Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 8, 2010

Polis memberi jaminan untuk menangkap Pencuri yang memecah masuk rumah Arwah Din beramboi

Share







Sensasi:baca dlm newspaper,polis akan meneliti setiap cap jari ..huhuhu....biar sampai dpt tangkap si durjana tersebut yeh..Ketua polis daerah hulu elangor memberitahu bahawa kemungkinan kes pecah rumah nie dilakukan oleh budak budak nakal berikutan di kwsn tersebut tiada penagih..duh..takkan penagih je yg nak pecah rumah kan??nakal...for me they're budak budak JAHAT kot...org tgh bersedih ,derang ambik kesempatan...




BIADAP!!!!!! Itulah ayat yang berhak dilempar kepada si penyamun yang tidak berhati perut!! Arwah Din Beramboi baru sahaja pergi meninggalkan kita dan ahli keluarganya yang tersayang namun semua kesedihan itu dihambat lagi setelah kediaman arwah disamun hingga hampir kerugian sebanyak RM20,000! Kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi itu disedari oleh jirannya yang mahu memberi kucing peliharaanya makan dan terasa seperti ada yang tidak kena pada pintu jeriji belakang kediaman arwah yang seperti diumpil. Barangan-barangan yang telah disamun adalah 3 Komputer Riba dan Jam Tangan Berjenama Allahyarham. Tetapi agak menghairankan barangan kemas, 10 gitar elektrik, set audio dan televisyen tidak pula disentuh. Sepertinya penyamun itu dikalangan penuntut-penuntut universiti. Andaian itu dikuatkan lagi dengan pengakuan jiran terdekat yang mengatakan melihat beberapa motosikal dan kereta berlegar-legar dihadapan kediaman arwah dalam keadaan mencurigakan.



Bahagian belakang kediaman Allahyarham yang kayunya dipecahkan

Kejadian tersebut berlaku setelah ketiadaan keluarga arwah yang menginap sementara di kediaman keluarga terdekat di Kepong. Difahamkan rumah teres setingkat itu yang didiami selama 8 tahun itu telah tidak dihuni semenjak arwah masuk ke hospital 29 mac lalu. Balu Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man 42 berasa terkilan dengan kebiadapan penjenayah-penjenayah tersebut. Dia turut menyatakan perilaku mereka tidak ubah seperti binatang mengambil kesempatan diatas musibah yang menimpa dengan mengambil barangan-barangan tinggalan arwah yang mempunyai 1001 kenangan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-