Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 28, 2010

Pierre Andre Mengaku Pengalaman Kontroversi mematangkan dirinya..

Share








Pelbagai masalah menimpa pelakon dan pengarah berbakat ini, daripada perselisihan faham antara dirinya dan penerbit terkenal David Teo, gosip hubungan cinta dengan aktres-aktres cantik seperti Norliana Samsudin, Julia Ziegler dan juga Fasha Sandha. Malah kisah percintaan halimunan antara Pierre Andre dan gadis misteri bernama Maya Darina Dahlan Hain atau Elie, Molie atau Melia mencetuskan kontroversi sehingga Pierre dikatakan tidak waras dan perkara tersebut telah menimbulkan perasaan bimbang di hati ibu tercinta, pelakon terkenal Khatijah Tan.

Ia menyebabkan Pierre membuat keputusan untuk bertukar angin ke Indonesia dan telah membintangi beberapa drama TV di sana. Malah Pierre turut diberi peluang memegang watak utama dalam sebuah filem romantik komedi bertajuk "Crazy, Crazy, Crazy" yang ditayangkan tahun lepas.

Namun selepas setahun menghilangkan diri, Pierre kembali ke industri perfileman tempatan dengan mengarah sebuah lagi filem seram, "Hijab", yang bakal memulakan penggambaran pada 29 April ini di sekitar Kluang, Johor. Selain diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, Pierre juga turut menjadi penulis skrip dan memegang watak utama dalam filem terbitan YB Pictures ini. Pengalaman lalu dilihat tidak menghalang jejaka berusia 25 tahun ini untuk terus berkarya.


"Saya rasa pengalaman lalu telah menjadikan diri saya lebih matang dalam hidup. Kini saya lebih bijak mengendali sesuatu masalah tanpa perlu melenting. Pengalaman lalu saya jadikan pengajaran kepada diri saya," kata Pierre ketika ditemui di majlis pelancaran "Hijab" baru-baru ini.

Skrip filem "Hijab" ditulis oleh Pierre ketika dia berusia 19 tahun dan masih bergelar pelajar di Akademi Seni Kebangsaan. Filem yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.5 juta mengisahkan seorang pelakon baru Rafae (Pierre). Dia ditawarkan watak utama dalam sebuah filem seram, namun gagal menjiwai wataknya kerana tidak percaya kewujudan hantu. Satu hari Rafae bertemu dengan seorang bomoh yang mampu membuka 'hijab' di matanya agar boleh melihat hantu.

Selain daripada Pierre, "Hijab" turut dibarisi pelakon baru Nur Fathia, Bell Ngasri, Rozie Rashid dan Maimon Talib. Selepas "Hijab", peminat filem Kabir Bhatia dan Allahyarham Yasmin Ahmad ini bakal mengarah "Chantek", sebuah romantik komedi antara seorang lelaki cacat penglihatan dan orang gaji Indonesia. Selain daripada itu, Pierre juga masih dalam pra-produksi sebuah filem aksi yang berkisarkan kumpulan gengster ala-ala "Young And Dangerous" dan "City Of God".


Sensasi:Teringat tentang kisah cinta Pierre dengan Norliana Samsudin atau yana..ala yang berlakon jadi Wawa dlm citer Adnan Sempit...dulu Pierre bercinta dgn yana,then masa dia berlakon 9 September,Pierre syok kat Fasha dan tinggalkan Yana..then tetiba Fasha tanak kat Pierre,dan mengaku syg Pierre sebagai kawan je..then terbaru Pierre dikatakan cuba memujuk Yana...Tp Yana cuba menjauhkan diri drpd Pierre...ish3...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-