Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 1, 2010

Nia Ramadhani menggunakan Khidmad Bomoh hujan untuk majlis perkahwinannya kelak..

Share









WALAUPUN hujan lebat membasahi Jakarta namun di sekitar kediaman Aburizal Bakrie di Jalan Ki Mangunsarkoro, Menteng, Jakarta Pusat, hanya dibasahi gerimis sahaja.

Difahamkan keluarga Bakrie telah menyewa pawang hujan. Pawang dipanggil untuk menangkal hujan agar majlis siraman Ardi Bakrie berjalan lancar. Acara siraman calon suami Nia Ramdhani itu memang berkonsepkan pesta kebun. Jadi, acara itu dilakukan dengan atap terbuka.

Hujan gerimis hanya pada pukul 2.00 petang di kawasan Menteng, Jakarta Pusat. Namun itu hanya 15 menit, setelah itu langit kembali cerah. Sedangkan di daerah sekitar Menteng, seperti Tebet, Manggarai, dan Kuningan hujan turun cukup deras.

Jurucakap keluarga Bakrie, Norman, membenarkan pihaknya sudah menyiapkan bomoh hujan sebelum siraman berlangsung. "Iya memang semua sudah disiapkanlah," jelas Norman dipetik dari Kapanlagi.com

Ketika ditanya lebih lanjut, Norman tidak banyak membuka suara. "Sudah jangan ditanya lagi kita lihat saja," jelasnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-