seswai la...

Ada macam singa pun ader....

Aumm..

Manisnya Fasha Sandha bertudung

Share







Fasha kelihatan sgt sweet bertudung....Boleh jadi model tudung...lagipun Fasha pakai baju kurung nampak lebih slim..memandangkan Fasha now mcm dah berisi sikit..

anyway..perasan tak majlis nie,kebanyakkan org2 tua je..and yang paling penting..Fasha sorang je yang rajin tersenyum..nape org lain muka masam?heee...

tak baek masam2..nanti cepat tua..XP






Wednesday, May 19, 2010

Bahana Poligami tanpa kebenaran: Bung Mokhtar didesak letak jawatan

Share








Sekumpulan 15 wanita mewakili Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur bagi mendesak Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar meletakkan jawatannya itu kerana telah memberi contoh yang buruk kepada masyarakat. Dalam bantahan secara aman itu, mereka berkata bahawa Bung telah menunjukkan teladan yang buruk dan menuntut agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Bung dan isteri keduanya aktres Zizie Izette A Samad mengaku bersalah pada 20 April lalu kerana melakukan poligami tanpa persetujuan mahkamah. Pasangan tersebut telah diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin. Lima lelaki yang terlibat termasuk tiga adik- beradik Zizie yang juga mengaku bersalah di mahkamah yang sama kerana bersubahat. Zizie dan Bung berkahwin pada 16 Disember tahun lalu di Tman Melati.

Sensasi:huhuhu...punyalah masalah..kahwin kat Siam pun masalah..tp kena denda RM500 je..kahwin kat Malaysia pun salah,kalau poligami tanpa kebenaran..huhu..yang paling masalah sebab bung nie org politik..now,dah kene penjara sebulan..dpt pulak title "banduan"..ish3...so lelaki2 diluar sana...jaga-jaga!!

Bung Mohktar kena penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran

Share







Selepas mengakui bersalah berpoligami tanpa kebenaran, Datuk Bung Mokhtar Radin dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Gombak Timur pagi tadi, menurut laporan Berita Harian.

Atas tuduhan bersubahat dengan Zizie Ezette bernikah tanpa kebenaran pendaftar, Bung dikenakan denda RM1,000 atau sebulan penjara. Bung dikatakan akan merayu keputusan mahkamah.

Sementara itu, Zizie didenda RM2,000 atau penjara tujuh bulan.

Pernikahan Bung dan Zizie menjadi bualan hangat dari forum hingga ke Parlimen apabila ia dilangsungkan dalam penuh kerahsiaan. Meskipun didesak para media, kedua-duanya enggan memberi sebarang pengesahan sehinggalah satu SMS daripada Bung beberapa hari selepas terbongkarnya kisah pernikahan mereka. "Semua urusan sudah selesai" tulisnya.

Jelas Bung lagi, tindakan mereka mengelak dari memberi sebarang komen adalah kerana ingin menjaga hati isteri pertama Bung, Datin Nor Asidah Alimuddin.

Sensasi: Shaheizy Sam pun bakal dpt hukuman juga!..mahkamah juga akan mengumumkan hukuman kepada empat saksi termasuk adik-beradik Zizie yang dikatakan bersubahat dalam hal ini iaitu Samzy Fuzette, Ahmad Shahazmi serta aktor yang cukup popular serta digilai menerusi filem Adnan Sempit iaitu Shaheizy Sam.

Anne Ngasri diceraikan kali "ketiga" oleh suaminya dalam keadaan mengandung 2 bulan

Share










KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan tarikh 14 Jun ini bagi aktres, Ngasriah Ngasri, 26, menfailkan pembelaan kes pengesahan penceraiannya dengan Abdul Wafi Hassan, 29.

Abdul Wafi melafazkan cerai pada 25 Mac lalu, pukul 11.20 pagi di rumahnya dengan lafaz 'Aku ceraikan Anne'. Plaintif iaitu Anne ketika itu mengandung dua bulan.

Sebelum ini, Abdul Wafi pernah melafazkan cerai dua kali, bagaimanapun tidak di failkan di mahkamah.

Menurut peguam mewakili Anne, Mohd Hamidullah Che Hassan, mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan tersebut bagi membolehkan mereka menfailkan pembelaan tersebut.

"Hari ini kami memohon untuk menfailkan pembelaan terhadap kes pengesahan lafaz cerai Anne dan mahkamah telah menetapkan tarikh 14 Jun bagi memebolehkan kami menfailkan pembelaan tersebut," ujarnya.

Difahamkan juga, Anne dan Wafi telah tinggal berasingan sejak cerai dilafazkan.

Bagaimanapun, Anne ketika ditemui diluar mahkamah enggan memberi sebarang komen.

Anne mendirikan rumah tangga bersama Abdul Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sensasi:huu sebelum nie dah diceraikan dua kali tapi tak masuk mahkamah..now dah kali ketiga...iaitu talak penghabisan..maknanya dah tak boleh rujuk lagi mereka berdua lepas nie,melainkan Anne berkahwin dgn lelaki lain,then bercerai barulah boleh nikah balik dgn wafi..huhuhu...dahla anne tgh pregnant lagi...kesian..nampaknya begitu mudah lafaz cerai oleh insan bernama Wafi..Anne masih muda semoga dia tabah dan mendapat suami yg lebih baek..
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-