Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, April 20, 2010

Steven Shorthose(suami Maya Karin) tampil memberi kenyataan tentang pergolakan rumahtangga

Share








Selama ini, para media hanya berpeluang mendapatkan komen daripada Maya Karin mengenai status rumahtangganya dengan suami, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali.

Tetapi baru-baru ini dalam satu temubual dengan akhbar Inggeris, The Star, suami Maya akhirnya tampil ke depan untuk memberikan kenyataannya. Dan nyata, gambaran yang diberikan tentang keadaan rumahtangga mereka jauh sekali berbeza dari yang telah dikongsi Maya.

Walaupun selama ini, Maya menegaskan sedang berusaha ke arah menyelamatkan perkahwinannya, Steven pula memberitahu sejak Februari lalu mereka tidak lagi tinggal bersama malah sudah berbulan mereka tidak berhubung.

Mengenai khabar angin yang punca keretakan rumahtangga mereka disebabkan orang ketiga - dipercayai Remy Ishak - Steven bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Dalam temuramah itu juga, Steven menafikan perbezaan budaya dan kerjaya mereka menjadi punca pergolakan rumahtangga sepertimana yang di dakwa Maya sebelum ini.

Sensasi:Steven pun menafikan khabar angin yg menyatakan dia berhenti kerja dan nak balik ke tanah air dia...dia masih emngajar lagi..so jgnlah buat spekulasi dan mendoakan keadaan menjadi lebih buruk..pasal remy ishak pulak,hmm maya skrg kan tgh dlm penggambaran filem "cun" dimana heronya adalah Remy..harap2 gosip nie tak betul la...Maya and steven look good together...if dpt anak mesti comel sgt3 kan..

1 comment:

Ain said...

Sayangnya kalau bercerai. Rasanya Maya patut berehat sebentar dari dunia hiburan. Maksud saya, demi kepentingan rumahtangga, kerjaya bila-bila boleh cari tapi suami yang baik tak semua boleh dapat. Berusahalah lebih sikit. Jgn biar nasi jadi bubur..Muhammad Ali tu nampak baik.

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-