Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, April 27, 2010

Rumah Atilia Dirompak dan kerugian RM20,000

Share










KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2010: Kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pula kes rompakan di rumah selebriti tempatan kita. Terbaru yang menjadi mangsa adalah penyanyi Atilia yang cukup hits dengan lagu Sangkar.

Atilia ketika dihubungi berkata, kejadian rompakan di rumahnya itu berlaku pada malam Jumaat lalu, kira-kira jam 8 malam.

"Waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke kondominium di Damansara Perdana. Niat saya cuma nak tukar baju sebab sekitar jam 9 malam, saya perlu hadiri sebuah persembahan amal yang saya jayakan bersama beberapa rakan artis yang lain. Sebaik saja buka pintu, saya terkejut bila tengok rumah saya berselerak.

"Masa tu, saya dah tahu ada orang pecah masuk rumah saya. Saya pun terus periksa barang-barang di rumah dan saya dapati laptop saya yang dibeli dengan harga RM7,000 telah dilarikan. Selain itu, saya juga kehilangan beberapa koleksi jam tangan termasuklah yang berjenama Raymond Weil yang baru saja dihadiahkan untuk saya.

"Agak terkilan juga kerana beberapa koleksi jam tangan itu mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi buat saya. Tapi mujurlah mereka tidak ambil beberapa barang berharga yang lain termasuklah barang kemas serta barang pusaka ibu saya," katanya

Namun Atilia menjelaskan kerugian daripada kesemua barang yang dirompak itu keseluruhannya dianggarkan bernilai RM20,000.

"Sejurus selepas menyedari kesemua barang-barang ini telah hilang saya pun terus bergegas membuat laporan di balai polis. Setakat ini polis berpendapat suspek utama di sebalik kejadian rompakan ini adalah dari kalangan orang dalam juga," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-