Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, April 20, 2010

Penjelasan Ozlynn Watie mengenai status anaknya yang dilahirkan tak cukup bulan (tp digosipkan sbnarnya cukup bulan)

Share








Siapa yang tidak kecewa serta tertekan apabila anak yang dilahirkan diragui statusnya? Malah tersebar gosip yang mengatakan anak yang dilahirkan sebenarnya cukup bulan tetapi sengaja dikatakan tidak cukup bulan oleh kedua ibu bapanya untuk menutup aib.

Itulah perasaan yang dialami ibu muda yang juga pelakon drama, Ozlyn Waty dan pasangannya, pengacara serta pelawak terkenal Johan.

Berpeluang bertemu dengan Ozlyn baru-baru ini, dia mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu tersebut. Katanya apabila perkara tersebut diperbesarkan di dalam akhbar, dia sedikit tertekan. Apatah lagi ketika itu dia baru sahaja melahirkan anak dan masih dalam proses berpantang.

"Siapa yang tidak tertekan apabila gosip begitu tersebar. Sebenarnya ketika melahirkan anak saya, saya memang mengandung tujuh bulan dan proses kelahiran terpaksa dipercepatkan oleh doktor kerana saiz anak saya yang terlalu besar.

"Bayangkan, baru tujuh bulan tetapi beratnya sudah menjangkau 4.43 kg. Menurut doktor, jika kandungan saya diteruskan sehingga sembilan bulan seperti kebiasaannya, anak saya berkemungkinan akan membesar sehingga 6 kg.

"Keadaan tersebut menurut doktor boleh membahayakan saya dan juga bayi. Apatah lagi ketika itu saya sendiri menghidap anemia. Selepas berbincang, saya dan suami bersetuju mengikut saranan doktor agar proses kelahiran itu dipercepatkan daripada tarikhnya yang sebenar," ujar Ozlyn panjang lebar.

Ditanya tentang penerimaan suaminya tentang gosip tersebut, Ozlyn yang sebelum ini pernah membintangi pelbagai drama televisyen memberitahu, Johan menyuruhnya bersabar dan menganggap perkara tersebut sebagai satu ujian agar mereka boleh memperbaiki lagi diri mereka pada masa hadapan.

"Mungkin orang ramai lihat Johan sebagai seorang yang kelakar dan mudah ketawa. Tetapi hakikatnya dia seorang yang sangat serius terutama apabila sudah bergelar ayah sekarang. Saya bersyukur kerana Johan dan keluarga banyak memberikan sokongan.

"Dengan penjelasan yang saya berikan ini, saya harap segala gosip mengenai anak saya yang dilahirkan pada 5 Februari lalu akan berakhir. Sekarang kami berdua fokus untuk membesarkan anak kami kerana sedar bukan mudah untuk menjadi ibu dan ayah," katanya.

Sensasi:Kesiannya masa dalam pantang terpaksa pulak berdepan dgn cakap cakap org dan gosip liar..sensasi sbnarnye tak penah dgr pasal gosip kononnya anak ozlynn nie cukup sembilan bulan tetapi dikatakan x cukup bulan sbb ozlynn beranak selepas 7 bulan bernikah...tp apa-apa pun tak baek lah nak buat andaian bukan bukan kalau tak tau pape kan...tp nak wat camana dunia artis mmg penuh gosip yang tidak menyenangkan..lgpun kalau baby tak cukup bulan dia akan dimasukkan dlm incubator selama sebulan atau sehingga cukupkan lagi 2 bulan(sehingga umur kandungan 9 bulan la kiranya)..so kalau baby Ozlyn masuk incubator takda apa yg perlu dipertikaikan ttg benda nie...tak baek taw korang..huhu...baby itu adalah anugerah tuhan yg suci dan bersih...so janganlah nak hina plak,atau dengki nak sensasi kan cerita sbb mulut korang jahat..sbb korang mmg sah ada dosa padahal baby tue suci takda dosa..


Gosip lama:tpkan yg hangatnyer,sensasi pernah terbaca kisah nyer ozlyn sebelum kahwin dgn Johan dier dah ada anak sorang umur 5 tahun,dlm gosip tue kekdahnyer dier ckp pernah berkahwin dgn Farid Kamil,masa tue sebelum Farid Kamil berchenta dgn Irma Hasmie lagi..ooo panas kan stori nie,korunk penah ke tau hal nie?pastu dalam bulan 8 tahun 2009 Farid Kamil tampil membuat kenyataan bahawa dia x pernah kahwin dgn Ozlynn,dan anak tue bukan anak dier,org buat spekulasi tue anak dier sbb muka sebijik Farid Kamil dan before that Farid penah bercinta dgn Ozlyn...aaa..sensasi pun bru je tau nie..tp benda dah lama dah basi..so zip je la mulut korunk..

2 comments:

Anonymous said...

ape susah sgt, nk tau cte betul tak betul, sahih tak sahih g jupe doktor yg rawat die (si ozlyn) time die besalin ritu. kan senang.kater reporter.bukan u ols biasa ke wat terjah merjah ni.org ramai kesah ape, kalo bb tu tak cukup bulan ke, telebih bulan ke, diorg tipu nk kaber line ke, hape ke,yg penting dosanye si johan n ozlyn yg tanggung. anak tu sikit pon xbedosa.doakanlah bb tu tak ikut jejak mak bapak die (kalo btulla cukup bulan).

Anonymous said...

i rase ozlynn x tpu sbb kes anak die same mcm kes adik i... terpaksa lhir awl b'coz baby besar... slalu kalo kes baby besar, baby xmsk incubator sbb baby da ckup kuat...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-