Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 8, 2010

Peragut ditumbuk semula oleh mangsa ragut(wanita)

Share







Sensasi:chaiyok chaiyok...padan muka peragut tersebut..wanita skrg mmg patut pegi blaja seni mempertahankan diri,sekurng-kurangnya dpt jugak melindungi diri kalau sang peragut tue bodoh2..heee..i hate snatchers...you rot in hell!! (nie kesan akibat sensasi pun pernah diragut)

PETALING JAYA: Orang tamak selalu rugi. Itulah perumpamaan tepat bagi menggambarkan padah terpaksa ditanggung seorang peragut berusia awal 20-an selepas berjaya ‘dijinakkan’ mangsanya sendiri iaitu seorang wanita.

Difahamkan, suspek yang bermotosikal dikatakan sudah meragut rantai leher wanita berusia 40-an itu sebelum berpatah balik kerana tidak berpuas hati dengan ‘hasil’ diperolehnya.

Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia berjaya ditewaskan wanita terbabit dalam satu pergelutan lebih 10 minit.


Mangsa yang kemudian mendapat bantuan orang ramai bertindak menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa biarpun lelaki itu berulang kali merayu supaya dilepaskan.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari di PJS 1, di sini, semalam, semuanya bermula apabila mangsa yang berjalan berseorangan menuju ke kedai untuk membeli makanan secara tiba-tiba dihampiri seorang lelaki bermotosikal.


Menurut sumber, suspek kemudian meragut rantai leher mangsa sebelum bertindak melarikan diri.


“Suspek bagaimanapun berpatah balik dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan hasil diperolehnya itu.


“Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa yang tersentak selepas diragut kali pertama dikatakan sudah bersedia,” katanya.


Sumber itu berkata, sebaik suspek menghampiri dan cuba merampas subang miliknya, mangsa yang dalam keadaan marah kemudian terus menumbuk muka lelaki durjana itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka lebih 10 minit.


“Biarpun suspek berulang kali menyerangnya, mangsa berjaya mengelak setiap serangan itu sebelum berjaya memberkas lelaki terbabit.


“Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai,” katanya.


Orang ramai yang berada di majlis kenduri berhampiran lokasi kejadian kemudian tampil menghulurkan bantuan.


Sumber berkata, sebaik menyedari dirinya sudah terperangkap, peragut itu berulang kali merayu kepada wanita berkenaan supaya dibebaskan.


Namun, mangsa bertegas untuk menghadapkan lelaki itu ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran kepadanya dan orang ramai.


Suspek kemudian diserahkan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan di bawah Seksyen 395 Kanun Kesiksaan kerana samun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-