Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, April 30, 2010

Heboh Misha Omar Dah Kahwin di Kelantan

Share







"MISHA Omar dah kahwin. Kenapa tak keluar surat khabar cerita kahwin dia? Takkan wartawan nak sorok kut?” Begitulah pertanyaan seorang peminat Pancaindera yang naik radang kerana dia menganggap wartawan sengaja nak menyembunyikan berita perkahwinan Misha.

Sumpah dik... Abang Niezam pun tak tahu ni. Kalau dia kahwin, memang kami keluar cerita dia muka depan. Nak suruh hantar surat khabar depan pintu rumah pun boleh.

Jangan nak mengamuk ya dik... Cukuplah industri hiburan kita ada kumpulan Amuk seorang.

Senang cerita macam nilah. Sebenarnya Niezam pun tak tahu sama ada Misha benar-benar kahwin ataupun tidak sebab sehingga hari ini dia tak mengaku pun perkara itu.

Yalah... Misha bukannya kecil-kecil anak. Kalau dia kahwin mesti dia tak akan sorok punya, sebab satu Malaysia kenal dia.

Kata peminat tu, di Kelantan sudah heboh kisah kahwin Misha. Cuma yang jadi tanda tanya kenapa berita itu tidak dilaporkan?

Niezam pun tanyalah kalau betul dakwaan itu, siapai suami Misha?

Kata peminat tersebut, lelaki berkenaan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru. Beruntung Misha bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

“Cukuplah saya beritahu lelaki yang dimaksudkan bernama “Kiss”. Dia orang memang dah kahwin. Hadiah perkahwinan Misha ialah sebuah kereta mewah.

“Kalau nak tahu, masa final Juara Lagu hari tu, si dia pun datang temankan Misha tau,” kata pembaca berkenaan.

Wah... betul ke? Sedap nama Kiss. Mesti Misha kena cium 24 jam dengan ‘suaminya’ itu kalau betul dia dah kahwin.

Petang Khamis lalu Niezam telefon Misha dan terus bertanyakan perkara berkenaan.

Misha sedikit pun tak terkejut sebab selama ini macam-macam spekulasi orang bercakap tentangnya.

Cuma Misha tak menafikan dia dan kakaknya Mimi memang ada meninjaubeberapa butik pengantin sebagai persediaan untuk majlis nikah nanti.

Tapi berita yang mengatakan dia sudah bernikah dalam diam tu disangkal sepenuhnya.

“Kalau betul saya nak kahwin, saya tak akan sorok. Selama ini pun saya dah beritahu peminat yang saya sudah ada kekasih istimewa.

“Nikah kahwin perkara yang baik. Lebih baik orang tahu. Ini janji saya. Selagi kisah sebenar tidak keluar daripada mulut saya, anggaplah ia sekadar khabar angin,” tegas Misha.

Kita orang percaya dengan kata-kata Misha itu kerana selama ni dia tak pernah nak sorok perkara yang baik. Tak gitu adik?


kredit: Utusan Malaysia Online

Misha sebelum pakai braces.


Misha nak skolahkan blogger?heyy..i pegi skolah u..dah habes dah pun..


Gambar hiasan semata2 bukan gambar husbnd Misha...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-